'Karipap-Karipap Cinta', dari novel yang BEST-SELLER ke layar perak??



Aku baru tahu ada novel tajuk dia 'Karipap-Karipap Cinta'..

Dan sebagai rekod, novel ini merupakan BEST-SELLER tahu! Ianya karya NAZRI M. ANNUAR. Aku mengaku yang aku memang tak pernah baca novel.. Siket-siket tu ada lah.






                                                                                                        Ilustrasi kulit novelnya


Hafsham Othman sebagaimana yang umum sudah maklum, merupakan pengarah filem ini yang taraf 'otai'. Memang dah lamalah dia berkecimpung dalam industri perfileman Malaysia. Nantikan di pawagam berdekatan pada pagi Raya pertama tak lama lagi, sila bawak kuih-muih dengan balang-balangnya sekali bersama keluarga ye sebab korang pasti 'meminati' GAMBIT SAIFULLAH. Hahaha! Sarkastik sungguh bunyinya.. Phew!




Sedikit sinopsisnya..
Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.

Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.

Filem ini dibintangi oleh Gambit Saifullah, Shamira, Melia Aimelia, Elyas Iskandar dan Syawal AF.


Trailer filem ini..

Poster 'Karipap-Karipap Cinta' yang bakal ditayangkan hari pertama tahun ni..

P/S : Lepas ni nantikan pulak filem 'HANTU MAKCIK KARIPAP-Anak ni STUDENT tapi STUPID!' pulak pada hari raya kedua tapi tak tahu tahun bila.. kehkehkeh!

-Bersambung- aka -To be continue-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.