Kalau ikutkan tekak ni, ada rasa-rasa nak berbuka seperti lauk-pauk dan minuman dibawah aje :
Catatan ini ialah dari blog Kak Senduk iaitu pemilik blog MERIAHUOLL..Entah macamana aku boleh tertengok blog ni pon tak tau.... Hahahaha! Yang pasti aku klik dari link blog GFF aku huhu
Berikut ialah sedikit sneakpeek mengenai salah satu entry yang bagi aku boleh buatkan aku masuk wad gila akibat gelak tanpa henti.. adoiyay! Kak Senduk, who ever you are.. I love you lah ahaks!
Orang semua cakap blog kak senduk ni asyik nak maki orang je...so sempena nak ramadhan ni akak nak cerita skit pasal tudung.
kita membesar dikelilingi oleh pelbagai jenis tudung...so ini adalah fesyen2 tudung yang akak pernah tengok sepanjang hidup akak...
Pemilik blog yang comel selalu dihati, raplah-jingga.blogspot.com telah menjemput orang ini yang tak pernah pun main entry-entry tagged sebelum ni kehkeh! Ucapan terima kasih banyak juta-juta lemon aje yang mampu buat masa ni.
Untuk tidak melengahkan masa lagi, ayuh kita bermula.
1.anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang ?
dua-dua asalkan menyelerakan serta masih hangat..
2.anda lebih suka air kelapa atau air tebu ?
disebabkan hanya 2 jenis aje air yang ditanya, saya kena pilih air kelapa.. (Dalam hati: kenapa tak tanya teh o ais limau..?)
3.apa pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang ?
untuk persoalan ini, memang tak logik sama sekali! Sebab takkan makan kacang, tup tup! Tumbuh jerawat on the spot.. Erk! Ke aku yang salah faham soalan ni?
4.anda paling tertarik dengan lelaki/perempuan yg mcmne ?
perempuan lah, takkan aku suka laki-laki pulak.. aku straight dowh! Kalau boleh, perempuan yang memahami dan menerima kekhilafan diri ini beserta kekurangan yang ada.. Chaiss!
5.apakah perkara yg wajib anda buat sblm tido ?
mana boleh cakap! It's boy's thing.. Tapi of course kena pejam mata..
1. andaikan ada org menghina ahli keluarge anda. apakah yg anda akan buat ?
Aku akan cakap 'Lu tak puas hati pasal apa dengan famili gua?'.. Marah dan-dan ni hahahaha! Tapi try lah wei sape-sape yang ada niat nak menghina famili gua! Think twice & beware of dog..
2. adakah anda akan tolong kawan anda yg dlm kesusahan wlupn dia pernah khianati anda ?
Bergantung juga kepada kesalahan orang tersebut.. Kalau ada pon, mintak-mintaklah dia try mohon pertolongan dengan orang lain dulu...
3. andaikan besok hari terakhir anda hidup.apakah perkara yg anda ingin buat sblm mati ?
* Taubat sebanyak-sebanyaknya pada Allah & mintak ampun pada semua orang dalam dunia..
* Berkumpul jumpa famili.. Kalau ajal dah sampai masa tu jugak, senang terus kebumi kat sana..
* Nak ajak seseorang tu kahwin pada hari terakhir aku, takut tak pasal-pasal dia jadi balu.. Kesian
* Baca Quran & selawat sebanyak-banyaknya ke atas junjungan besar kita, nabi MUHAMMAD s.a.w moga mendapat syafaat di SANA nanti..
4. adakah anda akan pilih org yg anda cintai atau org yg anda sayangi sbgai psgn hidup ?
Orang yang saya sayangi dan saya cintai.. ia adalah orang yg sama. Just her...
5. apakah yg mmbuatkan anda b'smgt untuk hidup sampai sekarang?
Abah, emak, adik-beradik, ehem-ehem.. Slogan aku 'LIVE LIFE TO THE FULLEST!'
6. andaikan masa dpt diputarkan balik,apakah yg anda ingin betolkn ?
Kalau masa berputar kembali.. guess what? Aku akan betolkan kembali jam yang berputar tu.. BELANI ITU JAM AAARR! MAU MAIN SAMA GUA!
