Showing posts with label MEMBEBEL. Show all posts
Showing posts with label MEMBEBEL. Show all posts

Berpijaklah di dunia nyata bukan berangan, meroyan tak tentu hala!


Sudah terlalu lama aku tak mengisi tampalan blog ni dengan topik lebih serius. Nah! Hari ini aku nak menulis selagi jari aku ni larat nak taip sambil mengikuti perintah otak aku ni hahaha!

Tentu kamu, kamu & kamu di luar sana terfikir kenapakah tajuk entry aka tampalan kali ini semacam aje. Jangan takut, jangan risau sebab takde kena mengena dengan sesiapa atau apa hatta berdasarkan situasi atau keadaan di mana sahaja di dunia ini.

Kalau ada terkena ke, ter'smash' ke, terasa ke.. I'm sorry! Siapa suruh makan lada kalau dah tau lada tu pedas.. nak nak pulak lada kecik kecik cili api. Rasa la sendiri! Padan muka! Oopss, ter emo pulak beb..


Macam nilah aku kalau tak dapat luahkan perasaan atau tekanan pada sesiapa atau apa-apa.. hanya blog ini gelanggang untuk luahan rasa ini. Aku pun tak faham di kala aku sedang berusaha, bersusah payah keluar pagi balik petang.. Ada jugak insan yang entah apa difikirkan dibenak akalnya itu, bersenang lenang macam takde masalah dalam hidup.

Atau dia berpikeran macam duit itu datang bergolek masuk dalam kocek tanpa usaha. Kalau betul pon, aku lah orang pertama nak duduk diam dapat duit weii! Tapi NOPE! Dalam realiti kehidupan masa kini, segala-galanya memerlukan usaha & kerjaya serta doa oraitt.

Jangan disebabkan takde pemikiran yang jauh merenung masa depan, diri sendiri hanyut entah ke mana tunggu nak dikutip aje.. Dah lah hanyut, tak sedar bahawa ramai kawan kawan tu terpedaya dengan dunia khayalan yang direka-rekanya tu. Kesian lah aku dengan empunya badan dengan kawan kawan beliau. Kalau anda rasa COOL bila berbuat demikian, teruskan lah ye & good luck & all the best. Tapi bagi aku, sikit pon rase tak coool.. Not in thousand years!


Yeah! Word up! Memang aku menaip sambil dengo lagu among of my best metal band, KORN. Yang penting, ingatlah kawan-kawanku.. Tiada usaha yang lebih manis untuk dirasa melainkan dari hasil titik peluh sendiri. Tak percaya, kamu boleh cuba.. itu pon kalau percaya rezeki itu datangnya dari Yang Maha Esa.

Aku bukan lah seorang pakar motivasi.. jauh sekali pulak nak menjadi seorang ustaz. Aku sama saja dengan manusia lain yang tidak lari dari melakukan dosa, hanya mampu menyampaikan perkara baik dalam teguran dan mohon maaf atas segala keterlanjuran atau terkasar bahasa. Adios amigos!

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Budi bahasa budaya kita? Betul ke?


Sudah lama aku tak membelek blog ni.. Eh! Blog aku ke ni? Haha! Sampai tak yakin pulak ni blog aku.

Terima kasih kepada sekalian sidang pembaca kerana sudi menjengah ke mari walaupon aku sendiri jarang hapdet blog ni.. Ok, sudah dengan kata alu-aluan panjang lebar pulak.


Gambar di atas adalah gerai yang top dengan masakan ikan patin di Medan Selera Temerloh, Gerai Makan Pak Usop. Memang masakan ikan patin dia syokk yang amat. Kalau ade sesiapa yang nak merasa masakan ikan patin ni, di persilakan lah ye.

Semalam ada seorang kakak kat opis aku ni teringin nak makan ikan patin best. Lagi pun cuti umum semalam, dia dan keluarga beliau terus bercadang bergerak dari ibu kota Kuala Lumpur.. di ulang dari KUALA LUMPUR ke bandar ikan patin, TEMERLOH. Sesampai di medan selera Temerloh, dia sekeluarga terus mencari tempat untuk makan berhampiran gerai Pak Usop itu. Memandangkan ramai pelanggan di gerai Pak Usop, dia terpaksa menumpang tempat makan di gerai bersebelahan.. Tetapi ada jugak perkara yang tak tak sedap di dengar dek telinga ni..

Bayangkan punya busuk hati dan dengki pekerja gerai bersebelahan sambil berkata 'Kalau nak makan makanan gerai tu(Pak Usop), dudok kat sebelah ye!'. Barangkali pekerja gerai bersebelahan sudah di ajar supaya berkata demikian kepada setiap pelanggan yang menumpang makan di situ agaknya.. Lalu suami kepada kakak yang satu opis dengan aku itu berkata 'Kalau saya order dari kedai ni siket & kedai seblah pon siket boleh tak?'.. Pekerja itu dengan senyum sinis hanya berlalu tanpa menjawab soalannya.

