Nampaknya ramai yang menganggap tuan punya blog ni adalah admin untuk prelaunchx .
Tapi aku disini nak membetulkan semula, aku bukan admin untuk prelaunchx ye. Aku hanya ahli biasa yang join prelaunchx dan aku promote pada sesiapa yang berminat sahaja.
Pada mulanya memang ramai yang mengetahui bahawa 27 Ogos 2012 adalah tarikh sebenar prelaunchx ni. Tapi mungkin atas sebab teknikal, tarikh tersebut bukanlah hari yang sepatutnya untuk prelaunchx membuka pintunya buat semua ahli mengutip payment masing-masing.
Dan disebabkan tarikh prelaunchx dah berlalu lebih kurang 2 minggu lepas, blog aku ni khususnya entry ini telah dihujani dengan pelbagai komen bertanyakan bila bayaran akan dibuat. Tak kurang juga bagi yang bertanyakan aku ni dah dapat cek nya ke belum. Dan respon yang paling aku rase nak redha kan aje bila ada yang mula membuat komen secara sinis tambah sarcastic! Tapi aku tak simpan dalam hati beb! Aku keluarkan modal pon RM56++ aje.. Kalau ade rezeki, adalah tu nanti. Kalau takde rezeki pon, aku tetap redha.
Oklah, panjang lebar pulak aku membebel. Aku nak tunjuk 2 situasi yang mana aku agak buntu pada mulanya tapi at last aku ada rase lega siket pasal prelaunchx ni..
Pada minggu lepas, aku dapat emel dari prelaunchx dalam mailbox aku yang agak menarik perhatian & aku klik terus.
Lepas aku klik, aku tengok isi kandungannya. Hmm, agak meyakinkan!
Terus aku klik link untuk log in kat dalam email & terus aku hampa..