Thanks uncle SAIGAR!


Hari ni dalam sejarah! Kenapa aku cakap macam tu? Sebab pagi ni aku pegi kerja dengan penuh CONFIDENT lagi MACHO sekali motor 125z aku tetiba 'mati' sesampai aje aku kat bulatan area Masjid Negara. Dah la ujan semua cukop.. Adusss!


Lagik sekali aku dengan penuh CONFIDENT nya, berenti tepi jalan terus bukak seat motor aku. Ingat nak cek palam pencucuh aka spark plug.. sekali panas la pulak. Terus aku teringat, semalam aku dah bikin enjin motor ni siap tukar spark plug kot. Hmm, cek2 lepas tu tgk.. korang rase ape? Minyak motor aku dah kering.. warghhhhh!

Dalam hati aku, mane pulak nak cari stesen minyak kat area tersebut. Aku nmpk ade satu tong sampah kat situ, aku cari botol yg boleh aku isi minyak petrol. Lepas tu aku try lah tahan mane2 motor ngan teksi.. satu pon tak nak berenti..

Aku tak marah pong.. aku paham diorang semua mesti bz nak pi kerja, termasuklah aku. Aku patah balik kat tempat motor tersadai. Tetiba aku nmpk sorang uncle berbangsa India yg kerja sapu sampah kat Alam Flora. Aku tawakkal aje tanya kat mane stesen minyak yg dekat. Tak semena2 uncle tu nak sangat tolong aku. Mmg ni lah yg org kata bagai org mengantuk disorongkan bantal hihi,

Uncle tu bagitau nama dia Saigar, asal dari Kedah tapi dah 20 tahun cari makan kat KL ni. Dia sudi tumpangkan aku naik motor dia pi kat stesen minyak kat jalan tun sambanthan. Fuhh, mmg lega sangat2 la aku weii! Aku tuangkan minyak motor untuk uncle tu sekali.

Lepas dah balik semula ke tempat motor aku tersadai, siap isi balik minyak kat motor.. aku pon hulur lah sedikit saguhati.. tapi uncle SAIGAR tak mahu, dia nak tolong saja. Cukuplah tuang minyak motor dia tu tadi. Adoii, aku mmg terhutang budi betol pada uncle ni walaupon berlainan agama dan bangsa. Jasamu tetap dikenang uncle SAIGAR! We re friends now :).. bila2 masa free saya belanja uncle minum2 nanti.


P/S : Tak kiralah kita ni org coklat ke, org putih ke, org kelabu asap ke.. Kita semua orang MALAYSIA maa...

-Bersambung-

MR BIG - WILD WORLD


Hari ni entry aku ringkas aje.. aku nak share lirik lagu dari Mr Big ni. Tajuk dia 'Wild World'.


La..la...la...la...la


Now that I've lost everything to you


You say you want to start something new


And it's breaking my heart you're leaving


Baby I'm grieving






And if you wanna leave take good care


Hope you have a lot of nice things to wear


A lot of nice things turn bad out there


Oh baby, baby, it's a wild world


It's hard to get by just upon a smile


La..la...la...la...la


(yeah...) oh baby, it's a wild world


I'll always remember you like a child girl


You know I've seen a lot of




What the world can do


And it's breaking my heart in two


Coz I never want to see you sad girl


Don't be a bad girl


But if you wanna leave take good care


Hope you make a lot of nice friends out there


Just remember there's


A lot of bad and beware




La...la...la...la...la...baby I love you




-Bersambung-

Edisi Penghulu Segala Hari : 5 'ISME'



Arini dah masuk Jumaat sekali lagi.. Tenang aje aku rase hihi. Syukur padaMu ya Allah! Kau telah panjangkan umurku untuk sehari lagi untuk memberi peluang beribadat kepadaMu.

Ok, sekarang aku nak share emel  yg aku rase amat sesuai untuk korang baca. Selamatttt!

