Penahanan awam aka 'Citizens arrest'

*** Video yang ditunjukkan dalam entry kali ni mungkin akan membuatkan korang takut, sedih, marah atau meluat.. Parent Guidance atau Pengawasan Mak Bapak amat2 lah diperlukan.. Kalau takut, senang aje.. JANGAN TENGOK!

Arini aku blogwalking lepas balik dari kerja siap tak makan apa2 lagi tadi.. Entah apa angin aku.. aku pon tak tau hahaha!

Aku start dari satu ke satu blog.. sampai aku tengok satu video WAD GILA sampai abes kat satu blog tu.. Kan lepas abes video, kalu stended ambek dari youtube.. mesti ade suggestion video2 yg related.

Aku try la klik sesedap jari aku ni, terlayan la pulak citer2 org wad gila.. tapi tah macam mana aku boleh tengok video2 org dok gadoh sampai berdarah. Dah macam WWE aku tgk tapi yg kat dalam tb tu tak real! Yg aku tgk dalam video2 ni REAL lagi REALITI dowh!

Dari org dok gado2 tu la aku tertengok PERAGUT, PENCURI MOTO, PENCURI DUIT MASJID dan sebagainya<chais! ayatt> kena belasah.. Fuhhh! Dan2 aku teringat istilah 'CITIZENS ARREST' atau pon PENAHANAN AWAM..kalau tak betol istilah Melayunya, tolonglah betulkan ye.

Kat bawah ni seorang PERAGUT dibelasah setelah org awam berjaya menangkapnya.. Sungguh malang nasibnya pada hari tu..



Lepas tu korang boleh tgk PENAHANAN AWAM yg dibuat keatas PENCURI DUIT DALAM TABUNG MASJID.. Apa lah naseb diorang ni, malam tu BULAN GELAP kottt...

Tak dilupakan juga untuk PENCURI2 GETAH SEKERAP TEGAR! Ade jugak yg upload video 'WRESTLEMANIA' untuk korang.. Siap dengan menu pembuka selera, GETAH SEKERAP MENTAH!

Last but not least, CITIZENS ARREST untuk si PENCURI MOTOSIKAL.. Teringat pulak motosikal 125Z Yamaha warna kuning aku yg hilang 8 tahun lepas.. Kalu lah pencuri tu tak naseb baek, nahas macam mamat dalam video ni.. Muntah darah dibuatnya!


Natijahnya, bukanlah keganasan atau cara belasahan yang saya mahu kongsi disini untuk mereka2 yg dah buat salah. Tetapi apa yang lebih penting, padah yang menanti sekiranya golongan penjenayah2 ini ditangkap oleh orang awam<Hahaha! Aku pakai ayat2 wartawan 999 nih>

Citizens arrest atau penahanan awam ini di kalangan warga Malaysia rata2nya berakhir dengan sang penjenayah ibarat separuh nyawa dibelasah... Itupun bergantung pada berapa lama pihak polis untuk sampai ke tempat kejadian. Lagi lambat, maknanya jadik lauk je lah penjenayah tu kena sampai lembik.  Saya percaya perkara sebegini turut terjadi di mana2 negara pon di dunia ini.

Wan USJ mengundurkan diri untuk ehblogakukeni.blogspot.com...

**Update**
Video yg terbaru ni takde kena-mengena dengan CITIZENS ARREST atau pon PENAHANAN AWAM.. Saja nak ajak korang gelak2 dengan mamat Kanada, RUSSEL PETERS nih.. aku suka part yg dia sebut "SOMEBODY WILL BE GOT HURT.. REAL BADLY".. LOL!

-Bersambung- aka -To be continue-

10 comments:

Anonymous said...

hEeee...sangat mENakUtkan.
kaLau la di0rg ni fikir dUlu sEgala natijaH akan mEnimpa di0rg lEpas bUat pErkara jENayah ni sEMua xkan bErlaku.

*tgk vide0 yg 1st jE...x sanggup nk tgk yg lain.

pEragut ad 2 org...yg s0rg tu tgn pEnUh je ngan cincin, kLau da tErdesak sgt nk dUit p la gaDai cincin tu, ini x p ragUt brg org lain wat pE la haiii~

sEdih bEtul~

Riduan said...

tibe2 je rase nak muntah tengok video tu.... Ya Allah, tak tahu apa nak kata....

AkuMuzikFilem said...

aku tak pernah rasa simpati dengan orang yang kena tu, walaupun aku rasa tindakan orang awam tu terkadang melampau. tapi jangnlah samapi mati dibantai

wanUSJ said...

Ye btul tu tUmmy.. panjang bebeno penjelasan hehe. Mekaseh :)

wanUSJ said...

Wan mai pren.. jgn muntah dulu hehe

wanUSJ said...

Yup AkuMuzikFilem.. itulah bila nafsu amarah menguasai akal.. akal tak berfikir dengan betul + sorakan setan2 yg kita tak nmpk

~cik bin~ said...

sabauu je laa...

Riduan said...

hahahhaha... nak buat mcm mana... tak lalu beb tengok... geli...

wanUSJ said...

laaa, cik bin org melaka.. ape kabau? hehe

wanUSJ said...

geli-geleman la tuuu.. hahaha!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.