Rahsia Di Sebalik Bentuk Buah-Buahan..

Tahukah kawan -kawan sekalian, terdapat rahsia di sebalik buah-buahan? Saya akan tunjukkan beberapa contoh dibawah ini nanti..


Bentuk sayuran dan buah-buahan berkait rapat dengan organ tubuh manusia. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana telah mengaturkan setiap kejadian adanya sebab-sebab dan kaitannya. Lautan telah dipisahkan dari daratan, memberikan air bersih, dan daratan untuk bercucuk tanam. Allah juga telah menciptakan binatang-binatang di darat dan ikan sebagai sumber makanan kepada manusia. Segala ciptaanNya telah tersedia sebelum kita dilahirkan lagi.

Berikut ialah ciptaan Allah yang sangat baik untuk kesihatan dan sebaik-baiknya dimakan mentah. Bentuk-bentuk buah dan sayuran berikut tersembunyi makna tentang kegunaan setiap satunya untuk setiap bahagian dalam tubuh manusia.

LOBAK
Bentuk sepotong lobak kelihatan seperti bentuk mata manusia. Pupil, iris dan garis-garisnya seakan-akan menyerupai mata. Dan tahukah anda, sains juga telah membuktikan lobak dapat melancarkan peredaran darah dan memperbaiki penglihatan.

TOMATO
Tomato pula mempunyai 4 segmen dan berwarna merah, sepertimana jantung manusia mengandungi ‘4 chambers’dan juga berwarna merah. Kajian menunjukkan tomato kaya dengan lycopine dan merupakan makanan darah dan jantung.

ANGGUR
Anggur tergantung dalam bentuk kluster dan berbentuk seakan-akan jantung. Setiap sebiji anggur pula dianggapkan sebagai sel darah dan kajian telah membuktikan anggur adalah makanan yang penting untuk menguatkan darah dan jantung.

WALNUT
Walnut berbentuk seakan otak manusia, dengan hemisfera kanan dan kiri, sereberum dan sereblum. Garis-garis dan belahan tengah kacang tersebut juga seakan-akan neo-cortex. Tahukah anda, walnut dapat membantu menambahkan lebih daripada 3 dozen ‘neuron-transmitters’ kepada fungsi otak anda.


KACANG MERAH
Kacang merah sebenarnya membantu menyembuhkan dan me’maintain’kan fungsi buah pinggang.


-Bersambung- aka -To Be Continue-

2 comments:

azmnor said...

SALAM WAN...,

LAMA SGT TAK SINGGAH SINI...HARI BERKESEMPATAN BERTANDANG DISINI..

MEMANG SETIAP KEJADIAN ITU ADA RAHSIA YG TERSEMBUNYI DAN PUNYAI FAEDAH TERSENDIRI PADA MANUSIA..ALLAHUA`LAM

wanUSJ said...

Salam abg azmnor.. terima kasih sebab jadik pembaca seti blog ni hehe. Betol tu, saya sokong & tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu sia-sia melainkan mempunyai sebab dan manfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.