Nak nampak muda selalu, pakailah PEMUDA.. Jangan pakai PETUA. Lol! - PART 1

Ok, aku takdela pandai sangat pasal masak memasak atau apa sahaja berkenaan dapur ni tapi aku nak jugak kongsikan beberapa petua yang seperti kat bawah ni. Sila lah baca dengan rajin ye geng!


MERASA GARAM DALAM MASAKAN

Memasak dalam bulan Ramadan pasti mencabar. Namun jangan risau kerana ada cara mudah untuk anda mengetahui bahawa anda telah memasukkan garam secukupnya atau sebaliknya. Caranya, letakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah tidak meleleh, menandakan masakan anda sudah cukup masinnya. Tetapi jika jari terasa perit, bermaksud masakan anda terlebih garamnya.


MEMBERSIHKAN KOTORAN PADA SIPUT SEDUT

Rendamkan siput sedut dalam air garam semalaman bagi mengeluarkan segala selut dan kotoran. Keesokannya, barulah dipotong ekornya dan dibersihkan.


MENYEDAPKAN KERANG REBUS

Rebuskan kerang bersama garam tanpa menambah sedikitpun air. Ini kerana kandungan air di dalam kulit kerang sudah memadai untuk memasaknya. Hasilnya, rasa kerang akan lebih manis.


PUDING TAK MUDAH PECAH

Puding sering tidak menjadi? Ada petua mudah untuk anda cuba agar puding tidak mudah pecah. Caranya, ketika memasak puding, sebelum agak pekat, masukkan tiga ketul gula batu. kemudian masaklah seperti biasa. Selamat mencuba!


IKAN KELI GORENG TIDAK BERMINYAK

Bagi mengelakkan ikan keli goreng berminyak, masukkan dua sudu tepung gandum ke dalam minyak yang telah cukup panas. Kemudian, goreng ikan keli seperti biasa. Ikan bukan sahaja tidak berminyak seperti selalu malahan lebih rangup dan garing.


Cukuplah 5 petua yang kat atas ni dulu. Sekadar perkongsian yang baik untuk kengkawan yang sudi menjengah ke mari :).


-Bersambung- -To Be Continue-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.