7. adakah anda akan give up jika perkara yg anda lakukan asyik gagal?
Kalau benda yang tengah aku usahakan tu akan memberikan ganjaran RM 1 JUTA.. takkan sesekali aku give up.. Duit buat kawen & start bisnes tu beb!
8. adakah anda akan memaafkan org yg telah merosakkan kehidupan dan kerjaya anda ?
Chiss! Siapa yang berani tu? Apa dosa aku wei sampai sanggup ruin my career & my life? Sori, aku ter emo.. Sedangkan nabi ampunkan umat ye dak?
9. andaikan kawan anda menghidap penyakit b'jangkit. adakah anda akan masih bekawan dengan dia?
Mestilah kawan tapi dengan langkah-langkah pengawasan tertentu. SAY NO TO STIGMA & RACISM!
10. sesetengah org mengatakan budak-budak amatlah menyusahkan. apa pandangan anda ?
Pada pandangan saya, seperti KACANG LUPAKAN KULIT sungguh golongan itu. Diorang dah lupa yang diorang tu pernah jadi budak-budak & mungkin orang dewasa ketika itu mengatakan benda yang sama terhadap diorang.. Dan orang dewasa ketika itu juga pun juga lupa yang mereka pun suatu ketika dulu pon pernah jadik budak-budak.. Bla bla bla bla bla.. Bla bla bla bla bla bla
Semasa penulisan balas terhadap tagged blog itu, penulis blog ini dalam keadaan keMAMAIan yang melampau disebabkan waktu pon dah melepasi tengah malam.. Diharapkan cik Fasya Abadie yang sudi memberikan peluang keemasan ini berpuas hati dengan entry kali ini.
Selepas kamu, kamu dan kamu yang terbelit urat saraf medula oblogata nya ketika membaca jawapan tak logik aku tadi, silalah layan lagu yang boleh membuatkan sesiapa saja rasa macam nak shuffle walaupun hakikatnya tak reti.. Tetiba aku boleh teringat kat drama Aril AF yang bertajuk 'Shuffle Ini Milikku'.
P/S : Bertuah sungguh rasanya..
-Bersambung- aka -To be continue-
Masihkah anda ingat pada Rebecca Black yang top rating Youtube nya melalui lagu Friday seperti video dibawah. Siap dapat ugutan bunuh gara-gara video tersebut oleh para pengkomen tegar dek kesan infeksi setelah melihat video itu secara langsung haha! Malangnya, aku tak dapat cari video asal yang dah mencecah puluhan juta views itu disebabkan error ini :
This video is no longer available due to copyright claim by Rebecca Black.
Tapi aku berjaya mengesan video lain yang juga mencecah jutaan views ini.. Enjoice!
Bagi aku, kes beliau sangat unik sebab dia popular disebabkan video dan lagu tersebut tidak digemari ramai pihak. Tapi pada masa yang sama lagu beliau menjadi spoof atau saduran oleh ramai orang dan diuploadkan dalam Youtube itu sendiri.
Salah seorang yang aku berjaya kesan ialah Matt Mulholland. Beliau ini pada aku amat berbakat siott!
Saksikan bagaimana lagu yang scatchy Friday boleh berubah menjadi lagu yang penuh tragis. Cayalah! Dan aku dengan ini mengaku yang aku menggemari lagu ini secara tak langsung.. Chis! Chisss! Dan chissssss!
-Berambung- aka -To be continue-
Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff in Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.. Ada satu cerita, PM Singapore pegi ke Thailand untuk makan malam dengan raja Siam.
Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya kat raja siam lepas makan udang, "Apa orang Thailand buat dengan kulit udang? Raja Siam jawab, "Kami tak buat apa. Kami buang aje". PM Singapore: "Ooo kat Singapore, kami recycle kulit udang jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand".
Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapore sambung tanya lagi, "Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?". Raja Siam jawab "Kami tak buat apa, kami buang aje". PM Singapore: "Ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik jus limau. Lepas tu kami eksport ke Thailand".
Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapore pun tanya lagi, "Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?". Raja Siam jawab, "Kami tak buat apa, kami buang aje". PM Singapore:, "Ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand".