SEKULARISME
Bertujuan memisahkan kehidupan manusia dari agama.  Asalnya, bertujuan untuk kepentingan ekonomi, sosial dan politik pemerintah.  Mereka melihat agama adalah suatu penghalang kepada tujuan dan kepentingan dunia mereka.
Sasaran serangan pemikiran ini ialah kepada semua ummat Islam seluruh dunia.  Ramai ummat Islam terpengaruh dengannya, lantas melihat dunia ini terbahagi dua.  Islam hanya dilihat dari sudut spiritual seperti adanya pada agama2 lain.  Sedangkan Islam bukan begitu, kerana ISLAM ADALAH SUATU SISTEM KEHIDUPAN.  Islam adalah sistem yang syumul.

GLOBALISME
Bertujuan untuk menyebarluaskan fahaman2 songsang agar mudah masuk ke dalam setiap kotak pemikiran ummat manusia, terutamanya ummat Islam.  Dengan Globalisme, idea2 seperti sekularisme, nasionalisme, hedonisme, liberalisme, pluralisme dan pelbagai bentuk serangan pemikiran mudah menembusi setiap dunia dan negara ummat Islam.
Sasaran serangan ialah negara2 ummat Islam.

HEDONISME
Bertujuan untuk menanamkan ke dalam setiap sanubari remaja muslim akan keseronokan berhibur dan hiburan adalah segala2nya dalam kehidupan ini.  Kemahuan dan kecenderungan nafsu dilayan tanpa sempadan.  Hasilnya, artis2 menjadi pujaan, konsert2 di mana2, iklan hiburan setiap pelusuk ruang, impian dan cita2 remaja lebih mahu menjadi glamour dan selebriti dan 1001 macam perkara buruk yang kita boleh nampak sendiri.  Maka, tersebarlah pesta maksiat, zina, mabuk arak, dadah dll.
Sasaran serangan ialah remaja2 muslim.  Malah ramai golongan pemimpin dan pemerintah terpengaruh dengannya lantaran nafsu yang menjadi pemandu kepada jiwa. 

LIBERALISME
Bertujuan untuk memesongkan kefahaman Islam di kalangan ummat Islam moden.  Sikap keterbukaan melampau dan toleransi tak bersempadan ini membuatkan manusia, khususnya ummat Islam berfikir hanya menggunakan lojik akal.  Sedangkan di dalam Islam, ia bukan terdiri dari elemen zahir semata2, malah ghaib juga.  Maka, akal pemikiran tidak selalu dapat berfikir akan lojiknya sesuatu suruhan dan larangan agama.  Kalam Allah mahu mereka tafsir mengikut akal loji semata2 dan hadith2 Rasulullah mahu diketepikan oleh mereka. 
Sasaran serangan ialah para intelektual dan profesional muslim.  Disebabkan kecerdikan dan kecanggihan pemikiran, maka mahu dibawa juga Islam ini ke dalam dunia kelojikan, fakta2 dan pembuktian sains. 

PLURALISME
Bertujuan untuk menyamakan sekalian ummat manusia dari sudut agama dan kepercayaan.  "Semua agama sama" ialah frasa yang sering mereka canangkan.  Sedangkan agama di sisi Allah hanya sanyalah Islam.  Inna addina 'indaAllahi lIslam.  Islam ya'lu wala yu'la 'alaih (Islam itu tinggi, dan tiada yg lebih tinggi darinya).  Kepercayaan songsang ini menyebabkan ramai di kalangan kita meredhai perayaan dan kepercayaan agama lain, sedangkan Islam melarangnya.
Sasaran serangan ini ialah para pemimpin dan pemerintah ummat Islam. 
================================================================
Sesungguhnya kita ummat Islam sentiasa harus berwaspada tentang serangan pemikiran yang tersenarai di atas.  Malah, banyak lagi sebenarnya di luar sana.  Berhati2lah dengan perancangan halus mereka.  Dan kita harus bersatu menentangnya.  Ini kerana perjuangan kebenaran tanpa perancangan, mudah dikalahkan dengan perancangan teliti walaupun ia batil.

Berpeganglah kepada Islam ini sungguh2 umpama kuatnya gigitan geraham yang kuat.

waAllahu ta'ala a'lam...