Apa lagi, suami akak tu terus bangun untuk pergi ke kedai sebelah mencari kalau kalau ada lagi tempat kosong. Sambil tu, akak yang satu opis dengan aku tu pon sambil memangku anak nya yang masih kecil kecil berusia 2 bulan diherdik sekali lagi. Herdikan kali ini oleh tuan punya gerai makan itu sendiri yang membawa maksud menghalau akak tu kalau nak makan kat seblah, duduk kat seblah aje... Rezeki menyebelahi akak itu sebab suaminya sudah mendapat tempat kosong di gerai Pak Usop.

Suaminya mengetahui bahawa isterinya itu telah diherdik, mahu sahaja dia mengamuk. Tetapi setelah dinasihatkan oleh isterinya untuk tidak memanjangkan masalah itu, dia terus berlalu bersama keluarganya ke tempat kosong di gerai Pak Usop. Walaupon terpaksa berhimpit-himpit, akak yang satu opis dengan aku itu dapat juga merasai kesedapan dan kelazatan ikan patin di gerai Pak Usop.


MORAL DARI CERITA YANG KITA BOLEH DAPATKAN DI SINI IALAH WALAUPON KITA BERSAING SESAMA KEDAI MAKAN LEBIH-LEBIH LAGI BILA BERNIAGA SEBELAH MENYEBELAH, JANGANLAH BIARKAN RASA DENGKI DAN BUSUK HATI ITU MEMBUATKAN KITA HILANG RASA HORMAT PADA ORANG LAIN. INGATLAH BAHAWA REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH DAN BILA-BILA MASA SAHAJA DIA BOLEH MENGAMBIL REZEKI ITU DARI KITA. HORMATLAH ORANG LAIN DENGAN SOPAN SANTUN DAN BUDI BAHASA KERANA BAHASA JIWA BANGSA!

-Bersambung aka To Be Continue-

Gara-gara SKYPE.. terpaksa mengikut aje bagai lembu dicucuk hidung!


Ini kes kisah benar dari kawan baik aku sendiri yang telah gagal untuk menyelamatkan BAKAL sang buah hati dan dia kini masih dihantui penyesalan disebabkan peristiwa ini..

Ceritanya bermula semenjak dia memang menyimpan hati terhadap gadis itu dan beliau benar-benar mengambil berat mengenainya. Sehinggalah satu hari, beliau ini mengetahui bahawa si gadis itu mempunyai  teman lelaki. Tetapi beliau tetap cool aje sebabkan kata orang 'Demi kasih kuturutkan jua..'.

Meskipun begitu, perhubungan antara mereka tetap berlarutan sehingga satu peringkat beliau mengetahui bahawa si gadis ingin memutuskan perhubungan dengan teman lelakinya itu. Mengetahui perkhabaran itu, beliau merasai peluang untuk memiliki gadis itu cukup cerah. Apatah lagi, bila si gadis tidak menolak apabila beliau meluahkan isi hatinya yang sudah lama terpendam selama ini walaupun dalam hatinya ada merasakan sesuatu yang aneh. Masakan si gadis yang begitu menyayangi teman lelakinya selama ini begitu senang memutuskan hubungan cinta mereka..

Tetapi bagaikan panas tidak sampai ke petang, hujan pula di tengahari.. Pada malam yang sama si gadis menyatakan dia tidak dapat meneruskan perhubungan dengan beliau. Ini menjadikan beliau bertambah pelik dan berbagai persoalan timbul dalam benak hatinya.. Apabila ditanya melalui telefon, si gadis menyatakan dia masih menyayangi teman lelakinya itu sambil teresak-esak. Dan pada malam itu, beliau membuat 'kerja gila' tapi yang positif ye. Dari Kuala Lumpur, beliau bermotosikal ke selatan tanahair semata-mata mahukan kepastian yang nyata.

Sesampai di sana, terkejutlah si gadis selepas mengetahui beliau benar-benar ada di kolejnya. Apa lagi, menjurai-jurai air mata si gadis melihat pengorbanan yang beliau lakukan semata-mata untuknya ketika itu. Apabila didesak dan digasak dengan persoalan oleh beliau, barulah si gadis menceritakan apa yang sebenarnya telah terjadi. Si gadis telah melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan teman lelakinya selama ini tetapi bukanlah perbuatan mereka secara bersama atau bersemuka.

Kenapa aku berkata demikian? Sebab si gadis dan teman lelaki tinggal berjauhan dan berlainan benua. Mereka hanya berhubungan menggunakan aplikasi teknologi yang dipanggil SKYPE. Aplikasi ini mungkin tidak asing lagi buat kalian bukan..? Ye, ia merupakan teknologi yang bukan sahaja membolehkan pengguna berhubung bukan secara panggilan suara malah pengguna boleh bersua muka melalui panggilan video.

Berbalik semula kepada cerita aku ini, selama si gadis dan teman lelaki nya berhubungan menggunakan SKYPE, mereka telah menggunakan seluruh kebebasan demi cinta tanpa memikirkan dosa dan pahala... Malah sampai pada satu tahap, si gadis sanggup menunjukkan apa sahaja yang dia miliki pada tubuhnya kepada teman lelakinya setelah diminta. Semuanya kerana cinta dan mungkin juga nafsu..

