Oh Lina Marliana..

Aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dapat sekali lagi aku menemui bulan Muharam pada tahun ini.. Masih segar dalam kotak ingatanku.. Time tu dah nak puasa kira-kira 3 thn lepas.. aku ni ade darah gemuruh sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa..

Sehari sebelum puasa tu, aku ngan kawan aku pi ler jenjalan kat Kotaraya.. mase tuh top gila Kotaraya ngan
Komtar nih.. biasa ler hari minggu lgpun esok dah nak posa.. dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena sirap bandung ngan makan nasik ayam.

Dah kenyang ni.. aku pun cakap kat member aku.. aku nak gi buat greeting card untuk member ku..perempuan ler..hehehe. Greeting card machine.. Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah kotaraya.



Aku pun pi la sorang.. member aku semua lepak kat situ.. biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak... pas ni mesti member aku soundnyer.. sebab aku dh lama tinggalkan diorg.. aku pun start tulis... "HELLOOO" itulah suara yang aku dok dengar.. iskkhh! Awek mana lak nie.. aku pun toleh le ke belakang.. aku tengok bawah dulu.. pergghhh sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow
aku pandang atas.. sikit nyer cun ler awek ni... aku takleh lah nak kata apa.. Aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".. Aku tarik nafas panjang.. aku pun jawab "HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah...

Sekali dia kata "I'M LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia.. dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....

LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.. dah settle suma dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 82 minit jugak ler aku
berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia dan keluarga dia dan BETAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe.. sebab baik katakan.. BAIK-BAIK ADA MAKNA NIE.. aku pun teringat member aku tunggu kat kebayan tadi..

Sbelum blah tu aku cakap kat dia "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautiful as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better, but I have to go now, my friends is waiting for me.Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday.. I hope you dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak naik atas.. aku pun selisih ngan member-member aku kat escalator.. aku senyum dengan bangganya.. dia orang sikitnyer hot.. aku buat bodo jer.. buat dek jer lahh.. aku pun cerita lah kat dia orang pasal aku lambat.. hehehe.. sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jom aku tunjuk.... so kita orang pi ler kat tingkat bawah kotaraya tu.

Sampai je kat bawah tu, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia.. aku tgh nak naik escalator. Dia tengah turun, aku pun sound member aku aku cakap kat membe aku "tu dia..yg pakai blouse pink tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"

Member aku pun berkata nada sinis  "ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul".. aku dengan bangganya "ye.. jap ko tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit".

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh "HI LINA", sekali......

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling.. PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ.....

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua dan bantai gelak, aku dah bengang gilerr.. aku blur......

Ada ker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa.. aku harap korang semua tak kan alami apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham... adakah semua perempuan
cantik macam nie??!@$@%$#^#^$!#)

Mungkin kot... aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik.. Bodoh ker aku???? aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.. aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!


Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh. habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, high heel dia tersangkut kat escalator.. aku terdiam,member aku semua pun senyap....aku tak tau, tiba-tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag
dia, cuba nak tolong dia..aku pun tengok atas.. member aku blur.. semua senyap... tengah aku dok tolong tuh..

Tiba-tiba......

Si gadis yang aku puja-puja tadi menjerit "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..OOUCHHHH dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri
yg dianampak...aku pun senyap

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! Apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yang dah jadik nie.... check punya check, rupa-rupanya handbag dia hilang....

Aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia?? "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun tolong dia..mana saya ada ambil beg dia".. gadis tadi bersuara lagi "Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik..passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, bang macammana nie"

Aku membela diri "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik........

Aku terpinga mencari penjelasan "tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri...apa masalah nie??".. Gadis tu dengan nada menghina menjawab "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri..." ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

Aku kuarkan wallet "then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???".. sekali lagi gadis tu tuduh aku "mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag
I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"


Aku tersilap.. apa yang aku cakap backfire kat aku.. aku umpama menikam diri sendiri.. aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa....

Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang tersalah.. aku tak mengaku.. PPAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, pompuan tadi dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAGI, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI"

Itulah kata-kata dia... sesaat aku terpalit kembali sewaktu kami berjumpa di greeting card machine tadi.. aku tak sangka ini peribadinya yang sebenar.. ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah,
dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler. Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai kemeja ngan slack..rambut
panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager: "APA MASALAH NIE??? OK..What is your Name?".. gadis tadi teresak "Lina menjawab.. "I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"..
Manager: "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising
bising"
.. aku mempertahankan maruah "saya tak ambil..dia yang tuduh bukan bukan"

Manager: "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"..
Lina: "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil..sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun amik handset dia.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku...

Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang... semua okay...takda yang hilang.. Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so manager tu suruh mintak maaf
kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.......

APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku pun senyap, aku dibebaskan..aku pun keluar... Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik.... member aku pun marah "Laa apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakapko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan".. "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...."

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...

Aku pun herdik si lina ni tadi "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager: "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah takyah kecoh kecoh"

"Ko pun sama, dengan ko, dengan kotaraya ni aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"

LINA: "Apa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

Manager tadi serba salah "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??".. Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe

Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon sambil cakap "Nah amik nie, aku mintak maaf......."

Dia bagi aku RM300, dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia... "Setakat RM300, ko ingat aku apa...budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."

Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1,000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap...aku amik cek tuh dan koyakkan.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak
dia kena tahan....

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10,000, aku pun tergamam....... banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh
pun suruh aku amik... aku pun nak jugak amik...

So aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak
bla......tiba-tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap
ler.. tak malu"


Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia....aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat.. aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku.....

"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie..."

Nasib ko Lina.. kalo tidak memang confirm 3 bulan ko makan buburr


Gambar sekadar hiasan

-Bersambung-

2 comments:

Purplemama said...

Lucunya...
Hey, u got talent in writing funny stories. keep it up!

wanUSJ said...

Thanks purplemama :).. Sikit-sikit tu boleh lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.