Tak sangka kadang2 kaki lebih bersih dari muka..

Sempena hari Jumaat ni, aku nak kongsi cerita ni yg aku petik dari "Koleksi Cerita Insaf (Hak Cipta Warong Pak Seman)".. Ingat walau dimana pon kita, kita jgn angkuh atau sombong sebab kita sama2 makluk Tuhan Yg Satu :)

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya. Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki kedalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari. Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari
 
Sori, gambar sekadar hiasan..


-Bersambung-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.