(Diilhamkan dari ucapan Mufti Perak semasa Perhimpunan Ummat Islam Menentang Isu Murtad di Masjid Wilayah Persekutuan, KL)





-Bersambung-

This is what we called REAL SHINING COLOURFUL TEETH!


Arini aku tergelak2 dok baca paper Kosmo ruangan Dunia.. tajuk dia 'GIGI BERCAHAYA JADI TREND DI JEPUN'.. very interesting huh!


Berikut lanjutan berita sebenar :


TOKYO - Senyuman yang bersinar kini menjadi trend terbaru di Jepun dengan pemakaian lampu pancaran diod (LED) pada gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

Trend itu yang popular dalam kalangan remaja, melibatkan barisan lampu LED dilekatkan pada gigi seperti pemakaian pendakap gigi.

Gigi yang dipakaikan dengan lampu LED itu akan bercahaya setiap kali pemakainya membuka mulut.

Produk itu boleh digunakan bersama komputer bimbit yang boleh mengubah cahaya pada lampu tersebut daripada hijau kepada merah atau menjadikannya berkelip-kelip. - Agensi

Credit to KOSMO!


P/S : Aku dok terpiker ape pulak org2 Jepun ni buat lepas gigi2 diorang dah bercahaya? Hmm..

-Bersambung-

Korang nak tengok 'parking lot' yg luas di dunia?


Tak masuk akal untuk mengetahui jumlah sebenar pesawat udara tentera di gudang tertutup sampai korang tengok sendiri gambo2 kat bawah ini!
 
2 perkara yang menarik. :

 
1. Tentera Udara ketiga terbesar di dunia terletaknya 'parking lot' kapal2 pesawat udara atas tanah yg terbuka!

 
2. Ini adalah satu2 nya unit udara di US Air Force yang sebenarnya membuat keuntungan $$$. <belivit or not?> 

 

Sila semak foto terakhir.. Check it out!

Parking lot untuk kapal terbang.. kira lah sendiri!


Ni pulak parking lot untuk fighter jet! Pehh!

Cara gak diorang dok parking2 macam ni...

 Sebahagian daripada jumlah keseluruhan keluasan parking lot yg ada.. Again, belivit or not?

P/S : Sumber dari hard disc lama aku :)


-Bersambung-

E.Q Test.. Tgk sejauh mana GENIUS korang


Berapa banyak muka orang yg korang boleh tgk kat gambo bawah ni? Aku nak tgk berapa punya bijak nya korang, itu sahaja.

Hatta korang tak pandai bahasa cina pun.. Aku boleh tolong translatekan. Yg penting korang kena kira siap2 berapa byk muka org yg korang boleh jumpa.. LEBIH ADVENTURE, LEBIH AFDHOLL!




Jikalau korang jumpa 0-5 = Terlalu Kurang Pandai

Jikalau korang jumpa 6-7 = Kurang Pandai

Jikalau korang jumpa 8-9 = Normal

Jikalau korang jumpa 10-11 = Sangat Normal

Jikalau korang jumpa 12-13 = Bijak Pandai.. GENIUS!

-Bersambung-

Jeng3! Interesting huh!



Today is Monday, tomorrow is Tuesday.. Hahaha! Dah macam ayat budak2 darjah 1 pulak. Tak kesah laa, janji dapat try & error blajo bahse Inggeris hihi.. 

Ok guys, entry kali ni aku nak share 99 perkara yg perempuan kena tau pasal laki2.. siap sedia ngan kamus Dewan Bahasa yg dwi bahasa punya ok, kot2 tak paham pulak kang.. Selamat membaca sampai pengsan!


VERY IMPORTANT: 99 SECRETS GIRLS HAVE TO KNOW ABOUT GUYS

1. Guys don't actually look after good-looking girls. They prefer neat and presentable girls.

2. Guys hate flirts.

3. A guy can like you for a minute, and then forget you afterwards.

4. When a guy says he doesn't understand you, it simply means you're not thinking the way he is.

5. "Are you doing something?" or "Have you eaten already?" are the first usual questions a guy asks on the phone just to get out from stammering.

6. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.