Raja Siam pulak gatal nak bertanya, "Apa orang Singapore buat dengan kondom selepas digunakan?". PM Singapore jawab," Kami tak buat apa, kami buang aje". Raja Siam, "Ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum. Lepas tu kami eksport ke Singapore".
Erk! Muka PM Singapore jadik merah padam. Dan sebaik saja PM Singapore balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore sampai sekarang! Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di ban kat Singapore. Betol la kot.. Hehe!
-Bersambung- aka -To be continue-
Petang hari cuti ni, aku takde keje. Macam biasa, aku layan-layan lah Youtube. Terus aku tengok kat suggestion ada lagu Misha Omar-Pulangkan.
Aku pon terasa meremang bulu roma dok dengar lagu ni.. Hahaha! Saja gatal je kan.
Tapi korang jangan dok nyanyi lagu ni ikut lirik yang asal tapi ikut lirik yang aku kasi kat bawah ni. Tu motif aku sebenar-benarnya..
Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu sayang
(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo kau milikku
Pulangkan hutang-hutangku-
(Ex-Student)
Oh hentikanlah menghantuiku-
(Pegawai PTPTN)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-
(Ex-Student)
Kupulangkan semua hutangku-
(Pegawai PTPTN)
Yang dikau peram tanpa relaku-
(Ex-Student)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-
(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu kemana jua
Hingga akhir masa sayang...
-Bersambung- aka -To be continue-
Hahahahahahaha!
Eventhough I'm look like a man but I have sense of humour. That's why I really want to share this entry with you all out there :p. What I want to share is 'Ways To Turn Men Down'.. Lolz! And I like these so much..
HE: Can I buy you a drink?
SHE: Actually I'd rather have the money.
HE: I'm a photographer. I've been looking for a face like yours.
SHE: I'm a plastic surgeon. I've been looking for a face like yours.
HE: Hi. Didn't we go on a date once? Or was it twice?
SHE: Must've been once. I never make the same mistake twice.
HE: Will you go out with me this Saturday?
SHE: Sorry. I'm having a headache this weekend.
HE: Your face must turn a few heads.
SHE: And your face must turn a few stomachs.
HE: Go on, don't be shy. Ask me out.
SHE: Okay, get out.
HE: I think I could make you very happy.
SHE: Why? Are you leaving?
HE: What would you say if I asked you to marry me?
SHE: Nothing. I can't talk and laugh at the same time.
HE: Can I have your name?
SHE: Why? Don't you already have one?
HE: Shall we go see a movie?
SHE: I've already seen it.
HE: Where have you been all my life?
SHE: Hiding from you.
HE: Haven't I seen you some place before?
SHE: Yes. That's why I don't go there anymore.
HE: Is this seat empty?
SHE: Yes, and this one will be if you sit down.
HE: So, what do you do for a living?
SHE: I'm a female impersonator.
HE: Hey baby, what's your sign?
SHE: Do not enter.
HE: Your body is like a temple.
SHE: Sorry, there are no services today.
HE: If I could see you naked, I'd die happy.
SHE: If I saw you naked, I'd probably die laughing.
HE: Where have you been all my life?
SHE: Where I'll be the rest of your life - in your wildest dreams.
SO, ARE YOU A WOMEN WHO NEED SOME LAUGH OR A MEN WHO HAVE A SENSE OF HUMOUR?
-Bersambung- aka -To be continue-
Today I got One Interesting Question Only...
What would happen, if our earth starts rotating 30 times faster than it normally does?
Guess what?
.
..
......
think +..
..........
................
..................
.........................
................................
.....................................
................................
..........................
.....................
.................
............
........
.
.
.
.
.
.
.
........
Guess what? We would get salary everyday :p.. Then pay bills everyday.. Shopping everyday..
-Bersambung- aka -To be continue-
Hmm, tak sangka betol kuiz kat bawah ni.. Mmg tepat betol lepas aku berjaya pilih buah kegemaran aku.. mmg 'tak sangka'... Tersirat di sebalik tersurat.. Try la pulak nasib korang tu. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam beb!.. Lets start now..
In the middle of the table is a round food tray with five kinds of fruits on it.
They are:
a. Apple
b. Banana
c. Strawberry
d. Peach
e. Orange
Which fruit will you choose?
