Edisi Penghulu Segala Hari : Sistem Pesanan Ringkas(SMS) Halal JAKIM

Hmm, aku dapat info ni dari emel.. aku just nak kongsi2 kan dgn korang aje. Benda baik lebih baik disampai2 kan ye dok? hihi

Sistem ini dibangunkan sebagai perkhidmatan rujukan maklumat halal.
Dengan adanya sistem ini, pengguna telefon bimbit boleh membuat
semakan terus kepada JAKIM berkenaan makanan, premis makanan yang
mendapat sijil halal JAKIM.

Bagaimana menghantar SMS Halal JAKIM?

Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk
menyemak, sila taip :

Taip halal [nombor kod bar] Contoh halal [ 9551234567891]
hantar ke 32728 | DAPAT

Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada JAKIM
mengenai status semakan anda.

Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah sijil Sah.
Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh.
Sekiranya maklumat tersebut tiada di JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai.



Senyummmm :)

-Bersambung-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.