Kejadian ini berlarutan sehinggalah pada hari yang si gadis ingin memutuskan perhubungan dengan teman lelaki dan menerima cinta kawan baik aku itu. Setelah itulah, barulah semuanya menjadi nyata pada beliau dengan cerita si gadis yang cukup mengejutkan.

Teman lelakinya telah merakamkan segala aksi ghairah si gadis selama ini dan menyimpannya sebagai koleksi. Dan koleksi ini lah yang sebenarnya telah mengikat si gadis untuk tidak memutuskan perhubungan mereka kerana jika tidak, semua rakaman dan gambar si gadis akan disebarkan.

Sebab itulah pada malam sebelumnya, si gadis tidak dapat meneruskan perhubungan cinta dengan kawan baik aku itu. Sekarang barulah beliau faham atas apa yang telah terjadi dan bersimpati dengan nasib si gadis yang amat dincintai. Demi menjaga maruah, si gadis terpaksa meneruskan perhubungan dengan teman lelakinya itu sebab teman lelakinya itu berjanji mahu menjadikan dia sebagai isteri yang sah apabila pulang ke tanah air tidak lama lagi..

Sekarang nasi sudah menjadi bubur, kawan baikku masih dalam proses untuk melupakan segala-galanya walaupun aku tahu agak berat untuknya dan penuh penyesalan sebab beliau tidak dapat memiliki gadis impiannya itu. Semua itu adalah disebabkan nafsu, cinta dan SKYPE!

Moral of the story : Sebagai manusia yang ada akal yang dikurniakan oleh Allah, jangan lah kita menutup pemikiran kita. Sebaliknya, kita perlu berfikiran jauh tentang baik buruk sesuatu perkara. Jangan disebabkan nafsu dan cinta semata-mata, kita bertindak diluar batasan syariah agama sehingga kita akhirnya terjerat oleh perbuatan kita sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal.. Ingat sebelum terkena!

Memang satu filem yang memberikan peringatan sama seperti yang aku ceritakan.. Ingat ye kawan-kawan, jagalah tindak-tanduk kita. Kalau nak rakamkan juga, sendiri mau ingat!

-Bersambung- aka -To be continue-

Kutip, kutip & kutip lagi


Adoii, terbiar bersemak-samun blog aku semenjak dua menjak ni.. Hari ni aku mendapat ilham baru pasal tabiat rakyat Malaysia ku. Enjoice!

Dimana ade lori tembikai terbalik..

Disitulah rezeki terpijak(ye lah tu..)
 

Ini kes lori bawak beras eksiden, ramai yg dtg 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya.. Ramai yg mengaut keuntungan makan beras percuma stok sebulan.

Hahh atas ni pulak kes jip eksiden bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai dtg 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa.. ish! ish!

Tapi yang peliknya kat bawah ni...



Bergelimpangan haiwan 'haremm' itu dimana-mana.. takde siapa yang pedulikan untuk mengutip..


PASAL APA TAKDA SAPA NAK KUTIP??
Sedangkan ke enam-enam gambar di atas tetap HARAM untuk dilakukan..

Kehkehkeh!.. Malaysiaku tercinta :)



-Bersambung- aka -To be continue-

Wordless Wednesday[7 GAMBAR]









-Bersambung- aka -To be continue-

Selamat berpuasa di RAMADHAN, 1432 Hijrah ini..


Saya memohon maaf andai ada keterlanjuran selama ini ye..

Semoga puasa kita kali ini diterima olehNYA dan bertambah baik dari masa yang lalu, InsyaAllah :)

PERTAMA RAMADHAN - FOTOGRAF

P/S : Moga rohnya penyanyi asal lagu ini, SAMRIN dari kumpulan FOTOGRAF ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman hendaknya. Al-Fatihah..

-Bersambung- aka -To be continue-

Menjemput kalian ke majlis 'pecah tanah'..


Hahaha! Teruja aku ni wei. Dah lama aku tak menjenguk facebook aku.. Ada dalam 6 bulan dah kott.. Bersawang abes wei!

Pada korang yang sudi follow & jadi silent reader blog yang tak seberapa ni, terima kasih daun terup diucapkan.. kehkehkeh!

And now, I'm officially open back my chilling down area.. Wan USJ' Facebook
Ini lah majlis 'Wan USJ's chilling area are now open!'

Pada sape-sape yang sudi nak jadi friend or like my profile ini dipersilakan lah ye.

Nah! Kalau lah Facebook ini sebuah negara, ianya akan menjadi negara ketiga terbesar di dunia! Fuuuuu!


P/S : Kamu, kamu, dan kamu memang dijemput ke majlis 'pecah tanah' tersebut.


-Bersambung- aka -To be continue-

Yang BURUK nampak, yang BAIK senang buat lupa macam tu aje..


Aku rasional, aku relevan, aku bermutu dan aku terunggul!

Mesti ada orang yang macam nak muntah aje kalau baca statement sebentar tadi seperti di atas. Keh keh keh! Mesti lah diri aku sendiri yang puji kat diri sendiri ye dok? Nak harapkan orang lain, mau di caci maki lah diriku ini..

Dah jadi adat resam duniawi, kalau di beri bunga.. tak semestinya akan dapat bunga aje, pelempang atau penerajang padu maut si BAJA HITAM pon kadang-kadang mendapat. Seram siottt!

