Gara-gara SKYPE.. terpaksa mengikut aje bagai lembu dicucuk hidung!

Ini kes kisah benar dari kawan baik aku sendiri yang telah gagal untuk menyelamatkan BAKAL sang buah hati dan dia kini masih dihantui penyesalan disebabkan peristiwa ini..

Ceritanya bermula semenjak dia memang menyimpan hati terhadap gadis itu dan beliau benar-benar mengambil berat mengenainya. Sehinggalah satu hari, beliau ini mengetahui bahawa si gadis itu mempunyai  teman lelaki. Tetapi beliau tetap cool aje sebabkan kata orang 'Demi kasih kuturutkan jua..'.

Meskipun begitu, perhubungan antara mereka tetap berlarutan sehingga satu peringkat beliau mengetahui bahawa si gadis ingin memutuskan perhubungan dengan teman lelakinya itu. Mengetahui perkhabaran itu, beliau merasai peluang untuk memiliki gadis itu cukup cerah. Apatah lagi, bila si gadis tidak menolak apabila beliau meluahkan isi hatinya yang sudah lama terpendam selama ini walaupun dalam hatinya ada merasakan sesuatu yang aneh. Masakan si gadis yang begitu menyayangi teman lelakinya selama ini begitu senang memutuskan hubungan cinta mereka..

Tetapi bagaikan panas tidak sampai ke petang, hujan pula di tengahari.. Pada malam yang sama si gadis menyatakan dia tidak dapat meneruskan perhubungan dengan beliau. Ini menjadikan beliau bertambah pelik dan berbagai persoalan timbul dalam benak hatinya.. Apabila ditanya melalui telefon, si gadis menyatakan dia masih menyayangi teman lelakinya itu sambil teresak-esak. Dan pada malam itu, beliau membuat 'kerja gila' tapi yang positif ye. Dari Kuala Lumpur, beliau bermotosikal ke selatan tanahair semata-mata mahukan kepastian yang nyata.

Sesampai di sana, terkejutlah si gadis selepas mengetahui beliau benar-benar ada di kolejnya. Apa lagi, menjurai-jurai air mata si gadis melihat pengorbanan yang beliau lakukan semata-mata untuknya ketika itu. Apabila didesak dan digasak dengan persoalan oleh beliau, barulah si gadis menceritakan apa yang sebenarnya telah terjadi. Si gadis telah melakukan sesuatu yang tidak senonoh dengan teman lelakinya selama ini tetapi bukanlah perbuatan mereka secara bersama atau bersemuka.

Kenapa aku berkata demikian? Sebab si gadis dan teman lelaki tinggal berjauhan dan berlainan benua. Mereka hanya berhubungan menggunakan aplikasi teknologi yang dipanggil SKYPE. Aplikasi ini mungkin tidak asing lagi buat kalian bukan..? Ye, ia merupakan teknologi yang bukan sahaja membolehkan pengguna berhubung bukan secara panggilan suara malah pengguna boleh bersua muka melalui panggilan video.

Berbalik semula kepada cerita aku ini, selama si gadis dan teman lelaki nya berhubungan menggunakan SKYPE, mereka telah menggunakan seluruh kebebasan demi cinta tanpa memikirkan dosa dan pahala... Malah sampai pada satu tahap, si gadis sanggup menunjukkan apa sahaja yang dia miliki pada tubuhnya kepada teman lelakinya setelah diminta. Semuanya kerana cinta dan mungkin juga nafsu..

Kejadian ini berlarutan sehinggalah pada hari yang si gadis ingin memutuskan perhubungan dengan teman lelaki dan menerima cinta kawan baik aku itu. Setelah itulah, barulah semuanya menjadi nyata pada beliau dengan cerita si gadis yang cukup mengejutkan.

Teman lelakinya telah merakamkan segala aksi ghairah si gadis selama ini dan menyimpannya sebagai koleksi. Dan koleksi ini lah yang sebenarnya telah mengikat si gadis untuk tidak memutuskan perhubungan mereka kerana jika tidak, semua rakaman dan gambar si gadis akan disebarkan.

Sebab itulah pada malam sebelumnya, si gadis tidak dapat meneruskan perhubungan cinta dengan kawan baik aku itu. Sekarang barulah beliau faham atas apa yang telah terjadi dan bersimpati dengan nasib si gadis yang amat dincintai. Demi menjaga maruah, si gadis terpaksa meneruskan perhubungan dengan teman lelakinya itu sebab teman lelakinya itu berjanji mahu menjadikan dia sebagai isteri yang sah apabila pulang ke tanah air tidak lama lagi..

Sekarang nasi sudah menjadi bubur, kawan baikku masih dalam proses untuk melupakan segala-galanya walaupun aku tahu agak berat untuknya dan penuh penyesalan sebab beliau tidak dapat memiliki gadis impiannya itu. Semua itu adalah disebabkan nafsu, cinta dan SKYPE!

Moral of the story : Sebagai manusia yang ada akal yang dikurniakan oleh Allah, jangan lah kita menutup pemikiran kita. Sebaliknya, kita perlu berfikiran jauh tentang baik buruk sesuatu perkara. Jangan disebabkan nafsu dan cinta semata-mata, kita bertindak diluar batasan syariah agama sehingga kita akhirnya terjerat oleh perbuatan kita sendiri. Renung-renungkan dan selamat beramal.. Ingat sebelum terkena!

Memang satu filem yang memberikan peringatan sama seperti yang aku ceritakan.. Ingat ye kawan-kawan, jagalah tindak-tanduk kita. Kalau nak rakamkan juga, sendiri mau ingat!

-Bersambung- aka -To be continue-

2 comments:

Fasya Abadie said...

aduhhh~ skerinyaaaaaaaaaaa =(

wanUSJ said...

skerii ek.. don't try this at home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.