Edisi Penghulu Segala Hari : Aku Rasa.. Atok Kata.. Orang Kata..


Ini sekadar renungan buat kita semua menjalani hidup yg sementara sahaja ini.. macam Imam Muda pulak! Hihi


ORANG KATA..
enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, dah tua nanti tobatlah.

ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula,
tapi belum tentu masih panjang lagi,
entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA..
betul jugak tu..




ORANG KATA..
exams tu susah, kena banyak sacrifice,
constant study..past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA..
exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji,
dah ada syllabus untuk diikut,
kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu,
byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir,
Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA..
betul jugak tu..




ORANG KATA..
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian,
setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..

AKU RASA..
betul jugak tu..






ORANG KATA..
successful people have a good time management,
ada bisnes di kl, new york, tokyo..
masih sempat berkempen utk pilihanraya,
masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke,
masih sempat pasang perempuan 2-3, baru orang boleh respect!

ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari,tapi..
ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam?
ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari?
ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung,
sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA..
betul jugak tu..





ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar,
kereta mewah, makan lazat..baru hati puas!

ATUK KATA..
ye ke hati dah puas??
dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas?
dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani?
dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA..
HUWAA...HUWAAA....!!!!!!!!!





-Bersambung-

I'm Still Loving You!


Malam ni agak sentimental jiwa aku beb! Sori la kalu korang geli geleman ngan aku nih, tapi ADA AKU KESAH? Hihi.





Biarlah video ni aje yg bercerita..

-Bersambung-

Iklan terbaru spek mata kalis LAZER!!


Biarlah gambar2 kat bawah ni menceritakan segala2 nya hihi.


Credit to BLOGSERIUS. Cayalah bro Obe! Wahahahaa!

-Bersambung-

Oh Lina Marliana..


Aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dapat sekali lagi aku menemui bulan Muharam pada tahun ini.. Masih segar dalam kotak ingatanku.. Time tu dah nak puasa kira-kira 3 thn lepas.. aku ni ade darah gemuruh sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa..

Sehari sebelum puasa tu, aku ngan kawan aku pi ler jenjalan kat Kotaraya.. mase tuh top gila Kotaraya ngan
Komtar nih.. biasa ler hari minggu lgpun esok dah nak posa.. dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena sirap bandung ngan makan nasik ayam.

Dah kenyang ni.. aku pun cakap kat member aku.. aku nak gi buat greeting card untuk member ku..perempuan ler..hehehe. Greeting card machine.. Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah kotaraya.



Aku pun pi la sorang.. member aku semua lepak kat situ.. biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....

Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak... pas ni mesti member aku soundnyer.. sebab aku dh lama tinggalkan diorg.. aku pun start tulis... "HELLOOO" itulah suara yang aku dok dengar.. iskkhh! Awek mana lak nie.. aku pun toleh le ke belakang.. aku tengok bawah dulu.. pergghhh sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow
aku pandang atas.. sikit nyer cun ler awek ni... aku takleh lah nak kata apa.. Aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".. Aku tarik nafas panjang.. aku pun jawab "HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah...

Sekali dia kata "I'M LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia.. dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....

LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"

AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"

LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"

Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.. dah settle suma dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.

Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 82 minit jugak ler aku
berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia dan keluarga dia dan BETAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe.. sebab baik katakan.. BAIK-BAIK ADA MAKNA NIE.. aku pun teringat member aku tunggu kat kebayan tadi..

Sbelum blah tu aku cakap kat dia "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautiful as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better, but I have to go now, my friends is waiting for me.Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday.. I hope you dont mind"

Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak naik atas.. aku pun selisih ngan member-member aku kat escalator.. aku senyum dengan bangganya.. dia orang sikitnyer hot.. aku buat bodo jer.. buat dek jer lahh.. aku pun cerita lah kat dia orang pasal aku lambat.. hehehe.. sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jom aku tunjuk.... so kita orang pi ler kat tingkat bawah kotaraya tu.

Sampai je kat bawah tu, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia.. aku tgh nak naik escalator. Dia tengah turun, aku pun sound member aku aku cakap kat membe aku "tu dia..yg pakai blouse pink tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"

Member aku pun berkata nada sinis  "ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul".. aku dengan bangganya "ye.. jap ko tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit".

Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh "HI LINA", sekali......

Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling.. PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ.....

"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua dan bantai gelak, aku dah bengang gilerr.. aku blur......

Ada ker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa.. aku harap korang semua tak kan alami apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham... adakah semua perempuan
cantik macam nie??!@$@%$#^#^$!#)

Mungkin kot... aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik.. Bodoh ker aku???? aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.. aku pulak tak faham...

BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!


Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh. habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, high heel dia tersangkut kat escalator.. aku terdiam,member aku semua pun senyap....aku tak tau, tiba-tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag
dia, cuba nak tolong dia..aku pun tengok atas.. member aku blur.. semua senyap... tengah aku dok tolong tuh..

Tiba-tiba......

Si gadis yang aku puja-puja tadi menjerit "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"

Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..OOUCHHHH dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri
yg dianampak...aku pun senyap

PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! Apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yang dah jadik nie.... check punya check, rupa-rupanya handbag dia hilang....

Aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia?? "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun tolong dia..mana saya ada ambil beg dia".. gadis tadi bersuara lagi "Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik..passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, bang macammana nie"

Aku membela diri "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"

Aku dah panik........

Aku terpinga mencari penjelasan "tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri...apa masalah nie??".. Gadis tu dengan nada menghina menjawab "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri..." ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..

Aku kuarkan wallet "then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???".. sekali lagi gadis tu tuduh aku "mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag
I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"


Aku tersilap.. apa yang aku cakap backfire kat aku.. aku umpama menikam diri sendiri.. aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa....

Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang tersalah.. aku tak mengaku.. PPAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, pompuan tadi dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAGI, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI"

Itulah kata-kata dia... sesaat aku terpalit kembali sewaktu kami berjumpa di greeting card machine tadi.. aku tak sangka ini peribadinya yang sebenar.. ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah,
dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler. Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai kemeja ngan slack..rambut
panjang ikat belakang..orang tuh cakap

Manager: "APA MASALAH NIE??? OK..What is your Name?".. gadis tadi teresak "Lina menjawab.. "I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"..
Manager: "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising
bising"
.. aku mempertahankan maruah "saya tak ambil..dia yang tuduh bukan bukan"

Manager: "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"..
Lina: "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil..sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"

Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun amik handset dia.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku...

Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang... semua okay...takda yang hilang.. Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so manager tu suruh mintak maaf
kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.......

APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????

Aku pun senyap, aku dibebaskan..aku pun keluar... Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik.... member aku pun marah "Laa apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakapko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan".. "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...."

Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...

Aku pun herdik si lina ni tadi "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"

Manager: "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah takyah kecoh kecoh"

"Ko pun sama, dengan ko, dengan kotaraya ni aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"

LINA: "Apa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"

Manager tadi serba salah "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??".. Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe

Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon sambil cakap "Nah amik nie, aku mintak maaf......."

Dia bagi aku RM300, dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia... "Setakat RM300, ko ingat aku apa...budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."

Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1,000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap...aku amik cek tuh dan koyakkan.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak
dia kena tahan....

Last, dia bagi aku sekeping cek RM10,000, aku pun tergamam....... banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh
pun suruh aku amik... aku pun nak jugak amik...

So aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak
bla......tiba-tiba aku dengar dia sound aku..

LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap
ler.. tak malu"


Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia....aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat.. aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku.....

"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie..."

Nasib ko Lina.. kalo tidak memang confirm 3 bulan ko makan buburr


Gambar sekadar hiasan

-Bersambung-

Entry Pagi Minggu : Permainan dolu2


Mula2 sekali aku nak mohon maaf pada yg terlibat dan tak terlibat dalam kisah 3 insan yg aku masukkan dalam entry semalam... Sekarang sape2 yg baca, nmpk dot2 aje hihi.

Oklah, cukup lah aku membebel pagi2 minggu ni. SELAMAT PAGI MALAYSIAAA! Teringat aku kalau pagi2 minggu macam ni, aku selalu nya pi kedai beli nasi lemak ngan roti canai. Itu pon mak yg suruh aku weh! hahaha! Pastu bawak balik umah, makan ramai2. Best betolll!