If someone, someone huh! If you are the person that feel you are related to this entry.. Please think the positive side, please.. Aku nak berkhutbah ke, nak berceramah ke atau nak buat konsert Akademi Fantasia ke.. Semua tu khas untuk menyedarkan kau sahaja wahai MAKHLUK TUHAN PALING AKU SAYANG.

If you ever wonder? Tu pon kalau kau sedar selama ni lah.. Seorang ayah kalau sayangkan anaknya, dia takkan biarkan macam tu aje beb! Kurang-kurang pon dia akan tegur.. paling teruk, pelempang singgah kat muka barang sedas dua kalau dah marah tahap rasuk dek syaitan nirrajim!

Begitu juga aku, kalau orang yang aku sayang buat benda yang aku tak suka tapi dia buat jugak.. memang patut lah aku tegur dan kau pon tahu aku bukan jenis orang yang suka guna kekerasan dibawah akta mandatori seksyen 6. Entah apa aku merapu ni..

Aku harap kau sedarlah dan memang itulah yang nak buat lately ni, tegur, tegur, tegur and it keep going sampai 'bom Hiroshima' macam dah meletup dalam kepala otak yang aku tak tau sejak bila aku tahan selama ni.. Aku ignore kau lepas kau tak tahan nak menahan syarahan aku yang baru peringkat muqadimah aje baru..

Aku kalau ikutkan, kau nak buat apa LAN*** pon aku peduli apa! Tapi atas sebab janji pada seseorang yang aku sangat hormati itulah yang mendatangkan semangat untuk aku bersama kau dengan kasih sayang semuanya khas buat kau. Kau tau tak? Tau tak? Pelempang mau?


P/S : Apa yang kau rasa remeh-temeh tu, bagi aku ianya isu yang cukup besar.. You don't have any idea what have I gone through from a long time ago?.. And I just keep it to myself. However.. Live Life To The Fullest!

-Bersambung- aka -To be continue-

Banyak jugak blog yang aku dah follow [27 GAMBAR]


Diam tak diam dalam setengah tahun aku bergiat dalam blogging ni, dah banyak blog yang aku singgah & follow.

Terima kasih jugak pada yang sudi follow blog ni ye. Ok lah, aku dengan gigihnya dah cuba compile kan semua blog yang telah aku follow dalam bentuk gambar sahaja. Check it out!


In Alphabetical Order

-Bersambung- aka -To be continue-

.........


Korang ada nampak apa-apa tak selain titik-titik kat tajuk entry ni di atas nun? Aku saja taip macam tu sebab takde idea sebenarnya nak tulis apa..

Just nak kongsi lagu Exist yang bertajuk JANJI BIDADARI di mana lagu ini popular semasa aku di darjah 2 Baik.. Sekolah Kebangsaan Johol, Negeri Sembilan.


Masa tu aku masih ingat lagi time mandi sungai dengan kawan-kawan semua mandi sungai "BOLEN" aje masing-masing. Haa! Cari sendiri maksud tersirat di sebalik perkataan itu ye..

Semua orang naif aje tanpa mengira jantina memasing masa mandi sungai, takde perasaan malu pon. Budak-budak je time tu. Adoii! Blues siotttt!.

Kalau sekarang masih buat benda yang sama, tak tahulah apa jadi lepas tu. Korang imagine lah sendiri hahaha! Lagipon aku tengok budak-budak sekarang advance terlebih. Maklum sajalah, semua maklumat dihujung jari beb! Nak tgk tuut, taip tuut & keluar lah tuut nya..

Nampak, nampak tak? Dari permulaan entry ni macam takde idea nak taip. Tup tup! Ada pulak cerita yang berjaya direalisasikan. Tahniah kepada seorang aku. Keh keh keh!

-Bersambung- aka -To be continue-

Lestari - Sekelip Mata Kau Berubah




Sesungguhnya lagu ini sama maksudnya dengan apa yang ada dalam benak hati ku ini.. Chisss! Ayat power tu beb hahaha!

Aku bangun pagi dah lewat.. Maklum lah pagi Sabtu. Aku off Sabtu & Ahad.. Perghh! Terasa nikmat cuti ketika ini.. Syahdu syahdu..

Sebab lagu version karaoke, so aku tak payah susah-susah nak letak lirik. Senang kerja aku..

 Masa lagu ni tengah top, aku masa tu form 2..

-Bersambung- aka -To be continue-

EPL = Entertainment... Liga Malaysia=Emosional Terlampau





Pagi semalam aku on the way balik ke kampung halaman ikut highway Karak, terserempaklah dengan dengan kenderaaan-kenderaan pantai Timur sebab ada bendera Kelantan & Terengganu. Dalam hati 'Hek. Eleh! Apa-apa aje la korang ni?'<ayat jeles sebab Pahang terkandas masa separuh akhir itu ari>


Aku memang tak set pon nak tengok game final PIALA F.A malam semalam masa sampai kat kampung. Nak dijadikan cerita, malam tadi dengan tak semena-menanya aku pon terlayan.. terlayan ler pulak game Terengganu lawan Kelantan.