Please think VERY carefully and don't rush into it.
This is great, I was astounded! Your choice reveals a lot about you!
Test results: Please SCROLL DOWN..
.
.
.
.
.
.
Please SCROLL DOWN
.
.
.
.
.
.
Just a little bit..
.
.
If you have chosen:
a. Apple: That means you are a person who loves to eat apples b. Banana: That means you are a person who loves to eat bananas c. Strawberry: That means you are a person who loves to eat strawberries d. Peach: That means you are a person who loves to eat peaches e. Orange: That means you are a person who loves to eat oranges
I hope you find fulfillment in this new insight about yourself.
May it bring you peace and understanding, tranquility and all that other profound stuff.
Hmmm
.
.
Also I bet that right now you would like to find me and kick my a** hahaha!
P/S : I also the victim here, we are all the same man! Hahhahaha!
-Bersambung- aka -To be continue-
Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk.
So masa on her way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.
So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN
HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"
Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer.
Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.
Naseb ko larr.. Hahaha!
-Bersambung- aka -To be continue-
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu
jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya.
Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya.
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.
Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok
tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan.
Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.
Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar...
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin: Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni..
-Bersambung- aka -To be continue-
Aku panjatkan kesyukuran pada Ilahi kerana dapat sekali lagi aku menemui bulan Muharam pada tahun ini.. Masih segar dalam kotak ingatanku.. Time tu dah nak puasa kira-kira 3 thn lepas.. aku ni ade darah gemuruh sebab tuh sampai laa nie aku cukup takut nak berkawan dengan awek yang lawa-lawa..
Sehari sebelum puasa tu, aku ngan kawan aku pi ler jenjalan kat Kotaraya.. mase tuh top gila Kotaraya ngan
Komtar nih.. biasa ler hari minggu lgpun esok dah nak posa.. dah penat berjalan aku pun lepak kat tingkat atas..gi kena sirap bandung ngan makan nasik ayam.
Dah kenyang ni.. aku pun cakap kat member aku.. aku nak gi buat greeting card untuk member ku..perempuan ler..hehehe. Greeting card machine.. Kalau korang ingat lagi ler, kat tingkat bawah kotaraya.
Aku pun pi la sorang.. member aku semua lepak kat situ.. biasa ler dia orang bukan minat nak ikut.. bosan menunggu aku menulis card cinta..Jadi aku pun pi ler.....
Tunggu punya tunggu sampai ler giliran aku pulak... pas ni mesti member aku soundnyer.. sebab aku dh lama tinggalkan diorg.. aku pun start tulis... "HELLOOO" itulah suara yang aku dok dengar.. iskkhh! Awek mana lak nie.. aku pun toleh le ke belakang.. aku tengok bawah dulu.. pergghhh sikitnyer lawa kaki dia.. slow-slow
aku pandang atas.. sikit nyer cun ler awek ni... aku takleh lah nak kata apa.. Aku pun terdiam.. sekali lagi dia kata "HELLO".. Aku tarik nafas panjang.. aku pun jawab "HI". Aku ingat dia pun senyum jerlah...
Sekali dia kata "I'M LINA MARLIANA" .. Peh sikit nyer sedap nama dia.. dah lah tuh..cantik lak tuh... aku pun senyum.....
LINA : "That is a nice card, untuk siapa?"
AKU : "Its for my friend, Dia nyer birthday tommorow"
LINA : "Boleh tolong I tak, I tak pandai nak pakai machine nie...I hope you can help me"
Inilah chance aku nak tunjuk aku punya skill... aku pun setuju nak tolong.. dah settle suma dia pun ajak aku jalan-jalan, dia kata dia dari Singapore datang sini ada shooting untuk modelling, dia pun bagi aku business card dia.
Dalam hati aku, sikitnya happy.. maklumlah kita nie bukan ler handsome pun, boleh kenal ngan model kira okler, dengan bangganyer aku teman dia gi shopping. Dah agak agak 82 minit jugak ler aku
berjalan, dah puas ler aku dengar cerita dia dan keluarga dia dan BETAPA DIA SUKA ORANG MACAM AKU, hehehe.. sebab baik katakan.. BAIK-BAIK ADA MAKNA NIE.. aku pun teringat member aku tunggu kat kebayan tadi..