Ooops, aku membebel lagik. Kita STRAIGHT TO AMPANG POINT! Aku sebenarnya nak korang ingat balik permainan dolu2 pagi ni. Tak tau la korang ingat ke tidak tu.. Berikut ialah antara permainan2 itu :


BATU SEREMBAN (berdasarkan nama tu, mungkin dari Negeri Sembilan..)



DATUK HARIMAU (pukul berapa datuk harimau..? datuk harimau menjawab, "MAKAN BUDOKK!!")



WAU BULAN (EWA BULEY, EWA BULEY, TEGHAJU TIGOOO)




GALAH PANJANG(...YG AKU TAU LARI DARI DEPAN KE BELAKANG SAMPAI KE DEPAN BALIK TP JGN  KENA PEGANG)



GASING (GASING SIAPA PUSING PALING LAMA, DIA MENANG!)




KONDA-KONDI



POLIS SENTRI(ONE TO JAGA, POLIS MATI. PENCURI JAGA)



TENG-TENG(BALING SAMTING KAT KOTAK PASTU LOMPAT2)


Hihi, takat itu je lah yg dapat aku ingat pasal permainan dolu2. Sekian, majulah sukan untuk negara. YOSHH!



-Bersambung-

Kisah 3 insan.. sangat meruntun jiwa!


....

Segmen : Dari Arkib WanUSJ!.. Rempit


Haha! Aku tgk blog aku ni makin org tgk hari2. So, thanks sebab sudi ushar2, tengok2 blog yg tak seberapa ni.


Hmmm, entry aku kali ni pon ringkas aje. Aku godek2 hard disk lame2, dapat la jumpa koleksi2 gambo yg agak menarik. Tapi aku tak bagi korang tgk semua ye. Sikit2 boleh la hihi.

Untuk segmen sulung ni, korang tgk la sendiri..


p/s : Aku pon mat Motor gak, tapi berhemah weh! Tolong jangan anti aku hihi

-Bersambung-

My 7 years MEGA plan shall be commence.. Now!


Hmm, dah 3 tahun aku tak pakai status SINGLE & AVALAIBLE hihi. Well, lepas ape yg telah terjadi lately n baru aje beberapa ketika tadi telah disahkan bahawa aku dan dia tidak lagi bersama! Very sad news huh!

But life must goes on bro! Kalau takut dipukul ombak, jangan berumah di tepi pantai kan.. Hmm. ape pon aku dah tekad yg '7 YEARS PLAN' aku ni akan dimulakan bermula sekarang.. Hanya aku aje yg tahu beb disebalik plan ni! Kalu umo aku panjang lagi 7 tahun, korang akan tahu la ape sebenarnya plan 7 tahun ni. InsyaAllah..

Malam ni, korang just tahu yg upacara ala2 pecah tanah telah bermula untuk my 7 years plan. Adios Amigos!

-Bersambung-

Episod Jiwa Luka hihi..


Untuk entry kali ni, aku just nak share perasaan aku aje ngan korang, boleh?

Short & simple aje, nak kongsi beberapa lagu yg best khas untuk AKU sorang je sesuai dengan mood semasa. Kalu korang nak sekali, meh join the club hahahaha!

1) Okay - Ku Relakan Dikau Pergi






2) Aiman - Cinta Terakhir






3) Hampa - To'ki






4) Memori Berkasih - Achik & Nana






5) Ramalanku Benar Belaka - Umbrella





Tu aje yg aku dapat luahkan perasaan aku saat2 ni. Aku pasrah dan aku harus akur dengan suratan takdir. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui siapa dan apakah yg terbaik untuk suatu hari nanti..

-Bersambung-

Kursus Kahwin RM80 sahaja.. Untuk warga Lembah Klang


Advertorial (khas buat pasangan2 yg bakal berkahwin)

Menyediakan kursus kahwin bagi pasangan Islam di Wangsa Walk,Wangsa Maju. Kursus anjuran bersama JAWI dan JAKIM ini juga memberi pendedahan ilmu kepada para peserta yang ingin mendirikan rumahtangga.