Apa lagi, aku pon terus pakai tag 'Kelate Gomo Kelate!'. Game agak bagus pada mulanya. Nak-nak pulak masa first half yang berkesudahan 0-0.

Bila babak kedua bermula, aku ok lagi. Tapi mood aku nak sokong Kelantan terus jadi tak keruan lepas tengok aksi yang mengundang mulut aku nak cakap 'Bodoh natey beghuk yang dok suke baling mercun tu!'


Jadi aku tak berlengah lagi terus tukar sokong Terengganu pulak dengan tagline 'Peteh Ganu Peteh!'. Aku cukup tak suka bila fan-fan bola sepak Malaysia yang terlalu ikut emosional dengan akal letak kat kepala lutut gamaknya.  Semua ni tak mendatangkan apa faedah la derr! Sokong aje la macam biasa sudah.

Apa pun aku nak ucapkan tahniah pada skuad Penyu termasuk jurulatih nya, Irffan Bakti sebab berjaya menewaskan Kelantan 2-1 sampai kena main dalam Extra time. You guys deserved this sweet victory! Peace.

Sebelum aku membebel lebih panjang lagi, sila lah layan video matluhfi90 ni yang ada kena mengena dengan
isu yang aku highlightkan tadi.. Renung-renungkan dan majulah sukan untuk negara Malaysia tercinta :)


Berikut ialah teks ucapan beliau sekiranya korang nak tau lebih lanjut tentang apa yang diperkatakan..


Bila pemain bola masuk padang, depa expect untuk main bola.. Bukan main mercun bola.Kalau anda rasa depa pemain bola suka mercun bola, kenapa anda tak bagi mercun ketupat kepada tetamu di Aidilfitri anda sebagai ganti kepada ketupat? Kenapaaa?

Semua orang patut tau yang depa semua ni ialah pemain bola sepak. Bukan Mujahiddin di Palestin, Iraq, Afghanistan..Jadi, tak perlulah kita nak buat suasana peperangan di dalam  stadium. Sebab depa pon reti rasa takut.

Bayangkan kalau depa nak ambik corner, fokus depa kepada bola. Ok, fokus kepada bola. Belakang ni fans opponent, dia dok ambik bola, dia dok tengah larik.. BOOOMMM!




SAFEE SALI : Ko pehal baling kat aku dowh? Tak puas hati jumpa luar aarr..

SABRI ABU : Haraamm aku hang tak ajak dok baling barang-barang kat orang. Hang dok mana? Dok mana? Panggil geng aku tabuh hang baru hang tau!!

HAIRUDDIN OMAR : Jahak(jahat) ngak(ngat aka sangat) natang ni.. se'eh peghok ambo, jerih beghak nana ni..

RAMLES SARI : Di baling nya mercun kepada kamek, kamek takut bahh..Nanti kamek balik Sarawak, kamek ambek sumpitan sumpit.

KHALID JAMLUS : Ini yang teman suke ni.. Atee ade orang yang baling bende dekat temannn.. Teman tak puas hati benorr!

BAMBANG PAMUNGKAS : Lo jangan main-main sama gue.. Hari ini lo baling mercun sama gue.. Esok gue bawek lezer..





But seriously, saya tak rasa mercun, bunga api atau apa jua bahan letupan dapat menambah excitement dalam game. Sebab macam EPL, depa walupon depa takdak pon bunga api apa semua pon, tapi depa still the most exciting game dalam dunia ni.

Jadi instead of kita beli mercun, kita bakaq tengah padang, apa kata kita behave ataupon tiru macam mana EPL supporter buat. Depa singing along, clapping, booing..
Sebab cara macam tu lebih sihat dan tak mengganggu player-player di tengah padang. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.


-Bersambung- aka -To be continue-

Saya bukan orang tua walaupon...






Ini ialah wajah aku kalau betul2 dah tua nanti.. Tu pon kalu umur aku panjanglah.. Mudah-mudahan



My LOVELY ONE ni memang buat koi* GRRRRRRR!<Nabil dah elaborate apa itu GRR dalam Maharaja Lawak minggu lepas..>

*Koi - pengganti diri saya dalam logaht Pahang

GRRRRRRRR!!!!

Yelah-yelah aku mengaku aku suka tengok Buletin Utama, Berita RTM.. Dan semua cerita TV1 & TV2. Tapi takkan U nak chop I ni macam ORANG TUA? Tau lerr umur I nak masuk 30 lagi 2 tahun lagi..

Satu lagi semasa entry ini ditulis, aku memang tgh layan playlist lagu-lagu 60'an.. Tapi terpiker jugak aku, aku ni memang dah tua kott.. Tak mungkinnnn! Arghhhhh!

Tapi kurang-kurang kalau aku ni memang ORANG TUA, bior lah aku merasa title DATO ke, DATUK ke, TAN SRI ke.. Hahaha! Berangan ler pulok.

Moral of the story kebetulan aje masa U call I, I tertengok TV1, TV2 or Buletin Utama.. Percayalah diriku ini ahaks! Jangan pulak korang nak hipokrit pulak, korang dalam diam-diam ubi berisi pon dok menggedik dengan GF or BF jugak. Aku tau laa..

