Edisi Penghulu Segala Hari : 5 'ISME'


Arini dah masuk Jumaat sekali lagi.. Tenang aje aku rase hihi. Syukur padaMu ya Allah! Kau telah panjangkan umurku untuk sehari lagi untuk memberi peluang beribadat kepadaMu.

Ok, sekarang aku nak share emel  yg aku rase amat sesuai untuk korang baca. Selamatttt!

SEKULARISME
Bertujuan memisahkan kehidupan manusia dari agama.  Asalnya, bertujuan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan politik pemerintah.  Mereka melihat agama adalah suatu penghalang kepada tujuan dan kepentingan dunia mereka.
Sasaran serangan pemikiran ini ialah kepada semua ummat Islam seluruh dunia.  Ramai ummat Islam terpengaruh dengannya, lantas melihat dunia ini terbahagi dua.  Islam hanya dilihat dari sudut spiritual seperti adanya pada agama2 lain.  Sedangkan Islam bukan begitu, kerana ISLAM ADALAH SUATU SISTEM KEHIDUPAN.  Islam adalah sistem yang syumul.

GLOBALISME
Bertujuan untuk menyebarluaskan fahaman2 songsang agar mudah masuk ke dalam setiap kotak pemikiran ummat manusia, terutamanya ummat Islam.  Dengan Globalisme, idea2 seperti sekularisme, nasionalisme, hedonisme, liberalisme, pluralisme dan pelbagai bentuk serangan pemikiran mudah menembusi setiap dunia dan negara ummat Islam.
Sasaran serangan ialah negara2 ummat Islam.

HEDONISME
Bertujuan untuk menanamkan ke dalam setiap sanubari remaja muslim akan keseronokan berhibur dan hiburan adalah segala2nya dalam kehidupan ini.  Kemahuan dan kecenderungan nafsu dilayan tanpa sempadan.  Hasilnya, artis2 menjadi pujaan, konsert2 di mana2, iklan hiburan setiap pelusuk ruang, impian dan cita2 remaja lebih mahu menjadi glamour dan selebriti dan 1001 macam perkara buruk yang kita boleh nampak sendiri.  Maka, tersebarlah pesta maksiat, zina, mabuk arak, dadah dll.
Sasaran serangan ialah remaja2 muslim.  Malah ramai golongan pemimpin dan pemerintah terpengaruh dengannya lantaran nafsu yang menjadi pemandu kepada jiwa. 

LIBERALISME
Bertujuan untuk memesongkan kefahaman Islam di kalangan ummat Islam moden.  Sikap keterbukaan melampau dan toleransi tak bersempadan ini membuatkan manusia, khususnya ummat Islam berfikir hanya menggunakan lojik akal.  Sedangkan di dalam Islam, ia bukan terdiri dari elemen zahir semata2, malah ghaib juga.  Maka, akal pemikiran tidak selalu dapat berfikir akan lojiknya sesuatu suruhan dan larangan agama.  Kalam Allah mahu mereka tafsir mengikut akal loji semata2 dan hadith2 Rasulullah mahu diketepikan oleh mereka. 
Sasaran serangan ialah para intelektual dan profesional muslim.  Disebabkan kecerdikan dan kecanggihan pemikiran, maka mahu dibawa juga Islam ini ke dalam dunia kelojikan, fakta2 dan pembuktian sains. 

PLURALISME
Bertujuan untuk menyamakan sekalian ummat manusia dari sudut agama dan kepercayaan.  "Semua agama sama" ialah frasa yang sering mereka canangkan.  Sedangkan agama di sisi Allah hanya sanyalah Islam.  Inna addina 'indaAllahi lIslam.  Islam ya'lu wala yu'la 'alaih (Islam itu tinggi, dan tiada yg lebih tinggi darinya).  Kepercayaan songsang ini menyebabkan ramai di kalangan kita meredhai perayaan dan kepercayaan agama lain, sedangkan Islam melarangnya.
Sasaran serangan ini ialah para pemimpin dan pemerintah ummat Islam. 
================================================================
Sesungguhnya kita ummat Islam sentiasa harus berwaspada tentang serangan pemikiran yang tersenarai di atas.  Malah, banyak lagi sebenarnya di luar sana.  Berhati2lah dengan perancangan halus mereka.  Dan kita harus bersatu menentangnya.  Ini kerana perjuangan kebenaran tanpa perancangan, mudah dikalahkan dengan perancangan teliti walaupun ia batil.

Berpeganglah kepada Islam ini sungguh2 umpama kuatnya gigitan geraham yang kuat.

waAllahu ta'ala a'lam...

(Diilhamkan dari ucapan Mufti Perak semasa Perhimpunan Ummat Islam Menentang Isu Murtad di Masjid Wilayah Persekutuan, KL)





-Bersambung-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.