Calon-calon dari Setiawangsa, Keramat, Keramat permai, Taman Keramat Permai, Wangsa Melawati, Taman Melawati, Gombak, Taman Melati, Ampang dan Pandan serta sekitar Lembah Klang di jemput menyertai kursus yang menarik ini.


 Peta lokasi kursus..





Bayaran dan maklumat lanjut..





Sebab2 utama anda patut pilih Astana Mukmin.. Yg penting korang duk kat Lembah Klang dan kawasan2 berdekatan..









MAKLUMAT TERKINI KURSUS PRA PERKAHWINAN DI WANGSA WALK


Tarikh :
Dibuka Untuk Tempahan Sekarang.
Tempat :
No-7-1, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa 53300 Kuala Lumpur (Berhadapan Wangsa Walk )


Kepada yg berminat, sila emelkan kepada saya : noorizwan.ismail@gmail.com atau mesej/call 019-6190485 atau klik aje kat sini untuk berhubung terus dengan empunya ASTANA MUKMIN


Terima kasih.


-Bersambung-

Iklan-iklan lama kesukaan ku


Untuk entry kali. aku nak kongsi beberapa iklan TV dolu2 yg menjadi antara kegemaran aku..

 1) Iklan sabun basuh capTrojan


2) Iklan Axion ke Aziah?


3) Iklan air kotak yang aku suka. JOY (Tak jumpa dah sekarang..)


-Bersambung-

Happily ever after..?


Korang yg tgh baca blog aku ni mesti dah terbiasa ngan tajuk tu. HAPPILY EVER AFTER... tapi aku saje letak tanda tanya kat ujung tajuk blog tu sebab nya kita mane tahu bahagia nya sampai bila ye idok?



Banyak lah dalam cerita2 dongeng omputih yg kalu last sekali sang putera aka prince charming lepas selamatkan tuan puteri aka princess, terus kahwin & hidup aman bahagia selama2 nya(happily ever after).. Sweet dowh! Hmm, alangkah seronok nya kalau aku pon dapat hidup macam tu dengan tuan puteri ku sorang tu hihi. Gedik plus poyo ayat aku ni weh! hahaha!

Tapi manusia ni insan yg lemah. Sebab tu kita kena selalu berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk dan hidayah dan kebahagiaan hidup di dunia & akhirat. InsyaAllah.. Jom lah kita berdoa selalu ye kawan2 sekalian. Ingat! Insan cemerlang terletak pada akal, hati nya tenang & jiwanya yg kuat<pinjam ayat Dr Fadzilah Come To Me aka Johan Raja Lawak>



-Bersambung-

'Ops Cegah Jenayah' Berjaya!


Kejadian berlaku berulang-ulang kali, namun'jenayah' yg dilakukan sangat kotor dan meloyakan! Modus operandi nya pula sangat licik.. keluar secara senyap2 menyelongkar barang makanan ketika penghuni tiada dirumah serta meninggalkan kekotoran dengan bau yg amat tidak menyenangkan!

Busuk, jikik dan memualkan.. itu antara kata2 yg dapat saya berikan tentang 'jenayah' yg telah dilakukan. Berikut antara gambar suspek yg berjaya lensa kamera dapatkan setelah diperangkap:


Iya! tak salah lagi, suspek ini seekor TIKUS yg besar.

Haha! ayat aku ok tak kawan2. Ada macam ayat dalam 999 tu tak? Ape pon, aku puas hati bila dapat tangkap tikus tu. Lega hati aku & kawan2 kat rumah ni. Geram rase nye selagi tak dapat tangkap tikus tu, selagi tu hati tak tenang wehh!

Segala2 nya dah berakhir dan aku nak ucapkan ribuan terima kaih buat kawan2 yg sudi meyertai 'OPS CEGAH JENAYAH' yg sukses! sukses! sukses!

-Bersambung-

Hahaha, LU KENA LA BEB!


Semalam adalah hari yg ssngat tak dapat dilupakan buat semua BREAKHEARTER especially someone yg close to me.Padan muka lah pendek kata!