Sbelum blah tu aku cakap kat dia "Lina, Not everyday I have the pleasure to meet a woman as beautiful as you and how I admire your softness and your kindness and I really like to stay and try to know you better, but I have to go now, my friends is waiting for me.Thanks for everything, and maybe I will call you and treat you for dinner someday.. I hope you dont mind"
Sikitnyer power ayat aku tuh, aku pun chow.. aku pun tak sabar nak bagi tau member aku, aku jumpa model sikitnyer lawa.. tengah aku berlari nak naik atas.. aku pun selisih ngan member-member aku kat escalator.. aku senyum dengan bangganya.. dia orang sikitnyer hot.. aku buat bodo jer.. buat dek jer lahh.. aku pun cerita lah kat dia orang pasal aku lambat.. hehehe.. sekali dia orang boleh gelak kat aku.. takpa aku pun cakap kalau tak caya jom aku tunjuk.... so kita orang pi ler kat tingkat bawah kotaraya tu.
Sampai je kat bawah tu, mata aku pun liar mencari gadis cantik manis tuh. Usha punya usha aku nampak dia.. aku tgh nak naik escalator. Dia tengah turun, aku pun sound member aku aku cakap kat membe aku "tu dia..yg pakai blouse pink tuh.. cun huh! aku dah cakap korang tak nak percaya"
Member aku pun berkata nada sinis "ko tipu ah... tegur ler, aku nak tengok betul tak betul".. aku dengan bangganya "ye.. jap ko tunggu, jap tunggu ler kita dekat sikit".
Sambil escalator bawak aku rapat dengan dia, aku pun tegur ler dia tuh "HI LINA", sekali......
Dia tengok aku ngan member aku... dia pun menjeling.. PEH SIKIT NYER SOMBONG, Dia tarik muka macam aku tak kenal dia... FUHH aku pun terkejut, tak tau nak cakap apa.. member aku semua gelak bagai nak rak kat situ.....
"KENAL KONON, SETAKAT KO LER...SEPULUH DIA BOLEH CARI", aku pun tak tau nak kata apa.. member aku semua dan bantai gelak, aku dah bengang gilerr.. aku blur......
Ada ker patut satu perempuan buat camtuh kat orang macam aku nie, aku pun tak tau nak kata apa.. aku harap korang semua tak kan alami apa yang aku lalui.. aku betul betul tak paham... adakah semua perempuan
cantik macam nie??!@$@%$#^#^$!#)
Mungkin kot... aku dah mula berfikiran negatif...tapi aku tetap suka kat dia....sebab aku masih lagi pikir yang dia baik.. Bodoh ker aku???? aku rasa mungkin ada sebab dia buat macam tuh, aku pun tengok dia, dia pun tengok aku sambil buat muka blur... makin lama aku makin jauh dari pandangan dia....dia tenung aku macam tak puas hati.. aku pulak tak faham...
BEDEBUK!!!!!!! ARGHHHHH!!!!
Nak dijadikan cerita, betapa besarnya kuasa ALLAH tuh.. Dia terjatuh. habis semua shopping bag dia berterabur dekat lantai, dia tersembab dan menjerit sakit, high heel dia tersangkut kat escalator.. aku terdiam,member aku semua pun senyap....aku tak tau, tiba-tiba aku sedar aku tengah angkat shopping bag
dia, cuba nak tolong dia..aku pun tengok atas.. member aku blur.. semua senyap... tengah aku dok tolong tuh..
Tiba-tiba......
Si gadis yang aku puja-puja tadi menjerit "PENCURI!!!! PENCURI!!!! PENCURI!!!"
Security guard datang, orang semua tengok.. ramai yg nampak..aku tgh duk pegang shopping bag dia, aku pun terdiam..OOUCHHHH dalam hati aku aku dah risau, aku pencuri ker..atau ada pencuri
yg dianampak...aku pun senyap
PAP!!! aku kena pegang.. security tahan aku, aku pun lagi BLUR!! Apa nie,aku nak tolong tapi aku kena tangkap..ish apa yang dah jadik nie.... check punya check, rupa-rupanya handbag dia hilang....
