Korang ada nampak apa-apa tak selain titik-titik kat tajuk entry ni di atas nun? Aku saja taip macam tu sebab takde idea sebenarnya nak tulis apa..
Just nak kongsi lagu Exist yang bertajuk JANJI BIDADARI di mana lagu ini popular semasa aku di darjah 2 Baik.. Sekolah Kebangsaan Johol, Negeri Sembilan.
Masa tu aku masih ingat lagi time mandi sungai dengan kawan-kawan semua mandi sungai "BOLEN" aje masing-masing. Haa! Cari sendiri maksud tersirat di sebalik perkataan itu ye..
Semua orang naif aje tanpa mengira jantina memasing masa mandi sungai, takde perasaan malu pon. Budak-budak je time tu. Adoii! Blues siotttt!.
Kalau sekarang masih buat benda yang sama, tak tahulah apa jadi lepas tu. Korang imagine lah sendiri hahaha! Lagipon aku tengok budak-budak sekarang advance terlebih. Maklum sajalah, semua maklumat dihujung jari beb! Nak tgk tuut, taip tuut & keluar lah tuut nya..
Nampak, nampak tak? Dari permulaan entry ni macam takde idea nak taip. Tup tup! Ada pulak cerita yang berjaya direalisasikan. Tahniah kepada seorang aku. Keh keh keh!
-Bersambung- aka -To be continue-
0 comments:
Post a Comment