Nak dijadikan cerita, ada sorang hamba Allah ni yg aku kenal ajak aku jumpa lepas kerja. Kesian sungguh lah kat dia ni, laki. Kerja melambak kat opis semalam tapi satu pun tak berusik. Tak leh nak pokes katenye.. Puas lah bercerita kes awek dia, dia cakap ade org lain aka kekasih lama sudah kembalilahhh. Dia ni dapat tau awek tu ade org lain dari FACEBOOK wo! Macam2 komen sayang, b n bagai2 kluo weii! Dia tak pernah alami semua tu, dia cakap hati nye tu rase macam luka berdarah2.. tak cukup dengan tu rase macam dicelup dalam air garam.. Pedihh sangat dia cakap! Wa cakap sama lu!

Tapi kes dia ni, si awek tetap sayang dia & pada masa same.. si awek ni sayang kekasih lama. Aku pon terpikir, kamonnnn. mane ade pompuan boleh kawen 2.. Kalu ade pon, tak rela UUuu! Hahaha! Abes aje cerita, aku pon masuk part ala2 kaunseling walopon ya hadoo! Aku nasihat mane yg termampu aje, asal dia nih tenang balik.

Aku cakap, awek2 ni jgn disayang2 sangat.. kelak merana badan weii! Pastu jumpa & cakap slowtalk ngan awek dia tanya kenapa buat macam tu kalau sayang. Soklan last pulak, aku suh tanya antara dia ngan kekasih lama tu, siapa yg awek tu pilih. Kemudian, dia sendiri tentukan kan.. nak let go or keep together..Tu aje beb!

Hmm, nantikan kesudahan cerita hamba Allah ni nanti sama ada bersama selamanya atau sebalik nya.. tu pon kalu aku sempat jumpalah nanti hihi.Kawan2, moga perkara ni jadi pengajaran. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk sukan Olimpik jugak.. ye idok? Pandai2 aje aku ni..Kesian lah pada org yg korang sayang kalau korang buat macam tu, simple as that! Adios Amigos Polisi Kantore hihi.


Video sekadar hiasan.. Lolz!
-Bersambung-

Hari2 seorang pekerja a.k.a kuli..


Hmm hari ni aku nak crita hari2 seorang pekerja, kuli, org suruhan yg khusus kerja 5 hari seminggu hihi. Aku akan bagi penjelasan skali dengan gambo2 yg lebih kurang ada kena mengena.Here we go hihi..

Isnin..

 Monday blues kata org putih.. mood kerja pon tak berapa nak ada :p

Selasa..
Mood kerja baru nak masuk..

Rabu..
Otak dah mula fikir yg lusa nanti hari Jumaat.. tak sabar nak cuti lagi.. SABAR JE LA!

Khamis..
Yes! Esok hari last kerja utk minggu ni sudah mariii...

Jumaat & Sabtu..
*TGIF! Aku paling suka hari Sabtu weii hahaha!

Ahad..
Waktu tengahari :
Oohh.. Nooo.. Alahaiii :(

Malam nya pulak :

Esok start kerja balik.. ngadap kerja melambak, ngadap lagik muka boss.. Rasa nak jerit kuat aje dalam rumah..UWARRGGHHHHH!


*TGIF = Thanks God Its Friday


Hahaha! Macam, tu lebih kurang gambaran kbykan org yg kerja kuli aka makan gaji yg dapat aku gambarkan.. Tapi korang jgn kompius tang gambo last tu, dia sorang aje yg berjambang bermisai hihi. Ape pon kerja korang, buat dengan ikhlas ok. Moga korang berjaya hadapi semua ni sampai korang pencen.. Tu pon kalu panjang umor.

-Bersambung-

Bahagia nya hidup.. LIVE LIFE TO THE FULLEST!


Arini baru aje nak bermula tetapi semalam mmg best sangat2 sebab aku dapat jumpa keluarga bakal mentua hihi.


Diorang datang bercuti kat KL ni selama 2 hari. So, aku ngan awek ku ape lagi.. bawak lah mereka semua ronda2 KL. Dari Aimar Chow Koay Tiow, sampai lah ke I-City & sampai ke Satay Samuri Kajang kitorang bawak.


