Nak nampak muda selalu, pakailah PEMUDA.. Jangan pakai PETUA. Lol! - PART 2


Selamat membaca la yek.
Aku agak malas nak menaip lebih lebih :p


MELEGAKAN DEMAM


Perubahan cuaca kadangkala memberikan kesan terhadap kesihatan kita terutamanya demam. Dua petua ini anda boleh cuba untuk meredakan demam.
1. Ramas beberapa helai daun bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh bahagian kepala terutamanya ubun- ubun dan ulangi hingga panas kebah.
2. Ramas sebuku asam jawa dengan sedikit air. Kemudian lumurkan di bahagian ubun-ubun kepala dan ulanginya beberapa kali.


TEMPE TAHAN LAMA


Bagi usahawan tempe atau bagi anda yang selalu membuat tempe sendiri, ada petua untuk tempe tahan lebih lama, tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet. Caranya, ketika membungkusnya pastikan tidak ada ruang di dalam bungkusan tersebut. Ini kerana kehadiran udara di dalam tempe bukan sahaja memudahkan tempe mudah dihinggapi kulat malah rasanya juga akan bertukar.


TEMPOYAK TAHAN LAMA


Tempoyak memang sedap bagi mereka yang beminat. Untuk tempoyak tahan lama, masukkan beberapa tangkai cili api ke dalam bekas menyimpan tempoyak. Gaulkan agar sebati dan tutup rapat penutup bekas tersebut. Tempoyak akan tahan selama setahun tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti ais.

TEPUNG GORENGAN LEBIH RANGUP


1. Campurkan dua sudu makan minyak masak di dalam bancuhan tepung untuk menggoreng. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya gorengan lebih enak dan rangup.
2. Bancuh tepung bersama air sehingga sebati. Masukkan dua sudu besar minyak panas dalam bancuhan tepung hingga rata, kemudian barulah digoreng.


SAYUR TIDAK CEPAT LAYU


Bungkus sayur ke dalam surat khabar yang telah dilembapkan. Hasilnya sayur lambat layu.


Cukuplah 5 petua yang kat atas ni dulu. Sekadar perkongsian yang baik untuk kengkawan yang sudi menjengah ke mari :). Untuk part 1, sila klik SINI.


-Bersambung- -To Be Continue-

Den - Kerana





Adakah cinta
Mudah berputik mekar
Bila saja bertemu
Biar hanya sekali
Harus dimulakan bertentangan
Mata dan terus ke hati

Benarkah cinta
Itu sudah naluri
Ada saja yang indah
Bisa membibit suka
Kerana wajahnya bergermelapan…
Kerana bibirnye menikam
Ah.. ah.. aku
Amat ku tertawan…

Kerana bukan ku seorang
Memandang dan beradu
Kerana ayu majahmu

Kerana kisahmu semalam
Kini aku termanggu
Kerana sayu matamu

Kau seharum bidadari
Kerana sehingga kini
Aku terus bermimpi… Ohh…


Den merupakan anak kelahiran sabah. Den yang pada awal 90-an pernah menghasilkan dua album ( Terimah Kasih 1998 dan semudah itu 1997) peringkat nasional dibawah naungan universal music Dan sekarang beliau hanya aktif menyanyi lagu bajau di sabah...sekarang beliau lebih di kenali sebagai Den Bisa....

-Bersambung- -To be continue-

Tarikh rasmi PRELAUNCHX ditunda!


Nampaknya ramai yang menganggap tuan punya blog ni adalah admin untuk prelaunchx .

Tapi aku disini nak membetulkan semula, aku bukan admin untuk prelaunchx ye. Aku hanya ahli biasa yang join prelaunchx dan aku promote pada sesiapa yang berminat sahaja.

Pada mulanya memang ramai yang mengetahui bahawa 27 Ogos 2012 adalah tarikh sebenar prelaunchx ni. Tapi mungkin atas sebab teknikal, tarikh tersebut bukanlah hari yang sepatutnya untuk prelaunchx membuka pintunya buat semua ahli mengutip payment masing-masing.

Dan disebabkan tarikh prelaunchx dah berlalu lebih kurang 2 minggu lepas, blog aku ni khususnya entry ini telah dihujani dengan pelbagai komen bertanyakan bila bayaran akan dibuat. Tak kurang juga bagi yang bertanyakan aku ni dah dapat cek nya ke belum. Dan respon yang paling aku rase nak redha kan aje bila ada yang mula membuat komen secara sinis tambah sarcastic! Tapi aku tak simpan dalam hati beb! Aku keluarkan modal pon RM56++ aje.. Kalau ade rezeki, adalah tu nanti. Kalau takde rezeki pon, aku tetap redha.

Oklah, panjang lebar pulak aku membebel. Aku nak tunjuk 2 situasi yang mana aku agak buntu pada mulanya tapi at last aku ada rase lega siket pasal prelaunchx ni..


SITUASI 1

Pada minggu lepas, aku dapat emel dari prelaunchx dalam mailbox aku yang agak menarik perhatian  & aku klik terus.



Lepas aku klik, aku tengok isi kandungannya. Hmm, agak meyakinkan!



Terus aku klik link untuk log in kat dalam email & terus aku hampa..



SITUASI 2

Tapi itu situasi pada minggu lepas. Sekarang aku nak kongsikan situasi pada hari ni.. Cek email yang agak boleh buat muka ada senyumm.
 


Berikut ialah isi kandungan email itu..



Finally, ini mungkin jawapan yang korang nanti-nantikan..



Jadi aku kat sini nak nasihatkan, sila cek email masing-masing ye geng aku sekalian.

Dan sekali lagi aku nak bagitau dan mengumumkan bahawa aku bukan lah admin untuk prelaunchx tapi aku hanya ahli biasa-biasa aje. Peace no war!

-Bersambung- -To be continue-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.