Selamat membaca la yek.
Aku agak malas nak menaip lebih lebih :p
MELEGAKAN DEMAM
Perubahan cuaca kadangkala memberikan kesan terhadap kesihatan kita terutamanya demam. Dua petua ini anda boleh cuba untuk meredakan demam.
1. Ramas beberapa helai daun bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh bahagian kepala terutamanya ubun- ubun dan ulangi hingga panas kebah.
2. Ramas sebuku asam jawa dengan sedikit air. Kemudian lumurkan di bahagian ubun-ubun kepala dan ulanginya beberapa kali.
TEMPE TAHAN LAMA
Bagi usahawan tempe atau bagi anda yang selalu membuat tempe sendiri, ada petua untuk tempe tahan lebih lama, tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet. Caranya, ketika membungkusnya pastikan tidak ada ruang di dalam bungkusan tersebut. Ini kerana kehadiran udara di dalam tempe bukan sahaja memudahkan tempe mudah dihinggapi kulat malah rasanya juga akan bertukar.
TEMPOYAK TAHAN LAMA
Tempoyak memang sedap bagi mereka yang beminat. Untuk tempoyak tahan lama, masukkan beberapa tangkai cili api ke dalam bekas menyimpan tempoyak. Gaulkan agar sebati dan tutup rapat penutup bekas tersebut. Tempoyak akan tahan selama setahun tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti ais.
TEPUNG GORENGAN LEBIH RANGUP
1. Campurkan dua sudu makan minyak masak di dalam bancuhan tepung untuk menggoreng. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya gorengan lebih enak dan rangup.
2. Bancuh tepung bersama air sehingga sebati. Masukkan dua sudu besar minyak panas dalam bancuhan tepung hingga rata, kemudian barulah digoreng.
SAYUR TIDAK CEPAT LAYU
Bungkus sayur ke dalam surat khabar yang telah dilembapkan. Hasilnya sayur lambat layu.
Cukuplah 5 petua yang kat atas ni dulu. Sekadar perkongsian yang baik untuk kengkawan yang sudi menjengah ke mari :). Untuk part 1, sila klik
SINI.
-Bersambung- -To Be Continue-