Biar betul kawan ko macam tu?

Aku tak nak taip bebanyak, kamu pon senang pasal cepat aje abes baca. Kemudian kamu mesti pernah jumpa kawan-kawan macam tu atau kamu juga tergolong antara pengertian KAWAN kat bawah...

Kawan tu bukan mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar.. Dah dapat aje sepak.

Kawan tu bukan mcm main SKATE BOARD. Mula-mula gosok..lepas tu pijak.
  
Kawan tu bukan mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang.
 
Kawan tu bukannya mcm PAMPERS. Dah pakai, buang.
 
 Kawan tu bukannya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
 
 Kawan tu bukan mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul.
 
 Kawan tu bukan mcm KERETA. Rosak sikit, jual.. ambik kereta baru.
 
 Kawan tu bukan mcm CHIPSMORE. Kejap ade kejap takde..
 
 Kawan tu bukan mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik..

Lagi... Kawan tu macam ape lagi?

Haa.. Kawan tu mcm AWAK LAH. Buat muka tak bersalah pulak.. Bila saya post entry ni, awak baca entry sampai habis. Serius wei!

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan..

Bagi aku, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya.

Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman pada kawan-kawannya.. :)




Kadang-kadang kalau kamu rasa ada kawan macam KAMBING.. Betul jugak kot, tu pon sebab kalau kamu seorang PENGGEMBALA KAMBING - Gambar ehsan telemovie bersiri, Chapalrela.

-Bersambung- aka -To be continue-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.