Kisah Hidup Ustaz Farhan Abdullah



Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitingan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memmudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, bolehke saya ke rumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan- kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu
pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya. Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau.... "
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas. Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.

Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan
adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik
beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. ...

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.
Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu...Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan saya. Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura- pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. ..ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

-Bersambung- aka -To Be Continue-

FAIR - Terlanjur Menyintaimu


My favourite song while singing in karaoke..


Dari dahulu mendengarkan suara mu
Siapakah itu intan atau permata
Lalu ku tulis kata-kata pujangga
Menghiasi hati ku hanya untuk mu

Luas lautan usah cuba diduga
Jadi ingatan teman sebagai pedoman
Namun ku terus cuba mendekati mu
Tetapi aku tertewas
Kita tak serupa

Kau bandingkan ku dengan kekayaan
Ternyata aku ketinggalan
Walau ikhlas menyintai mu
Kau hina tanpa rasa simpati
Masih kedengaran lagi
Nista yang ku cari

Baru kini aku sedari
Bukan mudah untuk melewati
Sememangnya aku bersalah tidak mengerti
Ku antara berjuta yang meminati mu
Terlanjur menyinta dengan tulus suci
Tanpa jawaban pasti
Dengan tulus suci tanpa jawaban pasti

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Malaikat Maut Mengintai Kita 70 kali Sehari..


Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.


Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.
Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Wordless Wednesday [13 GAMBAR]















-Bersambung- aka -To Be Continue-

Antara 'Panglima Nak Ludah Muka Mahasiswa' dengan 'Panglima Nak Ludah Muka Buku'.. WIN!



VERSI ORIGINAL ''Panglima Nak Ludah Muka Mahasiswa'


VERSI YANG BETOL-BETOL WIN!! 'Panglima Nak Ludah Muka Buku'


NEW UPDATES : ADA VIDEO BARU PULAK!


Kalau masih ada yang tak tau ini adalah berkenaan apa dan isu bila, silalah GOOGLE nama ni 'Adam Adli'..

-Bersambung- aka -To Be Continue-

UKAYS - CINTAKU



Jom berkaraoke pagi-pagi Isnin ni..



-Bersambung- aka -To Be Continue-

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan..


Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail... as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...

" Kemudian Jibrail as meminta i zin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1.  Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. *
2.  Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. *
3.  Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. *
4   Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. *
5.  Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). *
6.  Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.



-Bersambung- aka -To Be Continue-

WORDLESS WEDNESDAY [13 GAMBAR]


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Berpijaklah di dunia nyata bukan berangan, meroyan tak tentu hala!


Sudah terlalu lama aku tak mengisi tampalan blog ni dengan topik lebih serius. Nah! Hari ini aku nak menulis selagi jari aku ni larat nak taip sambil mengikuti perintah otak aku ni hahaha!

Tentu kamu, kamu & kamu di luar sana terfikir kenapakah tajuk entry aka tampalan kali ini semacam aje. Jangan takut, jangan risau sebab takde kena mengena dengan sesiapa atau apa hatta berdasarkan situasi atau keadaan di mana sahaja di dunia ini.

Kalau ada terkena ke, ter'smash' ke, terasa ke.. I'm sorry! Siapa suruh makan lada kalau dah tau lada tu pedas.. nak nak pulak lada kecik kecik cili api. Rasa la sendiri! Padan muka! Oopss, ter emo pulak beb..


Macam nilah aku kalau tak dapat luahkan perasaan atau tekanan pada sesiapa atau apa-apa.. hanya blog ini gelanggang untuk luahan rasa ini. Aku pun tak faham di kala aku sedang berusaha, bersusah payah keluar pagi balik petang.. Ada jugak insan yang entah apa difikirkan dibenak akalnya itu, bersenang lenang macam takde masalah dalam hidup.

Atau dia berpikeran macam duit itu datang bergolek masuk dalam kocek tanpa usaha. Kalau betul pon, aku lah orang pertama nak duduk diam dapat duit weii! Tapi NOPE! Dalam realiti kehidupan masa kini, segala-galanya memerlukan usaha & kerjaya serta doa oraitt.

Jangan disebabkan takde pemikiran yang jauh merenung masa depan, diri sendiri hanyut entah ke mana tunggu nak dikutip aje.. Dah lah hanyut, tak sedar bahawa ramai kawan kawan tu terpedaya dengan dunia khayalan yang direka-rekanya tu. Kesian lah aku dengan empunya badan dengan kawan kawan beliau. Kalau anda rasa COOL bila berbuat demikian, teruskan lah ye & good luck & all the best. Tapi bagi aku, sikit pon rase tak coool.. Not in thousand years!


Yeah! Word up! Memang aku menaip sambil dengo lagu among of my best metal band, KORN. Yang penting, ingatlah kawan-kawanku.. Tiada usaha yang lebih manis untuk dirasa melainkan dari hasil titik peluh sendiri. Tak percaya, kamu boleh cuba.. itu pon kalau percaya rezeki itu datangnya dari Yang Maha Esa.