Bukan apa, aku nak merapatkan hubungan silaturrahim dgn keluarga awek aku tu. Org cakap lah, kalau kita kahwin ni.. bukan aje kahwin ngan isteri kita aje tapi dengan famili2 sekali weii!


Maksud nya, kita terima seadanya kehadiran keluarga mentua & seterusnya menjadi sebahagian dalam hidup kita. Aku lagi bersemangat nak cari duit untuk kahwin hihi. Nanti mak abah aku pon tentu tak sabar, bila aku cerita perkara ni nanti. So, itu lah saja coretan untuk blog aku kali ni :).

P/S : Tak sabo pulak aku nak kawen..



-Bersambung-

Patahnya gugusan kunci..


Hmm, aku tak tau lah ape nasib aku arini. Gugusan kunci kepunyaan aku telah tercicir di tgh jalan ketika ke tempat kerja sambil menaiki motosikal 125z ku.

Terpaksa lah aku masuk lewat ke pejabat demi menjejaki semula gugusan kunci itu. Dah kunci rumah, kunci motor ngan lain aku letak sekali dalam satu gugus sekali.

Mesti korang2, wokmer2 pelik.. macam mana kunci motor aku tercicir tapi aku boleh gerak lagi naik motor tu. Haa! ni la sebab nya, tempat kunci motor aku dah loose.. biasa nye aku start motor, lepas tu terus aku cabut simpan dalam poket. Tapi arini aku BLURRR!

Tapi Allah tu Maha Kuasa, aku tak berputus asa.. aku ambek keputusan untuk buat ops Search & Rescue secara bersendirian ikut jalan yg aku lalu tadik.. 2 round gak la, ngan aku kena pokes kat kenderaan2 lain yg masing laju.. pehh! Cukup mencabar weii. Last2 alhamdulillah, terjumpa jugak gugusan kunci itu.. tapi sudah tak sempurna lagi.. patah riuk, bengkang bengkok kunci2 yg ada. Ape boleh buat, aku kena ganti kunci motor baru la jawabnya.

Nantikan kesudahan update post ni ye, haku nak letak gambo gugusan kunci tu.. Tungguu

-Bersambung-

Kisah dari emel..


Hari ni betol2 MONDAY BLUES, kerja pon rilek2. Sambil aku kerja, aku ambek gak mase cek emel2 aku.
Mane tau ade emel yg menarik. Yaaa! Tepat sungguh tekaan aku.. mmg ade pon. Emel ni betol2 membuka minda bagi siapa saja yg masih mencari pegangan hidup dan seterusnya mahukan jawapan yg PASTI melalui hikmah yg tersembunyi.. Teruskan bacaan korang ye :)

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam.


Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.



Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya.


Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.


“Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”. Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus.


Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.


Membantu guru


Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.


“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.


“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.


“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”.


Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)


Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.


“Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya.


“Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah.


“Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.


“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.


“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.


“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa...,” Abu Hanifah berhujah.


“Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!,” sahut Dahri.


“Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?” Tersentak Dahri seketika.


Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?”


Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”


Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnya atau di bawahkah...?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.


“Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!”


“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti...” soal Dahri lagi.


“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.


“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya....?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.


Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit.


Tidak terfikir


Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya...” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”


“Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”


Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.


“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”. Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.


“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.


“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:


“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !”


Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.


Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.




Itulah dia emel yg aku nak kongsi dengan wokmer2 sekalian. Moga menjadi petunjuk dan hidayah buat korang menjalani hidup dengan pegangan akidah pada Yg Maha Esa. InsyaAllah.

-Bersambung-

Nipakcik, pakcik ade hal tlg top up kan RM30...


Hujung minggu macam arini mmg best! Erti kat lain, HEAVEN kate orang sekarang. Tambah2 lagi org bujang macam aku hihi.

Dalam dok rilek2, bermalas2an kat ruang tamu sambil tgk MELODI kat tb3 yg bersiaran secara langsung kat stadium Bukit Jalil, masuk lah satu SMS. Aku ingatkan mesej dr awek aku.. rupanya hampehh!