-Bersambung- aka -To be continue-

Ketam Melayu & Ketam Cina


To my dear friends… tak ramai lagi orang melayu yg dah sampai ke tahap ketam cina ni…
Btw, bior la kite jadi 'orang' asalkan jgn jadi ketam… gelak2 jugak tapi 'SQ' kena lebih sinar & gumbira…roger!


Korang suke makan ketam...? Ini adalah untuk renungan bersama.. Mungkin cerita Ketam Melayu & Ketam Cina ada benarnya...



Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.


Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?


Cina: Ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?


Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk
mana ketam melayu, mana ketam cina?


Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup...ketam cina.......sana dalam
bekas tak ada tutup...ketam melayu la....


Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak
kasi tutup?


Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar...yang lain akan tengok
dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama
semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.


Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?


Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu
kaki ketam tadi...jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja
keluar...yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia
terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.



Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga....cina lain tak kacau...dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan
ajar cina lain agar berjaya jugak.


Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last
sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri.


Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju ....Nak maju kenalah ubah nasib kita ini supaya lebih competitive. Bukansemuanak kena 'spoon feed'. Mesti tunjuk usaha (EFFORT) yang betul.
Otherwise , kita semua akan jadi bahan sejarah. Bak kata Karam Singh Walia ...'Ke langit tak cecah, ke bumi tak sampai'







 P/S : Tapi kalau ketam yang sebenar-benarnya ketam, kalau buat masak lemak memang sodap!







-Bersambung- aka -To be continue-

10-11 ialah tahun Manchester United.. Juara EPL kali 19!


Ketahuilah kepada pihak-pihak lawan bahawasanya team kegemaran aku, Manchester United telah menang kejuaraan EPL kali ke-19 buat sekian kalinya. Walaupun diorang hanya seri dengan Blackburn Rovers tetapi itu sudah cukup melayakkan mereka JUARA TAK TERKALAHKAN musim ini.

Selepas ni UNITED bakal menempuh perlawanan akhir PIALA JUARA-JUARA EROPAH pada 28 Mei 2011 di Stadium Wembley sesuai dengan lirik lagu tema M.U sendiri . Aku menaip sambil dok layan lagu GLORY-GLORY ni. Hahahaha!


Musim 2010-11 adalah musim ke-19 Manchester United di Liga Perdana Inggeris, dan 36 musim berturut-turut mereka di persada bola sepak Inggeris. Ini adalah musim pertama dengan baju baru sponsor AON, selepas empat musim dengan AIG.

Tujuan utama United adalah untuk mendapatkan semula gelaran Liga Perdana, menetapkan rekod baru kemenangan sembilan belas dalam pemburuan. Mereka juga bersaing di Liga Juara-Juara Eropah untuk 15 musim berturut-turut.

Manchester United memulakan musim dengan mengalahkan Chelsea 3-1 di Stadium Wembley pada tarikh 8 Ogos 2010 untuk menuntut perlawanan pertama musim, Community Shield atau Piala Sumbangsih.
Mereka bagai PERTAHANAN yang berjaya di Piala Liga Carling dengan dilihat untuk menjadi pasukan kedua untuk memenangi pertandingan untuk 3 musim berturut-turut, selepas Liverpool pada tahun 1983 (yang kemudian pergi untuk memenangi buat kali keempat pada tahun 1984). Namun, cengkaman mereka di pertandingan ini dapat dipecahkan oleh West Ham United, yang mengenepikan Reds Devil dengan kekalahan 4-0 di Upton Park di Pusingan Kelima pada tarikh 30 November 2010.

Pada tarikh 19 Disember 2010, Sir Alex Ferguson menjadi pengurus paling lama di dalam sejarah Manchester United, memadamkan rekod Sir Matt Busby's dari 24 tahun, 1 bulan dan 13 hari yang bertanggung jawab atas kelab.

Pada tarikh 1 Februari 2011, United dengan rekod tak pernah kalahkan untuk 29 pertandingan, setelah menang 3-1 atas Aston Villa di Old Trafford. Mereka gagal untuk meneruskan rekod tersebut dengan kekalahan 2-1 kepada Wolverhampton Wanderers di Molineux pada tarikh 5 Februari 2011. Ini ialah pertama kali mereka kalah dalam liga sejak 3 April 2010 kekalahan 2-1 di tempat sendiri kepada Chelsea.

United juga layak ke peringkat separuh akhir Piala FA 2010-11 tetapi kalah 1-0 di Wembley ke Manchester City pada tarikh 16 April 2011.

NO MATTER WHAT, ALL THE EYE LOOKING TO THE ONLY CHAMPION FOR 2010-2011 - MANCHESTER UNITED.

Bangga menjadi salah seorang die hard fan M.U

-Bersambung- aka -To be continue-

Aku dulu, sekarang & masa depan..


Mmg itu lah yg aku dok piker2 sedari tadi..

Hmm, apa achievement terbaik aku? ade kottt.. kemonnn. Takkan ulat dalam batu boleh hidup, ini pulak seorang aku. Manusia pulak tu..

Sori guys kalau entry aku kali ni agak menggelikan ketihak2 kalian. Aku dah lama tak layan bluess.. bukan layan cerita2 Rusia haaa! Hahaha!

