Sudah lama aku tak membelek blog ni.. Eh! Blog aku ke ni? Haha! Sampai tak yakin pulak ni blog aku.
Terima kasih kepada sekalian sidang pembaca kerana sudi menjengah ke mari walaupon aku sendiri jarang hapdet blog ni.. Ok, sudah dengan kata alu-aluan panjang lebar pulak.
Semalam ada seorang kakak kat opis aku ni teringin nak makan ikan patin best. Lagi pun cuti umum semalam, dia dan keluarga beliau terus bercadang bergerak dari ibu kota Kuala Lumpur.. di ulang dari KUALA LUMPUR ke bandar ikan patin, TEMERLOH. Sesampai di medan selera Temerloh, dia sekeluarga terus mencari tempat untuk makan berhampiran gerai Pak Usop itu. Memandangkan ramai pelanggan di gerai Pak Usop, dia terpaksa menumpang tempat makan di gerai bersebelahan.. Tetapi ada jugak perkara yang tak tak sedap di dengar dek telinga ni..
Bayangkan punya busuk hati dan dengki pekerja gerai bersebelahan sambil berkata 'Kalau nak makan makanan gerai tu(Pak Usop), dudok kat sebelah ye!'. Barangkali pekerja gerai bersebelahan sudah di ajar supaya berkata demikian kepada setiap pelanggan yang menumpang makan di situ agaknya.. Lalu suami kepada kakak yang satu opis dengan aku itu berkata 'Kalau saya order dari kedai ni siket & kedai seblah pon siket boleh tak?'.. Pekerja itu dengan senyum sinis hanya berlalu tanpa menjawab soalannya.
Apa lagi, suami akak tu terus bangun untuk pergi ke kedai sebelah mencari kalau kalau ada lagi tempat kosong. Sambil tu, akak yang satu opis dengan aku tu pon sambil memangku anak nya yang masih kecil kecil berusia 2 bulan diherdik sekali lagi. Herdikan kali ini oleh tuan punya gerai makan itu sendiri yang membawa maksud menghalau akak tu kalau nak makan kat seblah, duduk kat seblah aje... Rezeki menyebelahi akak itu sebab suaminya sudah mendapat tempat kosong di gerai Pak Usop.
Suaminya mengetahui bahawa isterinya itu telah diherdik, mahu sahaja dia mengamuk. Tetapi setelah dinasihatkan oleh isterinya untuk tidak memanjangkan masalah itu, dia terus berlalu bersama keluarganya ke tempat kosong di gerai Pak Usop. Walaupon terpaksa berhimpit-himpit, akak yang satu opis dengan aku itu dapat juga merasai kesedapan dan kelazatan ikan patin di gerai Pak Usop.
MORAL DARI CERITA YANG KITA BOLEH DAPATKAN DI SINI IALAH WALAUPON KITA BERSAING SESAMA KEDAI MAKAN LEBIH-LEBIH LAGI BILA BERNIAGA SEBELAH MENYEBELAH, JANGANLAH BIARKAN RASA DENGKI DAN BUSUK HATI ITU MEMBUATKAN KITA HILANG RASA HORMAT PADA ORANG LAIN. INGATLAH BAHAWA REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH DAN BILA-BILA MASA SAHAJA DIA BOLEH MENGAMBIL REZEKI ITU DARI KITA. HORMATLAH ORANG LAIN DENGAN SOPAN SANTUN DAN BUDI BAHASA KERANA BAHASA JIWA BANGSA!
-Bersambung aka To Be Continue-
0 comments:
Post a Comment