7. When a guy really likes you, he'll disregard all your bad characteristics.

8. Guys go crazy over a girl's smile.

9. Guys will do anything just to get the girl's attention.

10. Guys hate it when you talk about your ex-boyfriend.

11. When guys want to meet your parents. Let them.

12. Guys want to tell you many things but they can't. And they sure have one habit to gain courage and spirit to tell you many things and it is drinking!

13. Guys cry!!!

14. Don't provoke (irritate) the guy to heat up. Believe me. He will.

15. Guys can never dream and hope too much.

16. Guys usually try hard to get the girl who has dumped them, and this makes it harder for them to accept their defeat.

17. When you touch a guy's heart, there's no turning back.

18. Giving a guy a hanging message like "You know what?!..uh...never mind!" would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking.


19. Guys go crazy when girls touch their hands.

20. Guys are good flatterers when courting but they usually stammer when they talk to a girl they really like.

21. When a guy makes a prolonged "umm" or makes any excuses when you're asking him to do you a favor, he's actually saying that he doesn't like you and he can't lay down the card for you.

22. When a girl says "no", a guy hears it as "try again tomorrow."

23. You have to tell a guy what you really want before he gets the
message clearly.

24. Guys hate gays!

25. Guys love their moms.

26. A guy would sacrifice his money for lunch just to get you a couple of roses.

27. A guy often thinks about the girl who likes him. But this doesn't mean that the guy likes her.

28 You can never understand him unless you listen to him.

29. If a guy tells you he loves you once in a lifetime. He does.

30. Beware. Guys can make gossips scatter through half of the face of the earth faster than girls can.

31. Like Eve, girls are guys' weaknesses.

32. Guys are very open about themselves.

33. It's good to test a guy first before you believe him. But don't let him wait that long.

34. No guy is bad when he is courting

35. Guys hate it when their clothes get dirty. Even a small dot.

36. Guys really admire girls that they like even if they're not that much pretty.

37. Your best friend, whom your boyfriend seeks help from about his problems with you may end up being admired by your boyfriend.

38. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't need to give advice.

39. A usual act that proves that the guy likes you is when he teases you.

40. A guy finds ways to keep you off from linking with someone else.

41. Guys love girls with brains more than girls in miniskirts.

42. Guys try to find the stuffed toy a girl wants but would unluckily get the wrong one.

43. Guys virtually brag about anything.

44. Guys cannot keep secrets that girls tell them.

45. Guys think too much.

46. Guys' fantasies are unlimited.

47. Girls' height doesn't really matter to a guy but her weight does!

48. Guys tend to get serious with their relationship and become too possessive. So watch out girls!!!

49. When a girl makes the boy suffer during courtship, it would be hard for him to let go of that girl.

50. It's not easy for a guy to let go of his girlfriend after they broke up especially when they've been together for 3 years or more.

51. You have to tell a guy what you really want before getting involved with that guy.

52. A guy has to experience rejection, because if he's too-good-never-been-busted, never been in love and hurt, he won't be matured and grow up.

53. When an unlikable circumstance comes, guys blame themselves a lot more than girls do. They could even hurt themselves physically.

54. Guys have strong passion to change but have weak will power.

55. Guys are tigers in their peer groups but become tamed pussycats with their girlfriends.

56. When a guy pretends to be calm, check if he's sweating. You'll probably see that he is nervous.

57. When a guy says he is going crazy about the girl. He really is.

58. When a guy asks you to leave him alone, he's just actually saying,"Please come and listen to me"

59. Guys don't really have final decisions.

60. When a guy loves you, bring out the best in him.

61. If a guy starts to talk seriously, listen to him.

62. If a guy has been kept shut or silent, say something.

63. Guys believe that there's no such thing as love at first sight, but court the girls anyway and then realize at the end that he is wrong.

64. Guys like femininity not feebleness.*

65. Guys don't like girls who punch harder than they do.

66. A guy may instantly know if the girl likes him but can never be sure unless the girl tells him.

67. A guy would waste his time over video games and basketball, the way a girl would do over her romance novels and make-ups.

