Hari ni dalam sejarah! Kenapa aku cakap macam tu? Sebab pagi ni aku pegi kerja dengan penuh CONFIDENT lagi MACHO sekali motor 125z aku tetiba 'mati' sesampai aje aku kat bulatan area Masjid Negara. Dah la ujan semua cukop.. Adusss!
Lagik sekali aku dengan penuh CONFIDENT nya, berenti tepi jalan terus bukak seat motor aku. Ingat nak cek palam pencucuh aka spark plug.. sekali panas la pulak. Terus aku teringat, semalam aku dah bikin enjin motor ni siap tukar spark plug kot. Hmm, cek2 lepas tu tgk.. korang rase ape? Minyak motor aku dah kering.. warghhhhh!
Dalam hati aku, mane pulak nak cari stesen minyak kat area tersebut. Aku nmpk ade satu tong sampah kat situ, aku cari botol yg boleh aku isi minyak petrol. Lepas tu aku try lah tahan mane2 motor ngan teksi.. satu pon tak nak berenti..
Aku tak marah pong.. aku paham diorang semua mesti bz nak pi kerja, termasuklah aku. Aku patah balik kat tempat motor tersadai. Tetiba aku nmpk sorang uncle berbangsa India yg kerja sapu sampah kat Alam Flora. Aku tawakkal aje tanya kat mane stesen minyak yg dekat. Tak semena2 uncle tu nak sangat tolong aku. Mmg ni lah yg org kata bagai org mengantuk disorongkan bantal hihi,
Uncle tu bagitau nama dia Saigar, asal dari Kedah tapi dah 20 tahun cari makan kat KL ni. Dia sudi tumpangkan aku naik motor dia pi kat stesen minyak kat jalan tun sambanthan. Fuhh, mmg lega sangat2 la aku weii! Aku tuangkan minyak motor untuk uncle tu sekali.
Lepas dah balik semula ke tempat motor aku tersadai, siap isi balik minyak kat motor.. aku pon hulur lah sedikit saguhati.. tapi uncle SAIGAR tak mahu, dia nak tolong saja. Cukuplah tuang minyak motor dia tu tadi. Adoii, aku mmg terhutang budi betol pada uncle ni walaupon berlainan agama dan bangsa. Jasamu tetap dikenang uncle SAIGAR! We re friends now :).. bila2 masa free saya belanja uncle minum2 nanti.
P/S : Tak kiralah kita ni org coklat ke, org putih ke, org kelabu asap ke.. Kita semua orang MALAYSIA maa...
-Bersambung-
0 comments:
Post a Comment