Aku pun dah takut. Security tanya aku, mana bag dia?? "Mana saya ambik, saya nampak dia jatuh, saya pun tolong dia..mana saya ada ambil beg dia".. gadis tadi bersuara lagi "Bang, Handbag saya dah hilang, nie mesti dia yg ambik..passport saya, credit card saya, Handphone semua ada kat dalam tuh, bang macammana nie"
Aku membela diri "I tak ambik handbag you lah, mana ada, I came down here to help you, apsal you kata I curik bag you"
Aku dah panik........
Aku terpinga mencari penjelasan "tadi sikit punya baik you, jalan jalan ngan I.. apsal tiba tiba u kata I pencuri...apa masalah nie??".. Gadis tu dengan nada menghina menjawab "Since when I jalan jalan ngan you, I takkan keluar ngan orang macam you, muka pun macam muka pencuri..." ADUH!!!! Aku dah benggang, aku pun keluar kan business card yang dia bagi..
Aku kuarkan wallet "then what is this???? Macam mana I ada card you kalau bukan you bagi???".. sekali lagi gadis tu tuduh aku "mana you dapat business card I huh! Mesti you ambil dalam bag
I, buat apa I nak bagi orang macam you, Bang, see.. I told you yang dia yang amik handbag I"
Aku tersilap.. apa yang aku cakap backfire kat aku.. aku umpama menikam diri sendiri.. aku pun kena bawak ke office... member aku semua ikut aku.. aku pun dah takut giler.. abang aku senyap jer.. dia tak tau nak tolong aku macam mana, member aku semua tak tau nak buat apa....
Sampai aku kat office, orang tanya aku mana aku letak handbag dia, dia duk memaki hamun aku.. aku diam, aku cakap aku tak ambik.. tapi bukti business card ada kat aku.... aku yang tersalah.. aku tak mengaku.. PPAP!! aku kena tampar....aku diam lagi..aku cakap aku tak ambik... office dah kecoh, pompuan tadi dah mengamok "HEY! ORG MACAM YOU NIE TAK LAYAK JADI MANUSIA TAU, MANA BAGI, I TAK KIRA..ABANG, BAGITAU POLIS, BIAR DIA KENA TAHAN, TAK GUNANYA LAKI"
Itulah kata-kata dia... sesaat aku terpalit kembali sewaktu kami berjumpa di greeting card machine tadi.. aku tak sangka ini peribadinya yang sebenar.. ingat-ingat balik, aku nak nangis pun ada mengenangkan, nasib aku masa tuh... aku dah nekad dah, kalau polis datang, aku nak bagi tau mak aku yang aku tak salah,
dan aku sayang kat mak bapak aku.... aku dah sedih giler. Aku pun duduk kat situ, kepala aku dah sakit kena sepak, aku nampak ada orang datang, sikitnyer smart.. pakai kemeja ngan slack..rambut
panjang ikat belakang..orang tuh cakap
Manager: "APA MASALAH NIE??? OK..What is your Name?".. gadis tadi teresak "Lina menjawab.. "I nyer handbag hilang, Orang nie yang curi"..
Manager: "Betul you ada amik ker? Bagi balik, tak perlu bising
bising".. aku mempertahankan maruah "saya tak ambil..dia yang tuduh bukan bukan"
Manager: "Lina, How sure are you, this guy took you handbag"..
Lina: "Masa I jatuh tadik, tiba tiba dia ada kat depan I, mesti dia yang ambil..sapa lagi...muka dia pun muka pencuri"
Aku tetap tak mengaku... aku dah berserah... manager tuh pun amik handset dia.. aku sure dia call polis. Aku tak tau nak cakap apa, dia pun keluar..semua senyap jer kat dalam tuh.....selang 10min, dia pun datang ngan satu orang Indonesia.. dia pun tunjuk satu handbag kat Lina, "Is this your handbag", Lina pun senyap dia pun mengaku...
Manager tuh pun suruh ler cek dalam beg tuh ada apa yang hilang... semua okay...takda yang hilang.. Manager tuh pun cakap yang handbag dia jumpa kat dalam toilet wanita, so manager tu suruh mintak maaf
kat aku, sebab menuduh aku yang curi sedangkan apa yang aku nak buat, cuma tolong dia.......