68. Guys love girls who can cook or bake.

69. Guys like girls who are like their moms. No kidding!

70. A guy has more problems than you can see with your naked eyes.

71. A guy's friend knows everything about him. Use this to your advantage.

72. Don't be a snob. Guys may easily give up on the first sign of rejection.

73. Don't be biased. Try loving a guy without prejudice and you'll be surprised.***********

74. Girls who bathe in their eau de perfumes do more repelling than attracting guys.

75. Guys are more talkative than girls are especially when the topic is about girls.

76. Guys don't comprehend the statement "Get lost" too well.

77. Guys really think that girls are strange and have unpredictable decisions but still love them more.

78. When a guy gives a crooked or pretentious grin at your jokes, he finds them offending and he just tried to be polite.

79. Guys don't care about how shiny their shoes are unlike girls.

80. Guys tend to generalize about girls but once they get to know them, they'll realize they're wrong.

81. Any guy can handle his problems all by his own. He's just too stubborn to deal with it.

82. Guys find it so objectionable when a girl swears.

83. Guys' weakest point is at the knee.

84. When a problem arises, a guy usually keeps himself cool but is already thinking of a way out.

85. When a guy is conscious of his looks, it shows he is not good at fixing things.

86. When a guy looks at you, either he's amazed of you or he's criticizing you.

87. When you catch him cheating on you and he asks for a second chance,give it to him. But when you catch him again and he asks for another chance,ignore him.

88. If a guy lets you go, he really loves you.

89. If you have a boyfriend, and your boy best friend always glances at u and it obviously shows that he is jealous whenever you're with your boyfriend, all I can say is your boy best friend loves you more than your boyfriend does.

90. Guys learn from experience not from the romance books that girls read and take as their basis of experience.

91. You can tell if a guy is really hurt or in pain when he cries in front of you!

92. If a guy suddenly asks you for a date, ask him first why.

93. When a guy says he can't sleep if he doesn't hear your voice even just for one night, hang up. He also tells that to another girl. He only flatters you and sometimes makes fun of you.

94. You can truly say that a guy has good intentions if you see him praying sometimes.

95. Guys seek for advice not from a guy but from a girl.

96. Girls are allowed to touch boys' things. Not their hair!

97. If a guy says you're beautiful, that guy likes you.

98. Guys hate girls who overreact.

99. Guys love you more than you love them if they are serious in your relationships.




-Bersambung-

Entry Pagi Minggu : Suatu Masa..


Hmm, tetiba aku dengar lagu ni tgh aku surfing pagi ni.. It is really sooth to my ear.. Aku kongsikan aje ngan korang.. Lagu nye Suatu Masa - M. Nasir :)


Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu

Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah

Berhelai-helai surat

Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal

Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku

Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku

Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya

Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima






-Bersambung-

Aku yg giler ANIME!


Adess, aku nak share aje minat aku ni.. aku mmg amat2 giler kan NARUTO & ONE PIECE!

So kali ni, entry aku amat ringkas. Aku nak kongsi beberapa lagu SOUNDTRACK ANIME yg aku suke.

Enjoyy!


1) Strong & Strike - Naruto



2) Heavy Violence - Naruto



3) The Raising Fighting Spirit - Naruto



4) One Day - One Piece



5) Share The World - One Piece



6) Sogeking Song - One Piece


P/S : Jgn ada yg anggap aku budak2.. Hatta, gol keeper terhandal Malaysia, si Apex aka Fahmi Che Mat satu minat ngan aku. Huh!

-Bersambung-

Edisi Penghulu Segala Hari : Sistem Pesanan Ringkas(SMS) Halal JAKIM


Hmm, aku dapat info ni dari emel.. aku just nak kongsi2 kan dgn korang aje. Benda baik lebih baik disampai2 kan ye dok? hihi

Sistem ini dibangunkan sebagai perkhidmatan rujukan maklumat halal.
Dengan adanya sistem ini, pengguna telefon bimbit boleh membuat
semakan terus kepada JAKIM berkenaan makanan, premis makanan yang
mendapat sijil halal JAKIM.

