MasyaAllah.. Beruntunglah pada sesiapa yg dapat hidayahNYA

Aku dapat email ni lama dah. Hmm, mmg menarik jugaklah. Marilah kita baca same2 ..yang baik tu sampai2kan lah ye :)



Sahabat sekalian,

Kita semua sedia maklum bahawa Almarhum Raja Fahd, Raja Arab Saudi
telah mangkat baru-baru ini (innalillah...). Lazimnya, pengkebumian
keluarga di raja tentulah dengan penuh kemewahan dan 'high class.

Pengkebumian Raja Fahd telah ditayangkan secara langsung melalui TV ke seluruh
dunia,terutamanya ke negara Islam dan negara sekutu Arab Saudi.

Ini cerita benar yang saya dengar sendiri dari seorang Imam. Malah
telah keluar dalam beberapa majalah/surat khabar mengenainya. Ramaipenduduk
dunia telah menyaksikan pengkebumian Almarhum dan turut
menyaksikan pengkebumian Almarhu! m Raja Fahd adalah warga Itali. Seorang
timbalan paderi (dikatakan paderi nombor dua di Itali) juga telah menyaksikan
bagaimana keranda Raja Fahd telah diusung ke masjid untuk disolatkan
dan  diusung pula ke tanah perkuburan.

Setelah menyaksikan solat jenazah dilakukan dan pengkebumian Almarhum
Raja Fahd, timbalan paderi dengan serta merta telah   menaruh niat untuk
memeluk Islam dan laporan mengatakan beliau telah pun memeluk Islam. Perkara
ini telah diceritakan dan disahkan sendiri sendiri oleh bekas paderi
dan bekas kristian ini kepada suatu majalah.Bagi yang rajin melayari internet,
cubalah cari artikel ini dan edarkan kepada semua.

SubahanAllah. Apakah yang sebenarnya menyebabkan terbuka hati beliau
untuk menerima Islam? Ingin saya jelaskan perkara ini telah saya dengar dari
kuliah sebelum solat Juma'at yang lalu.

Bekas paderi ini telah memerhatikan dengan teliti pengekebumian
Almarhum dan sambil membuat penilaian sendiri. Beliau merasa kagum
kenapa Almarhum Raja Fahd dibalut dengan kain putih (kapan) biasa
sahaja padahal dia adalah Raja Arab Saudi, negara minyak terkaya di dunia? Jenazah
baginda juga diusung dengan pengusung biasa sahaja bukan peti mayat yang
berharga beribu-ribu!

Lebih menambahkan kekaguman dia adalah apabila melihat kejadian
yang seterusnya. Semasa jenazah baginda Raja Fahd diusung masuk ke
masjid untuk disolat jenazah, kebetulan ada seorang rakyat biasa telah
meninggal dan hendak juga disolatkan. Bekas paderi ini hairan dan
tersentak melihat jenazah rakyat biasa ini juga diusung bersama dengan jenazah Raja
Fahd. Ditempatkan bersebelahan di masjid dan solat jenazah telah
dilakukan sekaligus untuk kedua-dua jenazah! MasyAllah!. Saya sendiri hairan
dan rasa sgt teringin pula melihat semula pengkebumian tersebut.

Lebih mengejutkan bekas paderi ini dan saya sendiri apabila
jenazah rakyat biasa ini telah turut diusung keluar bersama dengan jenazah Almarhum
Raja Fahd dan dikebumikan diperkuburan yang sama. Allahu Akbar.
Maka berkata bekas paderi ini, inilah sebenar-benar agama yang
tidak membezakan jenazah rakyat biasa dengan jenazah keturunan Raja.
Dikatakan bekas paderi ini telah memeluk Islam. Jelaslah kepada
kita, hidayah itu Allah yang beri dan kita perhatikan bagaimana seorang paderi
Roman Katolik (mazhab kristian yang paling fanatik) boleh menerima Islam
tidak  lain kerana Hidayah yang dari Allah.

Menyingkap Riwayat Nabi Musa a.s. kita teringat bagaimana Musa
yang dibela oleh Fira'un menjadi Nabi dan Rasul tetapi Musa (Samiri) yang dibela
oleh Jibrail a.s. telah mati dalam kekafiran tidak lain kerana Hidayah Allah SWT.
Kita teringat bagaimana anak Nabi Nuh tidak mahu naik bahtera dan
lemas dalam kekafiran dan isteri Nabi Luth mati dalam kemunafikan.
Lebih dasyat lagi bagaimana mungkin bapa saudara Nabi Agung SAW
sendiri tidak mahu mengucap sahadah walaupun yang mengajarnya adalah
Nabi SAW sendiri bukan kerana apa tidak dapat Hidayah Allah SWT
padahal kita tahu jasa Abu Thalib terhadap Nabi SAW lebih hebat dari kalangan sahabat!!

Rakan-rakan mari kita berdoa supaya Allah SWT memberikan Hidayah ini
kepada kita, suami/isteri kita dan anak-anak, cucu-cicit dan seluruh generasi
kita serta saudara semuslim kita tidak lupa kepada mereka yang masih dalam
kegelapan supaya kita tidak kerugian di dunia dan akhirat.

Allahu'alam.




-Bersambung- aka -To be continue-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.