Berpijaklah di dunia nyata bukan berangan, meroyan tak tentu hala!

Sudah terlalu lama aku tak mengisi tampalan blog ni dengan topik lebih serius. Nah! Hari ini aku nak menulis selagi jari aku ni larat nak taip sambil mengikuti perintah otak aku ni hahaha!

Tentu kamu, kamu & kamu di luar sana terfikir kenapakah tajuk entry aka tampalan kali ini semacam aje. Jangan takut, jangan risau sebab takde kena mengena dengan sesiapa atau apa hatta berdasarkan situasi atau keadaan di mana sahaja di dunia ini.

Kalau ada terkena ke, ter'smash' ke, terasa ke.. I'm sorry! Siapa suruh makan lada kalau dah tau lada tu pedas.. nak nak pulak lada kecik kecik cili api. Rasa la sendiri! Padan muka! Oopss, ter emo pulak beb..


Macam nilah aku kalau tak dapat luahkan perasaan atau tekanan pada sesiapa atau apa-apa.. hanya blog ini gelanggang untuk luahan rasa ini. Aku pun tak faham di kala aku sedang berusaha, bersusah payah keluar pagi balik petang.. Ada jugak insan yang entah apa difikirkan dibenak akalnya itu, bersenang lenang macam takde masalah dalam hidup.

Atau dia berpikeran macam duit itu datang bergolek masuk dalam kocek tanpa usaha. Kalau betul pon, aku lah orang pertama nak duduk diam dapat duit weii! Tapi NOPE! Dalam realiti kehidupan masa kini, segala-galanya memerlukan usaha & kerjaya serta doa oraitt.

Jangan disebabkan takde pemikiran yang jauh merenung masa depan, diri sendiri hanyut entah ke mana tunggu nak dikutip aje.. Dah lah hanyut, tak sedar bahawa ramai kawan kawan tu terpedaya dengan dunia khayalan yang direka-rekanya tu. Kesian lah aku dengan empunya badan dengan kawan kawan beliau. Kalau anda rasa COOL bila berbuat demikian, teruskan lah ye & good luck & all the best. Tapi bagi aku, sikit pon rase tak coool.. Not in thousand years!


Yeah! Word up! Memang aku menaip sambil dengo lagu among of my best metal band, KORN. Yang penting, ingatlah kawan-kawanku.. Tiada usaha yang lebih manis untuk dirasa melainkan dari hasil titik peluh sendiri. Tak percaya, kamu boleh cuba.. itu pon kalau percaya rezeki itu datangnya dari Yang Maha Esa.

Aku bukan lah seorang pakar motivasi.. jauh sekali pulak nak menjadi seorang ustaz. Aku sama saja dengan manusia lain yang tidak lari dari melakukan dosa, hanya mampu menyampaikan perkara baik dalam teguran dan mohon maaf atas segala keterlanjuran atau terkasar bahasa. Adios amigos!

-Bersambung- aka -To Be Continue-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.