Aku bukan lah seorang pakar motivasi.. jauh sekali pulak nak menjadi seorang ustaz. Aku sama saja dengan manusia lain yang tidak lari dari melakukan dosa, hanya mampu menyampaikan perkara baik dalam teguran dan mohon maaf atas segala keterlanjuran atau terkasar bahasa. Adios amigos!

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Bila Datuk Siti Nurhaliza ber FLASHMOB.. Nice!



My tersayang cakap.. dia giler suker bangat kat siti ni.

Tapi aku tak berkenan sejak dia kawen. Yelah jodoh di tangan Tuhan ye dakk.

And honestly, aku secara peribadinya aku memang minat dia sejak lagu 'Aku Cinta Padamu' & 'Mawarku'. I really miss her old days.. Hmm

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Sammy(X-Vokalis Kerispatih) - Sedang Apa Dan Dimana




Dulu selalu ada waktu untuk kita
Kini ku sendiri
Dulu kata cinta tak habis tercipta
Kini Tiada lagi (Lagi)

Sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
Ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
Apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
Menjalani janji hati kita

Sedang apa dan dimana wooo

Sedang apa dan dimana dirimu yang dulu ku cinta
Ku tak tahu tak lagi tahu seperti waktu dulu
Apakah mungkin bila kini ku ingin kembali
Menjalani menjalani menjalani janji hati kita


Selamat malam Malaysia dan seluruh dunia(kala tampalan ini menjengah dalam kepala..).. Sighhh!

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Rahsia Di Sebalik Bentuk Buah-Buahan..


Tahukah kawan -kawan sekalian, terdapat rahsia di sebalik buah-buahan? Saya akan tunjukkan beberapa contoh dibawah ini nanti..


Bentuk sayuran dan buah-buahan berkait rapat dengan organ tubuh manusia. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana telah mengaturkan setiap kejadian adanya sebab-sebab dan kaitannya. Lautan telah dipisahkan dari daratan, memberikan air bersih, dan daratan untuk bercucuk tanam. Allah juga telah menciptakan binatang-binatang di darat dan ikan sebagai sumber makanan kepada manusia. Segala ciptaanNya telah tersedia sebelum kita dilahirkan lagi.

Berikut ialah ciptaan Allah yang sangat baik untuk kesihatan dan sebaik-baiknya dimakan mentah. Bentuk-bentuk buah dan sayuran berikut tersembunyi makna tentang kegunaan setiap satunya untuk setiap bahagian dalam tubuh manusia.

LOBAK
Bentuk sepotong lobak kelihatan seperti bentuk mata manusia. Pupil, iris dan garis-garisnya seakan-akan menyerupai mata. Dan tahukah anda, sains juga telah membuktikan lobak dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki penglihatan.

TOMATO
Tomato pula mempunyai 4 segmen dan berwarna merah, sepertimana jantung manusia mengandungi ‘4 chambers’dan juga berwarna merah. Kajian menunjukkan tomato kaya dengan lycopine dan merupakan makanan darah dan jantung.

ANGGUR
Anggur tergantung dalam bentuk kluster dan berbentuk seakan-akan jantung. Setiap sebiji anggur pula dianggapkan sebagai sel darah dan kajian telah membuktikan anggur adalah makanan yang penting untuk menguatkan darah dan jantung.

WALNUT
Walnut berbentuk seakan otak manusia, dengan hemisfera kanan dan kiri, sereberum dan sereblum. Garis-garis dan belahan tengah kacang tersebut juga seakan-akan neo-cortex. Tahukah anda, walnut dapat membantu menambahkan lebih daripada 3 dozen ‘neuron-transmitters’ kepada fungsi otak anda.


KACANG MERAH
Kacang merah sebenarnya membantu menyembuhkan dan me’maintain’kan fungsi buah pinggang.


-Bersambung- aka -To Be Continue-

Ini kisah B & YYG.. bukan nama sebenar, boleh?



DIALOG 1

B : Yyg..

Yyg : Ye B..

B : Kita tengah SMS ke, tengah ON CALL nih?

Yyg : Haishh!


DIALOG 2

Yyg : B..

B : C..

Yyg : Haishhh!

B : Hihi :p


DIALOG 3

Yyg : B..

B : Ye Yyg..

Yyg : Apesal tak nak sebut C tadi?..

B : Haishh! (dalam hati, terkena gak akuu.. adehh)


-Bersambung- aka  -To Be Continue-

BRE - Lihat Cara Dia Memandangku



Bukannya besar kepala
Tapi nyatanya membuatku gila
Dan buatku jadi penasaran
 

[REFF:]
Lihatlah tatap matanya
Getar bibirnya sungguh mempersona
Dan lihatlah bahasa tubuhnya

[Chorus 1:]
Oh lihatlah cara dia memandangku
Pandangan yang terindah sepanjang hidupku
Seperti panah cinta yang memburuku
Cinta yang menusuk hatiku

[Chorus 2:]
Oh lihatlah cara dia membuatku
Mabuk kepayang saat dia didekatku
Seperti tau apa yang aku mau
Dari semua isi hatiku

Ulang [REFF]

Ulang [Chorus 1]

Ulang [Chorus 2]

Ulang [Chorus 1] (x2)

Ulang [Chorus 2] (x2)

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.