Dia datang! teng teng teng! Dengan lenggang lenggok nya..

Haha! sayu sungguh menengok blog aku yang ni.. ranking sudah jatuh ke tangga sejuta wei! kalau dapat duit sejuta, mau la jugak ekeke!

Aku tak nak merapu panjang, dengan tajuk entry ini.. Aku dengan berbesar hatinya ingin memperkenalkan buah hati, pengarang jantung yang ku sayang(hehe, amekkk koo!).. Aka my GFF :)


"Hai hai uols, salam sayang dari iols untuk uolss semua yahh!!.. nama iols Fasya tapi selalu tak lah gegedix macam ni.. cuma dalam entry mamat poyo ni aje kehkeh!"


Ye, sebagaimana yang kalian tahu(tu pon kalau tahu, tak tahu.. takpe).. Beliau ini telah mencoretkan warkah yang cukup indah buat diri ini disini. Aku membaca dengan penuh berhati-hati agar tak tertinggal satu huruf, satu titik pon.. Dan ini adalah entry atau tampalan balasan buat awak. Ye awak yang telah hadir dalam hidup saya sehingga merubah dunia saya menjadi cukup bermakna dan indah sekali :). Saya rasa sayalah orang paling bertuah dalam dunia ini sebab jumpa awak.

Awak bagi saya ialah satu anugerah yang tidak ternilai dan tiada tolok bandingnya dengan harta seluruh dunia. Saya cukup senang dengan awak walau kadang-kadang saya sengal dan cepat benar sentap(mungkin sindrom umur bertambah kott).

Saya tak pernah merasai nikmat kasih sayang selain dari keluarga saya sendiri. Ye, awak telah hadir dalam hati saya lalu saya memberi peluang untuk berkenalan lebih rapat sebab awak ni UNIK bagi saya.. Saya takkan jumpa insan seperti awak sebab awaklah satu-satunya makhluk Tuhan paling comel.. Itulah sebab walau awak merendahkan diri sebab fizikal awak.. cepat-cepat saya marah dan saya berkata, 'Awak COMEL!' hehe.

Mungkin awak membaca entry ini sambil berkata 'Poyo!'.. tapi saya tak kisah pun sebab you really know me well dear. Bila awak berada di sisi saya, saya rasa amat dihargai. Terima kaseh awak yang comel!

Awak kadang-kadang buat my blood going upstairs you know! Tapi awak tetap bersabar demi saya, dan saya tiada itu dalam diri saya membuatkan saya cukup kagum. Saya kadang-kadang malu jugak sebab awak selalu puji saya baik. Awak, saya selalu ada untuk awak tau.. Tak kisah lah bertapa poyo warkah ini sebab saya ni memang poyo pon hehe.

Saya mengharapkan agar perhubungan kita ini akan diredhai oleh NYA dan menjadi satu ikatan abadi andai ada jodoh antara kita. Tetapi tak mengapa, walau apa pun terjadi, saya akan selalu ada untuk awak sebab awak akan selalu ada dalam hati ini sebab you will always be Girl Friend Forever & Ever :).

Saya janji dan terima kasih sebab awak hadir dalam hidup saya dengan kasih sayang serta semangat untuk saya meneruskan hidup ini. Bersama selamanya tak kira awak dengan siapa atau saya dengan siapa pun..


-Bersambung aka To be continue-

5 comments:

Fasya Abadie said...

agagaga ^_^
POYO :P kahkahkah~ neway. maceh taw. susah2 je dok puji dak debab nie comel.. kehkeh~

wanUSJ said...

kakaka! amekk koo, kena POYO sejibik. Dah agak dah pon hihi.. Same-same awakk yang comel di hati :)

Ms.F said...

Amboi... sweetnye!!!

wanUSJ said...

Aik! ade adikk koko dongha lerr... malu laa camni ahaks!

Ms.F said...

hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.