APA YG PATUT AKU LAKUKAN?????
Aku pun senyap, aku dibebaskan..aku pun keluar... Semua member aku tanya aku apa yang jadik,aku cakap bag dia tertinggal kat dalam toilet, org cuci jumpa..so dah settle dah, aku nak balik.... member aku pun marah "Laa apsal ko bodoh sangat, ko sound lah dia..Ko cakapko nak saman malu dia... tak guna nyer pompuan".. "Ha'ah, ko mintak jer duit kat dia..lantak lah, lawa tak lawa...dia betul tak gunanya orang, ingat cantik boleh buat sesuka hati...."
Aku pun terus masuk pejabat aku pun sound dia direct aku nak saman dia, lantak apa nak jadik jadik.. aku pun benggang dia buat aku camtuh, sedangkan tak pernah dalam hidup aku tak hormat org perempuan...
Aku pun herdik si lina ni tadi "Oi... aku tak kira aku nak saman ko, aku nak ganti rugi.. ko ingat apa, yang ko ni cantik sangat, semua orang suka, kalau dah hati busuk tuh,busuk jugak... sekrang ko tuduh aku mencuri, aku tak buat.. aku malu...mana ko nak aku letak muka aku, aku nak sue ko kat court"
Manager: "Dah lah tuh, dia silap.. dah lah takyah kecoh kecoh"
"Ko pun sama, dengan ko, dengan kotaraya ni aku nak saman, aku ada saksi member aku, Ko tampar aku, kata aku pencuri, ugut aku..ko ingat apa..aku nie bodoh.. aku dah suruh member aku call police, aku nak buat report kat semua.. camna?? puas hati korang"
LINA: "Apa ko ingat ko bagus?? nak report aku..... aku tak takut ler.. ko ingat aku boleh masuk penjara.. aku call bapak aku baru ko tau??"
Manager tadi serba salah "Dah lah tuh, Lina call your father, tell him that you have a problem here, kalau dia report you yang susah, sebab you tuduh dia??".. Lina pun call bapak dia, aku dah makin berani dah..hehehhe, aku suka.. tapi sambil tuh cuak jugak..takut aku yg kena tangkap ugut dia... hehehe
Lina cakap ngan bapak dia, dia tengok aku.....dia letak telefon sambil cakap "Nah amik nie, aku mintak maaf......."
Dia bagi aku RM300, dia ingat apa aku boleh kena beli camtuh jer.. aku apa lagi, aku amik duit tuh, aku campakkan kat muka dia... "Setakat RM300, ko ingat aku apa...budak kecik boleh ler ko buat camni..apa ko nie tak paham lagi ker, aku taknak duit.. aku nak tengok ko kena tahan jer..buat tuduhan palsu.."
Dia pun benggang call bapak dia lagi..kali nie dia bagi aku cek RM1,000, aku tak nak tapi member semua sound aku, apa masalahnya amik.. banyak tuh.. sapa nak bagi seribu free free..aku pun senyap...aku amik cek tuh dan koyakkan.... aku cakap aku bukan jenis yang boleh dibeli... aku dah buat keputusan aku nak
dia kena tahan....
Last, dia bagi aku sekeping cek RM10,000, aku pun tergamam....... banyak tuh bagi umur orang macam aku, aku tak tau ada ker aku nak berkeras atau aku nak amik, member aku semua suruh amik, manager tuh
pun suruh aku amik... aku pun nak jugak amik...
So aku pun mengalah aku pun amik ler cek tuh.. aku pun nak
bla......tiba-tiba aku dengar dia sound aku..
LINA : "Hmm, setakat muka macam tuh, dapat duit senyap
ler.. tak malu"
Aku campak cek tuh, aku terus gi kat dia....aku tak kira aku tak pernah tampar perempuan sebelum nie, tapi untuk dia aku sanggup buat.. aku baru nak angkat tangan.. ada orang tahan aku.....
"Oi..bangun oi... dah sahur dah nie..."
Nasib ko Lina.. kalo tidak memang confirm 3 bulan ko makan buburr














