Pagi semalam aku on the way balik ke kampung halaman ikut highway Karak, terserempaklah dengan dengan kenderaaan-kenderaan pantai Timur sebab ada bendera Kelantan & Terengganu. Dalam hati 'Hek. Eleh! Apa-apa aje la korang ni?'<ayat jeles sebab Pahang terkandas masa separuh akhir itu ari>
Aku memang tak set pon nak tengok game final PIALA F.A malam semalam masa sampai kat kampung. Nak dijadikan cerita, malam tadi dengan tak semena-menanya aku pon terlayan.. terlayan ler pulak game Terengganu lawan Kelantan.
Apa lagi, aku pon terus pakai tag 'Kelate Gomo Kelate!'. Game agak bagus pada mulanya. Nak-nak pulak masa first half yang berkesudahan 0-0.
Bila babak kedua bermula, aku ok lagi. Tapi mood aku nak sokong Kelantan terus jadi tak keruan lepas tengok aksi yang mengundang mulut aku nak cakap 'Bodoh natey beghuk yang dok suke baling mercun tu!'
Jadi aku tak berlengah lagi terus tukar sokong Terengganu pulak dengan tagline 'Peteh Ganu Peteh!'. Aku cukup tak suka bila fan-fan bola sepak Malaysia yang terlalu ikut emosional dengan akal letak kat kepala lutut gamaknya. Semua ni tak mendatangkan apa faedah la derr! Sokong aje la macam biasa sudah.
Apa pun aku nak ucapkan tahniah pada skuad Penyu termasuk jurulatih nya, Irffan Bakti sebab berjaya menewaskan Kelantan 2-1 sampai kena main dalam Extra time. You guys deserved this sweet victory! Peace.
Sebelum aku membebel lebih panjang lagi, sila lah layan video matluhfi90 ni yang ada kena mengena dengan
isu yang aku highlightkan tadi.. Renung-renungkan dan majulah sukan untuk negara Malaysia tercinta :)Apa pun aku nak ucapkan tahniah pada skuad Penyu termasuk jurulatih nya, Irffan Bakti sebab berjaya menewaskan Kelantan 2-1 sampai kena main dalam Extra time. You guys deserved this sweet victory! Peace.
Sebelum aku membebel lebih panjang lagi, sila lah layan video matluhfi90 ni yang ada kena mengena dengan
Berikut ialah teks ucapan beliau sekiranya korang nak tau lebih lanjut tentang apa yang diperkatakan..
Bila pemain bola masuk padang, depa expect untuk main bola.. Bukan main mercun bola.Kalau anda rasa depa pemain bola suka mercun bola, kenapa anda tak bagi mercun ketupat kepada tetamu di Aidilfitri anda sebagai ganti kepada ketupat? Kenapaaa?
Semua orang patut tau yang depa semua ni ialah pemain bola sepak. Bukan Mujahiddin di Palestin, Iraq, Afghanistan..Jadi, tak perlulah kita nak buat suasana peperangan di dalam stadium. Sebab depa pon reti rasa takut.
Bayangkan kalau depa nak ambik corner, fokus depa kepada bola. Ok, fokus kepada bola. Belakang ni fans opponent, dia dok ambik bola, dia dok tengah larik.. BOOOMMM!
SAFEE SALI : Ko pehal baling kat aku dowh? Tak puas hati jumpa luar aarr..
SABRI ABU : Haraamm aku hang tak ajak dok baling barang-barang kat orang. Hang dok mana? Dok mana? Panggil geng aku tabuh hang baru hang tau!!
HAIRUDDIN OMAR : Jahak(jahat) ngak(ngat aka sangat) natang ni.. se'eh peghok ambo, jerih beghak nana ni..
RAMLES SARI : Di baling nya mercun kepada kamek, kamek takut bahh..Nanti kamek balik Sarawak, kamek ambek sumpitan sumpit.
KHALID JAMLUS : Ini yang teman suke ni.. Atee ade orang yang baling bende dekat temannn.. Teman tak puas hati benorr!
BAMBANG PAMUNGKAS : Lo jangan main-main sama gue.. Hari ini lo baling mercun sama gue.. Esok gue bawek lezer..
But seriously, saya tak rasa mercun, bunga api atau apa jua bahan letupan dapat menambah excitement dalam game. Sebab macam EPL, depa walupon depa takdak pon bunga api apa semua pon, tapi depa still the most exciting game dalam dunia ni.
Jadi instead of kita beli mercun, kita bakaq tengah padang, apa kata kita behave ataupon tiru macam mana EPL supporter buat. Depa singing along, clapping, booing..
Sebab cara macam tu lebih sihat dan tak mengganggu player-player di tengah padang. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
-Bersambung- aka -To be continue-
0 comments:
Post a Comment