Bagaimana menghantar SMS Halal JAKIM?

Anda boleh menyemak status halal bila-bila masa sahaja. Untuk
menyemak, sila taip :

Taip halal [nombor kod bar] Contoh halal [ 9551234567891]
hantar ke 32728 | DAPAT

Dalam tempoh yang singkat, anda akan menerima jawapan daripada JAKIM
mengenai status semakan anda.

Sekiranya maklumat tersebut masih sah, jawapan yang akan diterima ialah sijil Sah.
Sekiranya maklumat tersebut sudah tamat tempoh, jawapan yang akan diterima ialah Sijil Tamat Tempoh.
Sekiranya maklumat tersebut tiada di JAKIM, jawapan yang akan diterima ialah Tiada Dalam Senarai.



Senyummmm :)

-Bersambung-

Kekesalan tiada berguna kalau tiada USAHA PERUBAHAN diri aku sendiri!


Hmm, hari ni aku nak SENTIMENTAL lagi boleh? Buat apa pulak aku tanya korang yg tgh baca blog aku ni.. hihi.

Yup! Tajuk entry aku kali ni mmg agak mendalam maksudnya. Bukan apa, ni berkenaan kerjaya part time aku aje. Jgn salah paham pulak ek, no no!

Ibarat MY GREAT INSPIRATION, MENTOR E-SAVING ABANG AMRI.. 'Ko tunggu ape lagi wan?' Soalan tu ditanya 2 kali, namun aku tak terjawab. Yelah, bila aku setuju nak join program E-SAVING ni, berkobar2 semangat nak UBAH HIDUP! 

Sekarang aku tau mentor aku tu mesti FRUST yg amat atas apa yg terjadi pada aku sekarang. Dia meletakkan sepenuh kepercayaan pada aku untuk membantu kawan2 buat SAVING same2.. Maafkan saya abg Amri tapi saya mmg betol2 PERCAYA & kalau nak suh tunjukkan BERANI untuk berubah, saya sedia! Tiada alasan.. DO OR DIE!

Aku sedar, kekesalan mmg tiada gunanya kalau aku sendiri tidak ada usaha UBAH diri sendiri. I learn my lesson!



-Bersambung-

Makan bola, tidur bola!


Hmm, aku just nak kongsi beberapa klip video pasal bola aje hari ni.

Ngeh2! Kemalasan dah melanda aku arini.. Uwarrgghh! Apepon GLORY2!

1) Video bola ngan lagu yg RANCAK!



2) Tgk bola pun macam tgk SENARIO!


3) Orang BODOH pon main bola..


4) Jom GELAK tgk org main bola


5) Bola pun ade SENTIMENTAL weh!




-Bersambung-

MAWI dalam pelbagai poster filem yg top!


Entry aku kali ni pon agak ringkas. Just nak share ngan korang apa yg aku jumpa dalam hard disk lama aku aje.

Tak tau la korang minat mawi af3 ke tidak hihi... Tapi aku mmg minat dia pon. Kat bawah ni ade beberapa poster filem yg TOP disertakan gambo MAWI WORLD!










-Bersambung-

Makanan yang tak pernah kita buat.. Pelik!


Thanks & credit to my x-office mate, Mohd Nazron sebab email yg dikongsikan. Mmg gross & takkan SESEKALI aku nak try rase makanan macam ni..

Selamat menjamu mata.. kalau teringin, selamat mencuba!


1) Rupa sebenar setelah sausage siap dicucuk dengan spaghetti KERAS!


2) Sedia untuk di REBUS!

3) Setelah direbus, bolehlah dihidangkan untuk KELUARGA buat dinner.. erk!


4) GAMBARAN sebagai cadangan hiasan (ayat ni klise sebab korang dapat baca pada bungkusan2 makanan)


5) Terdapat jugak spagheti warna hitam.. totally GROSS!

6) BLUWEKKKK!!

P/S : Kalu korang muntah, bukan salah koi..<aku, saya dalam loghat Pahang>

-Bersambung-

Entry Pagi Minggu : Nak Exercise, takde geng..


