Makan tengahari pada ketinggian 412 meter.. Pehh!

Mudah-mudahan murahlah rezeki boss.. Baik hati nak belanja kitorang makan tengahari, syukur nikmat.

Tapi memang tak sangka pulak boss nak bawak kitorang makan kat tempat tinggi tak macam biasa. Fuhh! Aku tak pernah bayangkan nak makan kat sana selama ni. Tempat yang aku maksudkan ini ialah RESTORAN BERPUTAR SERI ANGKASA MENARA KUALA LUMPUR.

Aku bergambar dengan signboard sebelum naik ke atas menara..(cer try tengok rege nye tu.. wuhoo!)

Aku memang tak pernah lagi pergi area Menara Kuala Lumpur ni, KLCC tu biasa lah hehe. Tapi seriously, ini merupakan pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila-bila beb.Seronok teruja sesangat!

KLCC sama level aje dengan tempat aku berdiri dalam restoran tu..

Lunch kali ni makan secara buffet. So, makan lah selagi boleh ye.. Sampai se'eh(sendat) perot la derr..Sambil korang boleh tengok pemandangan yang berubah tiap kali korang santai-santai tengok ke luar cermin sebab restoran ni benar-benar berputar tapi pada kelajuan yang perlahan ye. Jangan takut, jangan risau ok. It is such a new & great experience to me.

Sebelum ambik makanan, sempatlah aku snap gambar bahagian dalam restoran ni..Maklumlah tak pernah masuk sini.

Secara keseluruhan, aku boleh cadangkan kalau korang ade event istimewa macam celebrate anniversary ke, sambut hari lahir ke, boleh lah datang ke sini for your special moment yaa! I really enjoy my time there.. such a great time hehe :). 

Burppppp! Alhamdulillah..Tq boss! 

Bergambar kenangan sebelum balik..

Untuk keterangan lanjut tentang Menara Kuala Lumpur aka KL Tower, sila klik SINI.

-Bersambung- aka -To Be Continue-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.