Nombor Penghantar SMS agak panjang(maybe nombor dari seberang), +6285342566523. Berikut ialah isi kandungan SMS tu :

"Nipakcik, pakcik ade hal tlg top up kan pakcik RM30 kat no 0178940092"

Aku dengan selamba buat 'dono'(*don't know) aje ngan SMS tu. Mungkin ade antara korang yg merasakan tindakan aku tu tak berperikemanusian.. mungkin betol pakcik aku dalam kesusahan. Tapi persoalan nya, pakcik tu siapa? Haha! Kat situ tu pon, kita boleh agak SOMETHING WRONG SOMEWHERE..

Untuk pengetahuan wokme2 ye, aku ade terbaca dalam Metro pasal kes ni baru minggu lepas :



Hmm, pada hemat aku lah(chewah! ayat macam pro beb), macam2 cara nak tipu orang. Aku pon tak sangka diorang boleh hantar secara rawak termasuk diri aku sendiri. Masa aku baca berita tu, aku tak terpikir yg aku pun akan dapat SMS yg sama.. Naseb baek, aku aku dah tau awal2.


Pada kawan2 aku, geng2 aku sekalian.. jgn lah kita terus percaya bulat2 bila dapat SMS macam tu. Pastikan SMS tu betol2 dari pakcik kita. Kalu tidak, masak kita kita weii! Tingkatkan prestasi.& kurangkan kontroversi<pinjam ayat pengacara Melodi, Wahid ngan Fafau hihi>


-Bersambung-

Hahaha! tak tahan aku dok gelak tgk pilem ni.. MEMANCHORR!


Siang tadi aku berkesempatan la ke GSC Summit USJ ngan ehem2 nengok pilem yg LAWAK TAK HENGAT nih. Tajuk dia "Hantu Kak Limah Balik Rumah".

Pilem ni di tangani oleh antara pengarah FEVERET koi(*saya - ni loghat Pahang) name nye Mamat Khalid. Adoiyay! Aku tergelak berdekah2 ngan gelagat sorang2 pelakon dalam pilem ni. Hahahaha! MEMANCHORR!

Aku sarankan korang2, wokme2(*korang2 gak ni) pi tgk crita nih. Sokong lah industri pilem tempatan, kalau bukan kita.. siapa lah lagi ye idok? Tepok dada, tanya lah selera memasing :).



Video kat atas nih antara babak kegemaran aku dalam pilem tu, sentimental value gitu ngan lagu yg aku suke, "Cinta Kristal" nyanyian Rahim Maarof. Lepas abes nengok pilem, terus aku makan sebab lapo then terus pi karok lagu ni wahaha! Well, enjoy la ye kawan2.

-Bersambung-

Tiket tol ngan palang tol nye..


Tak semestinya kita beli tiket tol, palang tol tu bukak kan.. bila nak lalu aje, pintu tol tu macam nak bukak tapi ya hadooo! tak bukak sampai kesudah..  Haishh!

Aku pon ade terpiker perkara2 sedemikian dalam hidup ni. Ape2 pon yg kita nak tak semestinya macam yg kita dapat. So, prepare lah siap2 fizikal n mostly MENTAL tu kena kental beb :).

 So, renung2 kan la ye kawan2 & selamat la menjalani hidup korang dengan sebaik nya. Cheers~

-Bersambung-

Salam sejahtera pembuka gate blog aku hihi



Haishh! Tak sangka pulak aku boleh terbukak hati nak buat blog nih.. Nak pilih template berjam2 weii, nak pilih theme font, theme colour bagai pon ber jam2 haha!

Tak kisah lah semua tu. Walopon ruangan ni sempit, aku nak kongsi dengan wokme2(*korang2) ape aje yg aku rase menarik, tertarik. Tapi buat masa terhad ni, aku just nak chit chat hok(* yang) ringan2 je sebab aku maseh terkesima dengan blog aku sendiri adoiyay!

Hmm, nanti aku nak explore template, font yg BAEEEKKK PUNYEEE! Aku suke blajo html, godek2 skrip nih... Tgk ape yg jadik dgn tgn2 nakal aku ni hihi. Buat ketika ni, buat mase ni aku just remain kan ape yg ade. Eh! blog aku ke ni? hahaha! Poyo betol aku...



-Bersambung-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.