Kali pertama join entry tagged.. Pecah rekod!


Pemilik blog yang comel selalu dihati, raplah-jingga.blogspot.com telah menjemput orang ini yang tak pernah pun main entry-entry tagged sebelum ni kehkeh! Ucapan terima kasih banyak juta-juta lemon aje yang mampu buat masa ni.

Untuk tidak melengahkan masa lagi, ayuh kita bermula.


Soalan untuk panaskan badan dulu.

1.anda lebih suka karipap sardin atau karipap kentang ? 
dua-dua asalkan menyelerakan serta masih hangat..

2.anda lebih suka air kelapa atau air tebu ?
disebabkan hanya 2 jenis aje air yang ditanya, saya kena pilih air kelapa.. (Dalam hati: kenapa tak tanya teh o ais limau..?)

3.apa pandangan anda mengenai isu jerawat tumbuh selepas makan kacang ?
untuk persoalan ini, memang tak logik sama sekali! Sebab takkan makan kacang, tup tup! Tumbuh jerawat on the spot.. Erk! Ke aku yang salah faham soalan ni?

4.anda paling tertarik dengan lelaki/perempuan yg mcmne ?
perempuan lah, takkan aku suka laki-laki pulak.. aku straight dowh! Kalau boleh, perempuan yang memahami dan menerima kekhilafan diri ini beserta kekurangan yang ada.. Chaiss!

5.apakah perkara yg wajib anda buat sblm tido ?
mana boleh cakap! It's boy's thing.. Tapi of course kena pejam mata..



Soalan yg mmerlukan anda berfikir dengan lebih mendalam.

1. andaikan ada org menghina ahli keluarge anda. apakah yg anda akan buat ?
Aku akan cakap 'Lu tak puas hati pasal apa dengan famili gua?'.. Marah dan-dan ni hahahaha! Tapi try lah wei sape-sape yang ada niat nak menghina famili gua! Think twice & beware of dog..

2. adakah anda akan tolong kawan anda yg dlm kesusahan wlupn dia pernah khianati anda ?
Bergantung juga kepada kesalahan orang tersebut.. Kalau ada pon, mintak-mintaklah dia try mohon pertolongan dengan orang lain dulu...

3. andaikan besok hari terakhir anda hidup.apakah perkara yg anda ingin buat sblm mati ?
* Taubat sebanyak-sebanyaknya pada Allah & mintak ampun pada semua orang dalam dunia..
* Berkumpul jumpa famili.. Kalau ajal dah sampai masa tu jugak, senang terus kebumi kat sana..
* Nak ajak seseorang tu kahwin pada hari terakhir aku, takut tak pasal-pasal dia jadi balu.. Kesian

* Baca Quran & selawat sebanyak-banyaknya ke atas junjungan besar kita, nabi MUHAMMAD s.a.w moga mendapat syafaat di SANA nanti..

4. adakah anda akan pilih org yg anda cintai atau org yg anda sayangi sbgai psgn hidup ?
Orang yang saya sayangi dan saya cintai.. ia adalah orang yg sama. Just her...

5. apakah yg mmbuatkan anda b'smgt untuk hidup sampai sekarang?
Abah, emak, adik-beradik, ehem-ehem.. Slogan aku 'LIVE LIFE TO THE FULLEST!'

6. andaikan masa dpt diputarkan balik,apakah yg anda ingin betolkn ?
Kalau masa berputar kembali.. guess what? Aku akan betolkan kembali jam yang berputar tu.. BELANI ITU JAM AAARR! MAU MAIN SAMA GUA!

7. adakah anda akan give up jika perkara yg anda lakukan asyik gagal?
Kalau benda yang tengah aku usahakan tu akan memberikan ganjaran RM 1 JUTA.. takkan sesekali aku give up.. Duit buat kawen & start bisnes tu beb!

8. adakah anda akan memaafkan org yg telah merosakkan kehidupan dan kerjaya anda ?
Chiss! Siapa yang berani tu? Apa dosa aku wei sampai sanggup ruin my career & my life? Sori, aku ter emo.. Sedangkan nabi ampunkan umat ye dak?

9. andaikan kawan anda menghidap penyakit b'jangkit. adakah anda akan masih bekawan dengan dia?
Mestilah kawan tapi dengan langkah-langkah pengawasan tertentu. SAY NO TO STIGMA & RACISM!

10. sesetengah org mengatakan budak-budak amatlah menyusahkan. apa pandangan anda ?
Pada pandangan saya, seperti KACANG LUPAKAN KULIT sungguh golongan itu. Diorang dah lupa yang diorang tu pernah jadi budak-budak & mungkin orang dewasa ketika itu mengatakan benda yang sama terhadap diorang.. Dan orang dewasa ketika itu juga pun juga lupa yang mereka pun suatu ketika dulu pon pernah jadik budak-budak.. Bla bla bla bla bla.. Bla bla bla bla bla bla


Semasa penulisan balas terhadap tagged blog itu, penulis blog ini dalam keadaan keMAMAIan yang melampau disebabkan waktu pon dah melepasi tengah malam.. Diharapkan cik Fasya Abadie yang sudi memberikan peluang keemasan ini berpuas hati dengan entry kali ini.

Selepas kamu, kamu dan kamu yang terbelit urat saraf medula oblogata nya ketika membaca jawapan tak logik aku tadi, silalah layan lagu yang boleh membuatkan sesiapa saja rasa macam nak shuffle walaupun hakikatnya tak reti.. Tetiba aku boleh teringat kat drama Aril AF yang bertajuk 'Shuffle Ini Milikku'.

LMFAO - Party Rock Anthem ft. Lauren Bennett, GoonRock

P/S : Bertuah sungguh rasanya..

-Bersambung- aka -To be continue-

2 comments:

Fasya Abadie said...

ngammmmmm~ ^_^
thanks dude... ;)

wanUSJ said...

naseb baek.. u r most welcome ticer sya :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.