Formula Mengubati ‘Penyakit’ Mulut Celupar Daripada Rasulullah S.A.W


Celupar lah kalau berani.. kerat lidah mau??!!

Adakah anda pernah terfikir dan sedar anda bermulut celupar? Sedarkah anda apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan anda dipinggirkan kerana anda suka bercakap ‘lepas’?
Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.



Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.

Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati.
Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Ehsan : ILuvISLAM

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Ukay's - Kerana Pepatah Lukaku Berdarah




Mengapa hujan melanda di tengahari
Di saat kuinginkan kekeringan
Mungkinkah itu satu petanda
Sesuatu yang akan berlaku

Terlukanya aku
Dengan keluargamu
Menerima ku ada pantangnya
Takdir yang mendatang
Kau anggap permainan seolah aku ini bebanan
Bagaikan api jauh dari panggang
Andainya aku ini ternama dan berharta
Tak mungkin kau pergi tinggalkan aku

Kelakianku ini benar-benar tercabar
Oleh si kekasih yang selama ini
Kusanjung pekertinya

Terlukanya aku dengan keluargamu
Menerima ku ada pantangnya
Takdir yang mendatang
Kau anggap permainan
Seolah aku ini satu bebanan

Bagaikan api jauh dari panggang
Andai aku ini ternama dan berharta
Tak mugkin kau pergi tinggalkan aku
Kelakianku ini benar-benar tercabar
Oleh si kekasih yang selama ini
Kusanjung pekertinya

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Najib is coming to our campus....lets bomb his helicopter?? WTF!!



Korang terkejut dengan tajuk tampalan ini? Aku pun sama turut terkejut tapi belum terkentut kehkeh!

Ini ada kena mengena dengan sentimen untuk membenci orang no 1 negara seperti yang dilaporkan dalam HARIAN METRO . Moga ini menjadi pengajaran kepada para penuntut sekalian dan juga rakyat Malaysia amnya, jangan buat sesuatu komen tak kisahlah pada sosial network atau sms berbentuk ugutan & hasutan.. takut-takut kelak merana badan weii!


Ape pon, kami sek orang muda sokong ulama'.. jadi marilah berakhlak seperti ulama' bukannya takde akhlak mengikut nafsu amarah tak tentu pasal. Renung-renungkan lah ye kawan-kawan :p

-Bersambung- aka -To Be Continue-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Oh Belog!

Apesal! Apesal! Apesal!

Blogobo.. Blogobo.. Blogobo

Komuniti Blogger Pahang

Powered By Blogger
Sensei-Itok-WanUSJ-Along Productions. Powered by Blogger.