Aku tgk org lain especially kawan2, sepupu2.. ramai yg dah kawen, beranak pinak pon sudaaa.. Adoii! Sedey siott mengenangkan naseb diri. Masa aku belum sampai lagi untuk mengecap nikmat2 rumah tangga.. nikmat2 ni pon aku tau dari cerita2 Rusia gak. Best layan di kala.. Ooops! Terlajak pulak wakakaka!


Ape pon, life must goes on.. Selagi kita berusaha, pasti boleh berjaya<ayat klise jek..>

Esok ape pulak yg aku kena buat.. hidup ni macam satu landasan keretapi. Yg lain nya takde stesen tempat berhenti,, kalau ade pon, maybe aku takde dah kat dunia ni. Tu pasti! Semua orang mesti akan pergi menghadap yg Esa satu hari nanti. Yang membezakan.. cepat atau lambat aje :)

Dah berapa patah perkataan karangan aku malam ni? Ni kalau cikgu BM aku tau aku guna bahse2 cenggini, masak aku. Tentu2 nya diorang sedih sebab aku tak ikut tunjuk ajar yg betol pasal 'Tatabahasa' dan 'Nahu' Bahasa Melayu. Maafkan aku wahai cikgu2 BM ku sekalian & terima kaseh atas tunjuk ajar selama ini.

Dah2! Masuk tido la wan oiii. Ko tu dok tahan ngantuk dari tadi. Dan sesungguhnya ayat2 yg keluar di masa penulisan ini berlaku adalah secara SPONTAN. Fuhh! Tahniah untuk diri sendiri sebab dah lama tak mengarang ayat2 dengan kadar yg panjang macam ni ahahaha! Adios Amigos!

Walaupon Hari Ibu belum sampai lagi, tak salah rasanya untuk wish kat mak aku 'Selamat Hari Ibu'.. With love from Along<kantoi dah! aku anak sulong>

-Bersambung- aka -To be continue-

Penahanan awam aka 'Citizens arrest'


*** Video yang ditunjukkan dalam entry kali ni mungkin akan membuatkan korang takut, sedih, marah atau meluat.. Parent Guidance atau Pengawasan Mak Bapak amat2 lah diperlukan.. Kalau takut, senang aje.. JANGAN TENGOK!

Arini aku blogwalking lepas balik dari kerja siap tak makan apa2 lagi tadi.. Entah apa angin aku.. aku pon tak tau hahaha!

Aku start dari satu ke satu blog.. sampai aku tengok satu video WAD GILA sampai abes kat satu blog tu.. Kan lepas abes video, kalu stended ambek dari youtube.. mesti ade suggestion video2 yg related.

Aku try la klik sesedap jari aku ni, terlayan la pulak citer2 org wad gila.. tapi tah macam mana aku boleh tengok video2 org dok gadoh sampai berdarah. Dah macam WWE aku tgk tapi yg kat dalam tb tu tak real! Yg aku tgk dalam video2 ni REAL lagi REALITI dowh!

Dari org dok gado2 tu la aku tertengok PERAGUT, PENCURI MOTO, PENCURI DUIT MASJID dan sebagainya<chais! ayatt> kena belasah.. Fuhhh! Dan2 aku teringat istilah 'CITIZENS ARREST' atau pon PENAHANAN AWAM..kalau tak betol istilah Melayunya, tolonglah betulkan ye.

Kat bawah ni seorang PERAGUT dibelasah setelah org awam berjaya menangkapnya.. Sungguh malang nasibnya pada hari tu..



Lepas tu korang boleh tgk PENAHANAN AWAM yg dibuat keatas PENCURI DUIT DALAM TABUNG MASJID.. Apa lah naseb diorang ni, malam tu BULAN GELAP kottt...

Tak dilupakan juga untuk PENCURI2 GETAH SEKERAP TEGAR! Ade jugak yg upload video 'WRESTLEMANIA' untuk korang.. Siap dengan menu pembuka selera, GETAH SEKERAP MENTAH!

Last but not least, CITIZENS ARREST untuk si PENCURI MOTOSIKAL.. Teringat pulak motosikal 125Z Yamaha warna kuning aku yg hilang 8 tahun lepas.. Kalu lah pencuri tu tak naseb baek, nahas macam mamat dalam video ni.. Muntah darah dibuatnya!


Natijahnya, bukanlah keganasan atau cara belasahan yang saya mahu kongsi disini untuk mereka2 yg dah buat salah. Tetapi apa yang lebih penting, padah yang menanti sekiranya golongan penjenayah2 ini ditangkap oleh orang awam<Hahaha! Aku pakai ayat2 wartawan 999 nih>

Citizens arrest atau penahanan awam ini di kalangan warga Malaysia rata2nya berakhir dengan sang penjenayah ibarat separuh nyawa dibelasah... Itupun bergantung pada berapa lama pihak polis untuk sampai ke tempat kejadian. Lagi lambat, maknanya jadik lauk je lah penjenayah tu kena sampai lembik.  Saya percaya perkara sebegini turut terjadi di mana2 negara pon di dunia ini.

Wan USJ mengundurkan diri untuk ehblogakukeni.blogspot.com...