Adoii, aku bgn awal ler pagi ni. Pagi minggu pulak tu.. Hmm, dalam hati ni ade gak rase nak exercise tapi takde geng ler pulop hihi. Anyone?

Exercise ni bagus untuk kesihatan sebeno nye. Kena disiplin & rajin selalu. Alasan orang sekarang ni byk nye takde mase & sibuk ngan kije manjang. Termasuk lah aku kot hehe..

Ape pon aku layan youtube, dapat gak exercise dalam rumah pon kira cantek gak.. Jom senamrobik!



-Bersambung-

Adegan Yang Tak Mahu Kita Lihat


Kali ni entry aku ringkas aje. Aku nak kongsi beberapa gambo aje.. Korang tgk la sendiri..

1) Nak tuko muka dah macam dalam pilem FACE-OFF daa


2) Bila PENGUIN pun ada taste & style sendiri..

3)  LEMBU pon boleh jadi rujukan peta dunia

4) Jangan cepat LUPA DIRI weh!

5) PANDA pon minat kat kumpulan rock, KISS hihi

6) Ini baru la orang panggil KATAK BERACUN

7) Ini lah KASUT RODA untuk pemalassss!

8) TAK MUNGKINLAHHH!


-Bersambung-

Edisi Penghulu Segala Hari : MARAH KERANA CINTA, BUKAN KERANA BENCI!


Petikan dari emel aku je ni.. just nak kongsi dengan korang untuk pengajaran kita bersama.. Fikirkanlah ye :)

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh, nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.

Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.

"Marah," akui saya perlahan.

"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"

Saya senyum.

"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.

"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."

"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."

"Marah itulah tanda kecintaan kita"

"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."

"Encik takut?"

Saya renung matanya.

"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian. Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.

"Kita bakar bendera mereka!"

"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan."

Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.

"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."

"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"

"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."

"Pengajaran tersirat?"

"Ya, tersirat dari Allah agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."

"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.

"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."

"Maksud encik?"

Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya. Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."

"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"

"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.

"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."

"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta "

Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.

"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.

"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"

"Soalan tu kurang umph," gurau saya.

"Habis soalan apa yang umph?"

"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .

Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."

"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya"

"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."

"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"

"Dan bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!





-Bersambung-

Ayat POWER dari tarikh lahir & warna baju korang!




Korang just susun jer ayat2 nie berdasarkan tarikh hari lahir korang.. Tgk, Albert Einstein pon suke entry kali ni.. Hahaha! Poyo!



Pilih bulan korang lahir:

Januari -Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku sepak
Jun - Aku terkentot depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar


Pilih hari (nombor) korang lahir:

1 - mak aku
2 - komputer aku
3 - kereta jiran aku
4 - kucing
5 - kerusi
6 - gangster
7 - henfon aku
8 - kawan baik aku
9 - cikgu
10 - semut
11 - pisang
12 - polis
13 - buku
14 - patung barbie
15 - lembu
16 - makcik aku
17 - radio
18 - tv
19 - makcik kantin
20 - kasut sekolah
21 - upin dan ipin
22 - Siti Nurhaliza
23 - tupai
24 - Christiano Ronaldo
25 - buku teks
26 - kawan aku
27 - unta
28 - meja
29 - orang gila
30 - taylor swift
31 - awek cun


Pilih warna baju yang korang pakai:

Putih - sebab aku perasan cantik
Hitam - sebab aku gila
Pink - sebab aku suka single
Merah - sebab mak aku suruh
Biru - sebab aku tak tahan
Hijau - sebab aku baik hati
Ungu - sebab aku semangat
Kelabu - sebab bomoh suruh
Kuning - sebab aku dalam pertandingan
Oren - sebab aku sakit hati
Coklat - sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - sebab aku fikir aku hebat


Yg nie aku punyer :

Aku lambai dekat polis sebab aku gila

Hahaha….


Kalu korang rajin, taip2 kan aje AYAT POWER korang tu dalam comments kat bawah ye.. Adiosss!

Credits to my officemate, Zubir Ali.. oops, Zubir Borhan Nordin

-Bersambung-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.