PRENG.. 'PRANK' show Malaysia online terbaru!



Malam tadi aku try surfing lah kat Youtube & korang mahu tahu tak? Aku secara tak sengaja jumpa 2 buah video yang agak menarik perhatian dan membuatkan aku tergelak besar sorang-sorang dalam bilik semalam.

Ianya merupakan sebuah prank show online terbaru hasil anak muda tempatan yang diberi judul PRENG. Aku kalau bab-bab pekena orang ni memang aku suka sebab boleh release tension. You know, laugh is the best medicine!


Sebagai permulaan, aku memang tabik dengan hasil video editing diorang ni dalam HD format. Aku memang jenis cepat kagum kalau benda tu bagus.. Tapi ada beberapa komentar yang aku ingin lontarkan di sini:

1) adalah amat TERBAIK sekiranya setiap kali habis aje setiap prank, orang-orang yang terlibat tu sebut or cakap 'Anda dah kena PRENG!'

2) Setiap perkataan yang ada dalam kategori KASAR atau tak manis di dengar oleh warga Malaysia yang penuh adat ketimuran itu ditapis aka di TUTTTT! kan aje (walaupon aku rasa ok aje sebab dah biasa kawan-kawan keliling dok mencarut itu dan ini hahaha!)

3) Kepada PRENG2011 ni pulak, perbanyakkan lagi video ni dengan aksi dan idea yang kreatif di masa depan sebab I'm one of your fans from now on. Aku support korang siap promote dalam blog lagi kehkeh!

Oklah, sila lah tengok sendiri video-video mereka kat bawah ni:

PRENG : Drive-Thru Pocong

PRENG : Makan Sini

Pengakuan ikhlas : Sepanjang aku surfing kat Youtube selama ni.. Ini lah pertama kali aku subscribe channel! Cis!

-Bersambung- aka -To be continue-

2 comments:

en_me said...

bersambung je tu yg saspens.. ihiks

wanUSJ said...

haha! itu trademark blog ni bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.