**Update**
Video yg terbaru ni takde kena-mengena dengan CITIZENS ARREST atau pon PENAHANAN AWAM.. Saja nak ajak korang gelak2 dengan mamat Kanada, RUSSEL PETERS nih.. aku suka part yg dia sebut "SOMEBODY WILL BE GOT HURT.. REAL BADLY".. LOL!

-Bersambung- aka -To be continue-

Bila Nabil VS Bruno Mars.. Jadik la NANOBIL MARS hahaha!


Macam entry aku yg lepas2, aku mmg dah cakap aku mmg minat lagu2 mamat omputih nama Bruno Mars.

Lepas tu pulak aku mmg tgh hangat dok layan cenel Warna - no 132 kat pakej Mustika, tak pasal2 kena beli hahaha! Bijak2 strategi org2 estru nih..

Bukan apa, aku syok dok tgk Maharajalawak skang ni.. tambah2 pulak baru2 ni Nabil si telingo capang dok spoof aka parody lagu Bruno Mars-Grenade.. Mmg terbaek bro! Aku salute, tabik spring kat Nabil ni sebab dia tak hancor kan lagu tu, tambah2 dgn gaya pemain PIANO LALAT dia tuh hahahaha!

So, kat bawah ni aku letak video diorang yg aku ambik dari Youtube.. one at a time, aku start dari Nabil dulu.. lepas tu video & lagu asal Bruno Mars.. Enjoy!

Nabil Si Pemain Piano Lalat -Lagu Untuk Boss Den Yang Den Tak Suko Tu

Buat tu, buat ni
Itu yang aku dengar tiap-tiap hari sejak aku di sini,
Waiter, cashier.. cleaner, customer.. semuanya aku, semuanya aku
Amek anak kau balik dari sekolah pun kerja aku,
Lepas tu nak kena hantar pulak dia pergi mengaji.. dekat Kg Baru

Aku buat semua FOR YOU!
Aku kerja semua FOR YOU!
Aku jadi babu FOR YOU!
Owh oh Uhh Owh
Nasib lah aku ini,
Makan tidur dekat sini,
Kalau tak dah lama,
Ku bakar kedai ni..

Oo yeah yeah,
Roslan.. Kadir,
Kena buang sebab diorang curi pencungkil gigi,
Pocat pocat,

Boss Jahat..Boss Jahat,
Itu la panggilan yang patut ku bagi,
Yang patut ku bagi,

Dah lah gaji aku sikit,
Itu pon kau tak pernah nak bagi,
Ikut hati aku,
Orang macam kami dah lama,
Aku, Aku,
Aku bagi kaki!




Bruno Mars - Grenade

Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give
Should of known you was trouble from the first kiss,
Why were they open?
Gave you all I had
And you tossed it in the trash
You tossed it in the trash, you did
To give me all your love is all I ever asked,
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

No, no, no, no
Black, black, black and blue beat me till I'm numb
Tell the devil I said “hey” when you get back to where you're from
Mad woman, bad woman,
That's just what you are, yeah,
You’ll smile in my face then rip the breaks out my car
Gave you all I had
And you tossed it in the trash

You tossed it in the trash, yes you did
To give me all your love is all I ever asked
Cause what you don't understand is
I’d catch a grenade for ya (yeah, yeah, yeah)
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same

If my body was on fire, ooh
You’ d watch me burn down in flames
You said you loved me you're a liar
Cause you never, ever, ever did baby...
But darling I’ll still catch a grenade for ya
Throw my hand on a blade for ya (yeah, yeah, yeah)
I’d jump in front of a train for ya (yeah, yeah , yeah)
You know I'd do anything for ya (yeah, yeah, yeah)
Oh, oh
I would go through all this pain,
Take a bullet straight through my brain,
Yes, I would die for ya baby;
But you won't do the same.
No, you won’t do the same,
You wouldn’t do the same,
Ooh, you’ll never do the same,
No, no, no, no



 Gambo aku ngan Nabil ni diambil mase aku keja sekejap kat Astro, channel@15 dulu. Mase tu Nabil baru menang Raja Lawak Musim 2 <Abaikan kualiti gambo sebab kamera aku mase tu tak canggih..>
 
-Bersambung- aka  -To Be Continue-

TOKEK oooiii!


Adoiii! Kenapa la ko lari TOKEK? Kalau korang2, wokme2 nak tau.. Aku ade la membela sekor, klik kat sini T.O.K.E.K

Tapi takpe, aku tau ko takkan pi mane2 pon TOKEK oiii.. Pasal nya aku rase bio aje la ko bebas. Ko pon nak idup jugak macam tokek2 yg lain tu.

Tak sangka ko ada lagi kat rumah aku ni , dan buktinya... Gotcha! Hahaha!





Lega hati aku ni TOKEK oiii.. Lagi lega hati aku bila ko bila dah boring dok kat luo tu, ko masuk balik sambil POSING belakang almari baju aku.. Cayalah! Ko mmg my best TOKEK ever lah!




<Dalam hati ni.. 'Siaplah ko bila ko dah cukup 400gram keatas.. hehehe'>


-Bersambung- aka -To be continue-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.